Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, June 11, 2011

It's about Rizq

Bulan ini,
kecewa mendatangi lagi.
Walau aku rasa aku da buat yg 'terbaik'.
Merasakan 'usaha' on time mengikut BBT chart.
But maybe bukan itu masanya (dan belum diizinkan Allah - Kun Fa Ya Kun).

Aku masih belum bernasib utk bulan ini.
Dan, bukan aku nak menyalahkan takdir.
Cuma aku terpikir, dlm berjuta juta tu,
takkan satu pun tak berjaya berjumpa 'awek' kesayangan tu.
Kredit : here
Kredit : here

Tsk. Tsk. Tsk.

Tp kekecewaan tu da diganti dgn sesuatu yang kembali menggembirakan hati.
Itu yg dikatakan rezeki. Tak sentiasanya kita dirundung malang. 
Semalam asben balik kejap umah mak dia. Waktu opis, aku tak ikut la.
So, balik tu dia suh bagi satu plastik. Aku tanya la apa dia, asben kata tgk je.
Sekali eh.
Buah zuriat. Dgn sekotak debunga kurma. Dari Mekah.

Yeps. Mggu lps, sorang makcik asben ke Mekah menunaikan umrah.
Aku pun tak kirim buah zuriat ke apa ni, sbb baru je kirim kat makcik dia lagi satu yg gi Mekah thn lps. Jadi cam segan asik nak kirim je kan.

Tp udah dikatakan rezeki kami, makcik asben tu igt pada kami, maka dibelikannya buah zuriat tu tanpa kami minta. Alhamdullilah... itu lah rezeki namanya. Despite of kesedihan tu, ada juga sinar harapan.

Kali ni aku nak buat bebetul. Lps je abis period ni aku nak minum smpai cycle seterusnya.

Maka, bulan ni aku, walo mcm da nekad utk call LPPKN utk teruskan IUI, tp aku hold dulu lah sbb nak try buah zuriat ni plak. So, treatment bln ni dgn buah zuriat dulu yer. Dan debunga kurma tu. Dan mungkin susu kambing beserta kurma juga.

Kalo ada kesempatan nak amik air di DarulSyifa juga. Dah lama tak ke sana.

Sebenarnya buah zuriat yg aku kirim kat makcik yg gi Mekah tu pun ada lagi. Aku sayang. Sbb dia kembar.
the meaning of Rizq by the help of what Shaykh Zulfiqar Ahmed (damat barkatuhum) mentioned in one of his lectures:

    “All aspects of a person’s subsistence and livelihood fall under the definition of rizq, including but not restricted to wealth, status, business and children.”
kredit : here

14 comments:

misscha said...

good luck dear..dah brape lama u cuba lppkn?....

CikPuan Fara said...

kak reen, saya pun ada berita sedih. cycle period fara mmg dtg 28-30 hari. tapi bulan may dah lewat 10 hari. tup-tup semalam cik P mai. terkilan rasa. tapi cepat-cepat istigfar.. Allah sedang merancang lebih baik ni.

btw, bulan lepas fara pun mkn debunga kurma (powder datse pollen kan?) dan buah zuriat.. tapi tak disiplin. bulan nih nekad nak betul-betul disiplin hehehe :)

mana tau.. dengan izin Allah kita dapat zuriat dalam masa terdekat nih :)

p/s: fara dah kawen setahun sebulan..

AiTotYati said...

salam kekda,

samalah kite belum ade rezeki lagi.
cik 'P' mendatangi Ai setelah lewat 5hari. ditambah pula tiada tanda-tanda cik 'P' nk dtg maka hati berbunga riang.

cik 'P' datang sewaktu Ai berada di Polonia international airport, Medan. kebetulan dlm toilet dan mmg ade bw pad dlm sling bag. Ai tak btau enJekjek yg cik 'P' datang. tak sanggup rasanya nk bagitahu. takut kami kecewa. sudahnya enJekjek tahu Ai period masa kami stop kt R&R seremban sbb nk solat.

semoga rezeki akan menyebelahi kita satu hari nanti.

*hugs*

Nana Aris said...

kekda, jom kite same2 try ngan buah zuriat ni plak..mane tau rezeki kite pasni..insyaAllah =)

Mar said...

Jiran Mar baru jer bagi serbuk bunga kurma tu walaupun Mar tak pernah pun pesan pada dia. Syukur masih ada yang ikhlas dan ingat pada kita.

Lady Mira said...

bestnya buah kembar tu

PUANSTOBERI said...

MISSCHA :

da penah cuba buah zuriat ni tawon lps, tp culas. so, thn ni nak buat btol2.
LPPKN?? baru je bln 4 retu. Da siap HSG, jumpa doktor seme dah. Ptt kalo nak buat IUI,leh call da LPPKN. Tp hold dulu lah.
Try buah zuriat ni dulu.

PUANSTOBERI said...

CPF :

Ha.. nati cycle kita sama, so bleh usaha sama2. Kot2 leh peknen sama2. Hihi.

Ha, pollen tu kakreen nak makan ngan susu kambing pas 'bersih' nati. so, skang start minum air buah zuriat dulu la kan.

PUANSTOBERI said...

AI :

Akak tk penah lewat. mmg cycle dia 28-30. tp kadang da 29 ari pun cam rasa da lewat. padahal...
sobss..
*hugs*

PUANSTOBERI said...

NANA :

Jom..jom.. Insyallah..mungkin ada rezekinya kan :)

PUANSTOBERI said...

MAR :

Itu la namanya rezeki kan :)

PUANSTOBERI said...

LADY MIRA :

Sayang akak nak pecah kan :)

eyza said...

Kak Reen...
InsyaAllah... setiap usaha pasti akan membuahkan kejayaan nanti... eyza pun hari tu ade cakap kat hasben nak ajak dia gi Darussyifa... tapi, eyza cam segan lak.. kalau gi sana nak cakap nak buat rawatan untuk dapat baby ke kak?

E K A said...

hm lamanya tak lawat blog ni...rindu blog kekda...dah ada lappy ni baru la nak godek2 blog org...kekda takmo sedih2 taw...cuba lagi.kita hanya berusaha DIA yg menentukan waktu bila yg sesuai utk bg kita baby