Showing posts with label susu kambing. Show all posts
Showing posts with label susu kambing. Show all posts

Friday, November 2, 2012

Misi Segenggam Kurma : 1st Day

8:37 AM
Alhamdulillah.
Sudah mulakan misi segenggam kurma.

Rasanya??
Alhamdulillah... takde rasa yg 'tidak selesa'.
Sedap je.

Takde bau yg tidak menyenangkan pun.
Entah. Mmg sbb susu ni mmg tak berbau ke.
Atau pun minda aku dah set, yg menda ni takde bau ke, aku pun tak pasti. Tp aku buleh minum senang je.
Lain dgn Hi-Goat tu, walo orang kata tak bau la, takde apa lah, tetap aku rasa ada bau. Mungkin sbb aku da set mind aku, susu kambing - ada bau. Jadi, macam tak lalu.

Susu tu aku letak dlm freezer, beku kan dulu (sbb beku, buleh tahan sebulan)
Lps tu smlm sblm g keja turunkan kat bawah.
Pagi tadi bangun tidur, keluarkan 2 botol dari peti ais, rendam dalam air panas.
Biar dalam 10minit camtu, amik kurma (buat la kaedah segenggam kurma tu), masuk dlm 'cawan' blender, campur susu, blend. Then trus minum.

Senang dan mudah.
Sbb aku mmg ada multipurpose blender yg cemgini. Ada cawan dia siap.

kredit : Groupon

Tp bukan la brand ni. Lama dah aku beli. Masa Perfect Living ke Homedec ke tah. 3 tahun lps rasanya. Tp kalo sesapa takde blender camni, aku rasa buleh je beli. Skang tak silap, Pensonic pun ada jual. Tp aku tatau set dia byk camni ke tak.
Byk kegunaan blender ni.
Boleh buat air soya, ice blended, smoothie dan paling mudah kalo nak buat sambal tumis ke apa. Cukup mudah. Dia ada 3 jenis chopper. Jadi, boleh khaskan satu chopper utk bahan2 pedas. Cam aku buat utk blend kurma ni, aku guna chopper lain. Chopper utk buat daging cincang pun ada.

Cam utk buat susu kambing blend ni kan, terus je masuk dlm cawan tu. Mmg 2 botol tu tak cukup la utk satu cawan, tp blend je dulu, minum then tambah la. Utk yg pertama kali ni aku buat 2 botol blend sekali.
Tp utk esuk2, boleh buat asing. So, blend lah dalam 2 cawan yg berasingan.

Simple. Dari dulu taknak buat kan.
Tapi, kalo orang tanya apa rasa susu ni, aku boleh katakan, sedap je bila campur dgn kurma. Manis kurma tu akan menyedapkan rasa susu. No worries, sbb aku mmg kategori 'liat' nak minum susu. Minum Anlene pun kena tambah milo. Tp yg ni oke. Bes. Alhamdulillah.


Wednesday, October 31, 2012

Tuesday, October 30, 2012

Misi Segenggam Kurma : Susu Kambing Dah Dapat

12:02 PM
Alhamdulillah. Stock susu kambing segar dah diterima.
Amik satu dozen ja (6 for me, 6 for him. hihihi)
Pagi Jumaat lah nak mulakan. Mengambil keberkatan hari Jumaat kan. Insyaallah.
Lagipun, nak tggu 'bersih' bebetul baru nak start.

Tgk dulu cemna penerimaan tekak ni.
If boleh, baru kita order byk sket.
Kalo 6 ni, 6 hari je lah nampaknya.



Kalo oke rasa dia, baru saya update kat mana saya beli dan harganya. 
Sbb kazen saya cakap dia beli kat Pasar Tani Bangi.

Uhhai... jauh tu dari rumah kami.
Yang ni just call, dia hantar terus ke ofis - COD saja. Mudah prosedurnya.


Smlm ada riki2 kurma kat KLCC. Sbb konon nak beli kurma yg baru. Kurma ada je dlm peti ais. Stock bulan puasa tu ari. Saja lah igt nak carik kurma baru. Tp rega cam melampau pulak. Abiskan jelah yg dlm peti ais tu.

Excited!
Hihi

Misi ini saya namakan - Misi Segenggam Kurma.
google

*excited la..kang dah minum baru kau tau*

Monday, October 22, 2012

Tahniah, Susu Kambing & Kurma, Surah Maryam

9:50 AM
kredit : here
Mereka suami isteri juga seperti aku.
Sama ber-TTC.
Malah, mereka lebih awal berusaha dari aku.
Lebih 5 tahun menanti.
Pernah diusik seketika dgn khabar gembira tahun lepas.
Tapi tidak kekal lama.
Mereka tidak terus kecewa. Kerana mereka yakin - Allah Lebih Mengetahui Segalanya.
Mereka terus berusaha kerana yakin. Allah telah tentukan yang terbaik.

Dan kini, usaha kembali berbaloi. Disahkan hamil 10minggu *agak terlewat mengetahui - mungkin kerana tidak mahu terlalu berharap.

"aku minum susu kambing dengan kurma - sejak bulan 6 hari tu - susu kambing fresh yang dibeli di pasar tani" katanya tatkala dia berkongsi kegembiraan bersama.
"sebelum ni aku selalu dengar tapi tak pernah cuba" katanya lagi di laman sembang Facebook.

Ya. Aku pun selalu dengar, tapi sekali pun tak pernah mencuba.
Alasan ku - tak suka minum susu tambahan ada berbau yang tidak menyenangkan.

Spti kebiasaan, sekali lagi aku terasa nak buat. Sbb tak pernah nak buat amalan yg satu ni.
Apa salahnya mencuba.

Utk mereka suami isteri, aku gembira dgn perkhabaran ini. Jaga diri bebaik. Aku doakan semoga selamat hingga ke akhirnya.. doakan rezeki kami pula menyusul :)
***********
kredit : http://muamalatmurni.blogspot.com/2012_01_01_archive.html

PETUA DAPAT ANAK

Bismillah, Insya Allah Ini adalah petua bagi perempuan yang inginkan anak (mengandung), terutamanya bagi perempuan yang susah mengandung ;

A. Langkah Pertama

1.      Untuk suami  - ambil segenggam kurma dan buang bijinya
2.      Untuk Isteri  -  ambil segenggam kurma dan buang bijinya
3.      Kisar (blender) kurma tadi supaya menjadi jus kurma
4.      Campurkan jus kurma dengan susu kambing  (samada susu kambing segar atau tepung susu kambing)
5.      Minum Jus kurma susu kambing tadi setiap hari

B. Langkah Kedua

Setiap Pagi (sebagai sarapan). Tak perlu makan lain-lain makanan ;

1.      Minum Susu kambing  (samada susu kambing segar atau tepung susu kambing)
2.      Makan 7 biji kurma
 
C. Langkah Ketiga

Amalkan Membaca Dan Hayati Surah Maryam : Ayat 1-12. Sebaik-baiknya sebelah pagi (selepas subuh sebelum zuhur) dan petang (selepas asar/Maghrib).


 Terjemahan Ayat :

1. Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad
2. (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
3. (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya Dengan doa permohonan secara perlahan.
4. ia merayu Dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan Aku - Wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa Dengan doa permohonanku kepadamu.
5. dan Sesungguhnya Aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang Yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
6. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan Jadikanlah Dia - Wahai Tuhanku seorang Yang diredhai serta disukai".
7. (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar Yang mengembirakanmu Dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, Yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun Yang senama denganNya".
8. Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya Aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang Yang mandul dan Aku sendiri pula telah sampai had umur Yang setua-tuanya?"
9. Penyeru itu menjawab: demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiku kerana Sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang Engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."
10. Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah Engkau tidak akan dapat berkata-kata Dengan orang ramai selama tiga malam, sedang Engkau Dalam keadaan sihat".
11. maka Dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan Ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
12. "Wahai Yahya, Terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) Dengan bersungguh-sungguh! dan Kami berikan kepadanya hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers