Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Surah Yassin : Ya Mubin

8:45 AM
Assalamualaikum.
Lama plak tak jot down something here kan.
Dah lama nak share ngan kengkawan sesuatu kat sini.
Tp asik terlupa.

Masa buat aura healing treatment tu hari, ustaz Sardi tu ada bagitahu.
Amalkan baca Yasin 3 malam berturut2.
Bila sampai ayat "Ya Mubin" - pause sekejap dan luangkan masa berdoa apa yg kita nak.
Lepas tu sambung baca.
Ada 7 ayat Ya Mubin pada surah Yasin ni.

Cam aku, aku sesiap tanda dah ayat2 tu. Supaya tak terlepas pandang.

Amalkan.
Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan darinya.

*****
Sebenarnya yours truly dah 3 hari bloated.
Ini mmg angin degil. Sakitnya perut Tuhan je yg tahu.
Asik minum air panas je nih.

Bila update kat FB ada yg kata suh check sbb takut2 ada isi.
Katanya pengalaman dia dulu pun camtu.
Tapi aku tak rasa pun camtu.
Belum seminggu kut dari DPO.
Lagipun byk sgt makan memacam hari sebelum terjadi angin (bloated) tu.
Tapi, kalo betul - Alhamdulillah lah kan.
Tapi, susah nak digunakan teori tu.
Apa pun, Allah tahu apa yg terbaik utk kita.

Tuesday, January 15, 2013

Amalan : Surah Al-Waqiah

8:00 AM

Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:

Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :

Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.

Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)
Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.
Rasulullah bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

Bacaan lanjut dan kredit to : 

****
Seorang yg pernah TTC pernah berkongsi dia amalkan surah ni sebelum berjaya pregnant. Aku mmg dah download sesiap kat PC. So, bila masuk office, biasanya aku akan pasang ni dulu. Tp tak la secara konsisten. Tp skrg mmg kena amalkan setiap hari kalau boleh. Insyaallah.

*ceh..kalo entry autopublish sure lupa nak setting disable comment*

Monday, October 22, 2012

Tahniah, Susu Kambing & Kurma, Surah Maryam

9:50 AM
kredit : here
Mereka suami isteri juga seperti aku.
Sama ber-TTC.
Malah, mereka lebih awal berusaha dari aku.
Lebih 5 tahun menanti.
Pernah diusik seketika dgn khabar gembira tahun lepas.
Tapi tidak kekal lama.
Mereka tidak terus kecewa. Kerana mereka yakin - Allah Lebih Mengetahui Segalanya.
Mereka terus berusaha kerana yakin. Allah telah tentukan yang terbaik.

Dan kini, usaha kembali berbaloi. Disahkan hamil 10minggu *agak terlewat mengetahui - mungkin kerana tidak mahu terlalu berharap.

"aku minum susu kambing dengan kurma - sejak bulan 6 hari tu - susu kambing fresh yang dibeli di pasar tani" katanya tatkala dia berkongsi kegembiraan bersama.
"sebelum ni aku selalu dengar tapi tak pernah cuba" katanya lagi di laman sembang Facebook.

Ya. Aku pun selalu dengar, tapi sekali pun tak pernah mencuba.
Alasan ku - tak suka minum susu tambahan ada berbau yang tidak menyenangkan.

Spti kebiasaan, sekali lagi aku terasa nak buat. Sbb tak pernah nak buat amalan yg satu ni.
Apa salahnya mencuba.

Utk mereka suami isteri, aku gembira dgn perkhabaran ini. Jaga diri bebaik. Aku doakan semoga selamat hingga ke akhirnya.. doakan rezeki kami pula menyusul :)
***********
kredit : http://muamalatmurni.blogspot.com/2012_01_01_archive.html

PETUA DAPAT ANAK

Bismillah, Insya Allah Ini adalah petua bagi perempuan yang inginkan anak (mengandung), terutamanya bagi perempuan yang susah mengandung ;

A. Langkah Pertama

1.      Untuk suami  - ambil segenggam kurma dan buang bijinya
2.      Untuk Isteri  -  ambil segenggam kurma dan buang bijinya
3.      Kisar (blender) kurma tadi supaya menjadi jus kurma
4.      Campurkan jus kurma dengan susu kambing  (samada susu kambing segar atau tepung susu kambing)
5.      Minum Jus kurma susu kambing tadi setiap hari

B. Langkah Kedua

Setiap Pagi (sebagai sarapan). Tak perlu makan lain-lain makanan ;

1.      Minum Susu kambing  (samada susu kambing segar atau tepung susu kambing)
2.      Makan 7 biji kurma
 
C. Langkah Ketiga

Amalkan Membaca Dan Hayati Surah Maryam : Ayat 1-12. Sebaik-baiknya sebelah pagi (selepas subuh sebelum zuhur) dan petang (selepas asar/Maghrib).


 Terjemahan Ayat :

1. Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad
2. (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
3. (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya Dengan doa permohonan secara perlahan.
4. ia merayu Dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan Aku - Wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa Dengan doa permohonanku kepadamu.
5. dan Sesungguhnya Aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang Yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
6. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan Jadikanlah Dia - Wahai Tuhanku seorang Yang diredhai serta disukai".
7. (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar Yang mengembirakanmu Dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, Yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun Yang senama denganNya".
8. Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya Aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang Yang mandul dan Aku sendiri pula telah sampai had umur Yang setua-tuanya?"
9. Penyeru itu menjawab: demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiku kerana Sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang Engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."
10. Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah Engkau tidak akan dapat berkata-kata Dengan orang ramai selama tiga malam, sedang Engkau Dalam keadaan sihat".
11. maka Dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan Ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
12. "Wahai Yahya, Terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) Dengan bersungguh-sungguh! dan Kami berikan kepadanya hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.

Tuesday, October 4, 2011

Khasiat Al-Fatihah

8:25 AM 2 Comments

*Artikel ini juga aku tepek kat blog sebelah*
----------

Apa yang akan disampaikan dibawah ini adalah sebagaimana tertulis dari buku mengenai rahasia keutamaan surah Al-Fatihah oleh ustadz Musannif Effendie, terbitan AlMadinah.

Tersebut didalam Kitab Al-Fatawish-Shofiyah: “Barang siapa membiasakan setiap hari, membaca Surah Al-Fatihah empat puluh satu (41) kali sebelum shalat subuh dan dibaca bersambung dalam satu majelis, tidak mengenai kefakiran bagi dirinya. Jika dia menanggung hutang, akan terlepas dari hutang-hutangnya dengan ijin Allah. Jika dia menderita penyakit, Insya Allah akan sembuh. Jika badan terasa lemah akan menjadi kuat dengan ijin dan karunia Allah.

Barang siapa membaca surah Al-Fatihah sebanyak empat puluh satu (41) kali sebelum shalat subuh selama empat puluh hari terus-menerus, Jika istrinya mandul Insya allah dapat melahirkan dan dikaruniai anak yang shaleh. Demikian keterangan Imam Al-Hakim didalam kitabnya Asrorul-Fatihah.


Demikian pula jika dihinggapi suatu penyakit yang sudah tidak dapat lagi diatasi oleh dokter, boleh anda coba untuk melakukan amalan dzikir ini selama empat puluh (40) hari sebanyak empat puluh satu (41) kali bacaan setiap sebelum shalat shubuh. Insya Allah akan dikembaikan kesehatannya kepada anda.
Cara mengamalkannya:
  • Sebelumnya bacalah dzikir Istighfar beberapa kali (100 kali lebih baik), kemudian membaca shalawat untuk Nabi Muhammad saw minimal 11 kali (lebih dari itu akan lebih baik).
  • Setelah itu membaca kalimat dibawah ini:
“Ilaa hadh-rati habii-binaa wa syafii-’inaa nabiyyinaa muhammadinil-mushthofaa shallallaahu ‘alaihi wasallam, tsumma ilaa az-waajihii wa ahli baitihi wa zurriyyatihi syai-u lillaahi lahum - Al faatihah.”
Artinya: Kehadirat kekasih kami dan pembela kami, nabi kami Muhammad yang terpilih SAW. Kemudian kepada isteri-isterinya kaum keluarganya serta zurriatnya. Seala sesuatu karena jin Allah untuk mereka semua aku tujukan Al-Fatihah ini.
Kemudian membaca Al-Fatihah satu (1) kali.
  • Kemudian membaca kalimat berikut ini:
“Ilaa arba’atil a-’immatil-mujtahidin Al-Khulafaa-irraasyidiin, saadaatinaa Abii Bakrin wa ‘Umaro wa Utsmaana wa ‘Ali, syai’u-lillaahi lahum Al Faatihah.”
Artinya: Kepada empat pemimpin Mujtahid Khalifah Allah Abu Bakr, ‘Umar, Utsman dan ‘Ali. Segala sesuatu dengan ijin Allah, Al-Fatihah ini aku tujukan kepada mereka.
Kemudian membaca Al-Fatihah satu (1) kali.
  • Kemudian membaca surah Al-Ikhlash tiga (3) kali, surath Al-Falaq tiga (3) kali dan surah An-Naas tiga (3) kali. Baru setelah itu membaca surah Al-Fatihah sebanyak empat puluh satu (41) kali.
Insya Allah segala permasalahan akan terselesaikan dengan ijin Allah berkat keutamaan surah AL-Fatihah.

Suatu keterangan lain tentang khasiat Al-Fatihah pula.

Barang siapa membaca surah Al-Fatihah selesah shalat lima waktu sebanyak dua puluh (20) kali, yang berarti setiap hari membacaseratus (100) kali, niscaya Allah akan meluaskan rejekinya sebagai imbalan dari sisi Allah. Dan menjadi baik keadaannya sehari-hari. Diterangkan hatinya, dimudahkan segala urusannya. Dan dikabulkan permohonannya oleh Allah swt. Serta dikeluarkan dari segala kesulitan. Insya Allah.

* Moga kita mendapat manfaat darinya. Insyaallah.


MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers