Showing posts with label usaha. Show all posts
Showing posts with label usaha. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

Mana Hilangnya Semangat

11:59 AM
Salam Syawal.
Salam Ogos.
Ayat cliche - sekejap je dah bulan 8.
Tinggal 4 bulan sahaja di tahun 2015 ini. InsyaAllah.

So, apa perkembangan?
Berkaitan TTC lah.
Rasanya dah tersasar jauh. Jauh dari usaha untuk berTTC.
Entah lah.
Rasa dah "immune". Rasa dah "mua". Dan rasa tak kesah langsung.

Bila nak mulakan semula?
Terlalu lama hingga takde perasaan dah. Mei 2013 - last treatment. Lepas tu nan hado.. ahkak sebok la travel ke sana ke mari. Naik cruise, ke Cameron, Ke Perth, ke Sarawak, dan paling latest perform Umrah. Wahhh.. riang ria kan.

Tu hari seseorang yang concern mengenai journey TTC dah warning "bila akak nak mula treatment ni"
Selepas dibagi hint ajak pergi travel.
Terus rasa alahai..baiknya mereka yang concern ni kan.
Sahabat, yang tahu kita dalam journey utk conceive mmg akan concern.
Semua desak pergi lah sambung treatment. Pergi la..pergi lah.
Then, ada yang mengajak ke Bandung next year. Kerana tak nak pergi ku alasan kan next year nak buat fertility treatment. Amboi. Pandai pula alasankan itu ya. Kalau dia yang nak pergi travel, tak hirau pun pasal tu. Amboi boi boi asam boi kan.

Hurm.
Macam dah malas sebenarnya.
Kenapa ya?
Kalau disenaraikan memang la banyak sebabnya.

Entah ek.


Masa pergi Seminar Keluarga Bahagia last Mei dapatlah voucher untuk scan di KL Fertility.
Voucher tu valid sampai end of September 2015.
Untuk perjumpaan kali pertama dan scan.
Lepas tu nak buat rawatan, kena bayar lah kan.
Ikut lah apa treatment kita.
Kat sini treatment dgn Dr Natasha.
Ada byk sebab juga rasa macam nak proceed kat sini.
1st, masa seminar mmg dapat tgk cara Dr Natasha tu. Sgt la soft spoken.
2nd, pernah emel dia, laju je reply. Sgt memberangsangkan.
3rd, dia ada klinik di Pusrawi, so, kalau nak follow up apa ke minta buat di Pusrawi pun boleh
And above all - Dr Natasha adalah perempuan. Tentunya lebih selesa.

Kos?
Kalau kena IVF haruslah banyak kan.
But, kita pun ada option samada nak proceed ke tak.
Atau kalau IVF tu lah optionnya, tentu Allah lorongkan jalan.

Jadi.
Baiklah.
Kita cuba :)

Friday, July 4, 2014

Salam Ramadhan 1435H

7:57 AM
Masih tak terlambat utk ucapkan Salam Ramadhan untuk rerakan TTC tersayang sekalian.
Mari lah kita sama-sama rebut peluang yang ada di bulan penuh keberkatan ini kan.
Sama-sama kita berdoa, agar dipermudahkan rezeki kita untuk mendapat zuriat.

Doa. Doa. Dan terus berdoa.



Friday, April 5, 2013

Penantian 21 Tahun : Pemangkin Semangat Kita

8:24 AM

Rasa seme TTC pun ada follow blog Dr Adilah kan.
Walo dia jarang2 update, tp seme yg di blog kan ada faedah utk kita.

Antara yg latest pasal penantian 21 tahun tu.

Jadikan pemangkin semangat kita dari kisah itu.
Jangan cepat berputus asa.
Usia perkahwinan 1 atau 2 tahun - masih awal. Terlalu awal jika ingin kecewa kerana setiap bulan didatangi sahabat baik kita itu. Lelebih lagi umur baru mencecah 23, 24 atau belum pun 27 tahun. Sebenarnya, mungkin Allah nak bagi kita mengenali hati budi pasangan kita secara lebih mendalam.
Usia perkahwinan antara 3 - 5 tahun - ya, perlu usahakan sesuatu. Tambahan pula sekiranya umur makin berlari ke angka 4 di depannya (aku le tewww.... 6 tahun lagi je nak masuk 40 wey... Haha. Tapi aku rileks je kan. Gile!)

Dan org tu selepas 21 tahun baru berjaya mengandung.
Sabar.
Allah dah tentukan yang terbaik.

Memetik kata Fyn Jamal dalam instagram nya, yg lebih kurang berbunyi "Allah dah tahu apa terbaik utk kita, kenapa kita masih risau dan gusar"
Kan. Mengapa kita nak melawan takdir. Kecewa dengan ketentuanNya adalah sama dengan kita tak redha dengan takdir perjalanan kita yang sememangnya Allah yang mengaturnya. 
Masih tak pregnant? Masih takde rezeki utk anak?
Pandang semula apa yg Allah bagi semenjak kita melihat dunia hingga ke hari ini?
Allah tak pernah menzalimi kita kan?
Takde anak - tapi rezeki lain kita pernah kira? Tak terkira kan?
Takde anak - rezeki lain mencurah2 datang. Kanan kiri atas bawah.
Tapi kita pandang rezeki anak juga.

Kita duk pandang juga pintu yang tertutup itu.
Padahal pintu2 lain terbuka luas utk kita terokai. Sayang. Jika peluang tu kita sia sia kan.

Jadi,
Sabar. Jalanlah kehidupan ni sebagaimana aturan ditentukan olehNya.

Jauhkan sifat negatif dalam diri.
Kita bertuah kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Yang mana kita ada penawar (Al-Quran) di kala dilanda kesedihan dan kebuntuan.

Kembali lah kepada jalan yg benar. Usaha lah sebaiknya dan semampunya. Allah sentiasa ada bersama kita. Dia tak pernah nak menzalimi kita. 
Kita sebenarnya bertuah kerana diuji begini, kerana tak semua dapat bersabar dengan ujian begini.
Dan.
Kita terpilih kerana Allah tahu kita sanggup di uji begitu.
Allah lebih tahu tentang kita.
~google~

Wednesday, January 16, 2013

Genggam Bara Api

1:49 PM
Sekejap je dah setgh bulan di bulan Januari.
Hari tu ada la bercerita2 dgn husband.
Propose ke dia utk buat treatment secara serius.
Dia setuju.

Alhamdulillah.
Kali ni mmg tak mau main main lagi.
Tolong. Harap2 aku serius.

Tahun 2012 hari tu dah berlalu begitu saja.
Takde apa treatment yg dibuat secara serius.
Smpai rosak dah BBT temometer haku! Choi sgt.
60hinggit wes.. jgn buat gile nak beli lain. Mungkin bateri abis. Nati lah p tukar bateri. 

Apa je aku buat tahun 2012?
Entah.

Ujung2 tu je ada buat susu kurma n kambing. Eh. Susu kambing n kurma.
Lelain takde rasanya selain bersuka hati bergembira menyusun jadual ke sana ke mari bercuti.
Ke Langkawi lah, ke Melaka lah, ke Bagan Lalang lah, ke Port Dickson lah, ke Krabi lah, ke Redang lah. Dah. Cukup. Jangan nak ber-riadah sgt tahun ni.
Takde la. Org kata jgn pikir sgt. Kalo pikir sgt nanti lagi stress. Jadi, tahun 2012 mmg tahun-malas-nak-pikir-pasal-anak then mmg gegila nak ke sana sini (termasuk ter jebak kaki dalam satu kawah - pastu tarik balik. ahahahah. Keputusan sengal yg aku kenang smpai bebila!)

Dah amik satu keputusan yg berat kan.
Didalihkan kerana nak buat treatment kan.
Jadi, jgn banyak hal. Nak buat, buat bebtul.
Genggam bara api, biar jadi debu terus.

Tapii..... aku berdoa sangat2 pada Allah agar aku dpt conceive naturally.
Kalo buleh tak mahu lah aku tempuhi segala i,i tu. baik iui ka, ivf ka.
Huhu.
Apa pun. Semoga ada hasilnya tahun ni. Insyaallah.

*weekend ni Insyaallah, nak sambung aura healing. Ustaz tu suh bawa madu (bukan madu orang tu.. madu tualang.hahahau). Tak beli lagi ni. Mana tah  nak beli. Kat Festival City tu dah tutup plak kiosknya. Hai... la hai...

kredit : here

Tuesday, January 15, 2013

Amalan : Surah Al-Waqiah

8:00 AM

Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:

Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :

Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.

Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)
Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.
Rasulullah bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

Bacaan lanjut dan kredit to : 

****
Seorang yg pernah TTC pernah berkongsi dia amalkan surah ni sebelum berjaya pregnant. Aku mmg dah download sesiap kat PC. So, bila masuk office, biasanya aku akan pasang ni dulu. Tp tak la secara konsisten. Tp skrg mmg kena amalkan setiap hari kalau boleh. Insyaallah.

*ceh..kalo entry autopublish sure lupa nak setting disable comment*

Wednesday, December 26, 2012

Habis Tu, Mengapa?

10:10 AM
Mmg boleh menyebabkan stress kalo duk memikir mengapa? mengapa? mengapa?
But, kembali bermuhasabah.
Ini ketentuan dari Allah. 
Sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya.


Last year, semasa kami ke LPPKN.

Walau rawatan tak habis - sehingga result HSG sahaja - tp kami diberitahu tiada masalah utk aku mengandung secara natural. Takde masalah di bahagian peranakan. Cuma, a little bit prob dgn sperm count. Tapi, tak menjadi masalah besar sbb jumlah tu sepatutnya masih tidak dikatakan 'kritikal'. Kira cam boleh je menjadi sebenarnya.

Dan skrg - aku sedang buat rawatan alternatif pula - guna aura pula.
Ustaz yg merawat (hasil di scan secara 'aura') pun kata kami berdua takde masalah.
Habis tu, mengapa?

Pening kan.
Period aku mmg takde masalah. 28hari. Tepat. Tak pernah terlewat. Selama 4 tahun ni rasanya beberapa kali je pun lewat. Itu pun 4-5 hari je. 
Ramai yg kata bersyukur lah - ada orang period tunggang langgang. Ada yg langsung tak dtg. Berbulan, bertahun.
Ya. Mmg bersyukur. Tapi itu yg menyebabkan tanda tanya nya. Secara fizikal kita rasa kita takde problem. Tapi, mana kita tahu yg dalam dalam kan. Tp bila dah buat HSG. Tau lah sket2. Dan lebih rasa tertanya tanya sbb takde masalah juga.
Bila buat rawatan alternatif pun katanya takde masalah juga.


Habis tu, mengapa?


Takpe lah.
Allah mengetahui apa yang terbaik utk kita.
Redha. Dalam pada itu kita berusaha.

google
p/s : sedang  mencuba rawatan alternatif - aura healing. Nanti bila treatment tu dah habis aku akan buat entry. Sama-sama kita sharing ya :)

Tuesday, December 11, 2012

Kun Fa Ya Kun

3:54 PM

Hi. 
Lama tak menulis kat sini.

Td tgk status dr hamid kat FB. Mengenai seorang yg dpt hamil walaupun melalui xray HSG disahkan tersumbat kedua2 tiubnya.

Kuasa Allah kan.
Siapa mampu melawannya.

Sbb tu ada entry sebelum ni aku ada tulis, toksah duk label2 tak subur lah, buat graph, carta bagai. Sebab Allah lebih mengetahui apa terbaik untuk hambaNya.

Skrg aku rasa aku semakin jauh je dari TTC nih. Entah ek. Susu kambing, habis, tapi belum repeat order. Sebenarnya lately cam ada rasa ngilu2 bhgn ari ari. Risau sebenarnya. Tp cam nak tggu kalo serius baru nak pegi klinik. Tp cam tak bagus plak. Entah. Selagi boleh bertahan, buleh kot. Takde apa lah tu. Angin kot kan.

Oke lah. Pada kengkawan yg masih tak putus2 berusaha, tahniah diucapkan. Moga ada rezeki utk korang seme. Amin.... :)

Wednesday, November 28, 2012

Habbatus Sauda

8:44 AM
Salah satu amalan makanan tambahan yang biasa disebut2 juga oleh TTCians.
Sebelum ni tak pernah 'terbeli' lagi.
Tapi masa gi MAHA 2 ari lepas, terjumpa lak Habbatus Sauda.
Biasa dalam bentuk kapsul (which, aku rasa ada problem aku nak telan. Huhu), tp ini dlm bentuk cam serbuk kasar. 
Yang macam begini
kredit : Here
Oke lah. Aku beli 2 botol. Katanya amik secubit pagi (sebelum makan apa2) dan secubit malam. Dan kalau nak "bersama" bolehlah dimakan setengah jam sebelum itu.
Suami buleh makan, isteri boleh makan.
Tapi, dari apa yg aku baca, khasiat dia more to husband lah. Contoh utk memperbanyakkan sperma.


Kesuburan
Gagalnya kehamilan karena sperma encer. Jumlah sperma yang sedikit menjadi kendala untuk memperoleh keturunan. Asam lemak tak jenuh pada jintan hitam meningkatkan aktivitas enzim 17-betahydroxy steroid dehydrogenase. Enzim itu berperan dalam sintesis testosteron. Hormon itu penting dalam proses spermatogenesis. Bentuk yang tak sempurna juga mempengaruhi gerak sperma.

Tapi yg isteri pun buleh je makan. Kalau nak campur dgn madu pun boleh, nak taruk dalam masakan pun boleh. Kalo dgn madu tu, masukkan dia dalam madu yg dah dicampur dgn air suam. Kalau dgn susu kambing pun buleh, tp kena susu kambing yg suam. 


Instead of serbuk, kiterang beli gak yg minyak. Ni pun buleh tambah juga setitik dua dalam minuman.


Boleh google saja utk khasiat habbatus sauda atau dari sini pun ada

Mari lah kita sesama mencuba dan berusaha utk mendapatkan anugerah yg tidak ternilai itu. Biarlah orang kata kita tak subur pun, asalkan kita yakin dan percaya - Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik utk kita :)

p/s: New cycle again... cam biasa.. on d dot.. 28hari - bermula 21 November. Ingat nak buat BBT semula bln ni, tp aktiviti yg padatttt bulan ni tidak memungkinkan aku nak ber BBT bagai. Minum susu kambing, madu n habbatus sauda saja lah nampaknya bulan ni.

Friday, November 2, 2012

Misi Segenggam Kurma : 1st Day

8:37 AM
Alhamdulillah.
Sudah mulakan misi segenggam kurma.

Rasanya??
Alhamdulillah... takde rasa yg 'tidak selesa'.
Sedap je.

Takde bau yg tidak menyenangkan pun.
Entah. Mmg sbb susu ni mmg tak berbau ke.
Atau pun minda aku dah set, yg menda ni takde bau ke, aku pun tak pasti. Tp aku buleh minum senang je.
Lain dgn Hi-Goat tu, walo orang kata tak bau la, takde apa lah, tetap aku rasa ada bau. Mungkin sbb aku da set mind aku, susu kambing - ada bau. Jadi, macam tak lalu.

Susu tu aku letak dlm freezer, beku kan dulu (sbb beku, buleh tahan sebulan)
Lps tu smlm sblm g keja turunkan kat bawah.
Pagi tadi bangun tidur, keluarkan 2 botol dari peti ais, rendam dalam air panas.
Biar dalam 10minit camtu, amik kurma (buat la kaedah segenggam kurma tu), masuk dlm 'cawan' blender, campur susu, blend. Then trus minum.

Senang dan mudah.
Sbb aku mmg ada multipurpose blender yg cemgini. Ada cawan dia siap.

kredit : Groupon

Tp bukan la brand ni. Lama dah aku beli. Masa Perfect Living ke Homedec ke tah. 3 tahun lps rasanya. Tp kalo sesapa takde blender camni, aku rasa buleh je beli. Skang tak silap, Pensonic pun ada jual. Tp aku tatau set dia byk camni ke tak.
Byk kegunaan blender ni.
Boleh buat air soya, ice blended, smoothie dan paling mudah kalo nak buat sambal tumis ke apa. Cukup mudah. Dia ada 3 jenis chopper. Jadi, boleh khaskan satu chopper utk bahan2 pedas. Cam aku buat utk blend kurma ni, aku guna chopper lain. Chopper utk buat daging cincang pun ada.

Cam utk buat susu kambing blend ni kan, terus je masuk dlm cawan tu. Mmg 2 botol tu tak cukup la utk satu cawan, tp blend je dulu, minum then tambah la. Utk yg pertama kali ni aku buat 2 botol blend sekali.
Tp utk esuk2, boleh buat asing. So, blend lah dalam 2 cawan yg berasingan.

Simple. Dari dulu taknak buat kan.
Tapi, kalo orang tanya apa rasa susu ni, aku boleh katakan, sedap je bila campur dgn kurma. Manis kurma tu akan menyedapkan rasa susu. No worries, sbb aku mmg kategori 'liat' nak minum susu. Minum Anlene pun kena tambah milo. Tp yg ni oke. Bes. Alhamdulillah.


Wednesday, October 31, 2012

Tuesday, October 30, 2012

Misi Segenggam Kurma : Susu Kambing Dah Dapat

12:02 PM
Alhamdulillah. Stock susu kambing segar dah diterima.
Amik satu dozen ja (6 for me, 6 for him. hihihi)
Pagi Jumaat lah nak mulakan. Mengambil keberkatan hari Jumaat kan. Insyaallah.
Lagipun, nak tggu 'bersih' bebetul baru nak start.

Tgk dulu cemna penerimaan tekak ni.
If boleh, baru kita order byk sket.
Kalo 6 ni, 6 hari je lah nampaknya.



Kalo oke rasa dia, baru saya update kat mana saya beli dan harganya. 
Sbb kazen saya cakap dia beli kat Pasar Tani Bangi.

Uhhai... jauh tu dari rumah kami.
Yang ni just call, dia hantar terus ke ofis - COD saja. Mudah prosedurnya.


Smlm ada riki2 kurma kat KLCC. Sbb konon nak beli kurma yg baru. Kurma ada je dlm peti ais. Stock bulan puasa tu ari. Saja lah igt nak carik kurma baru. Tp rega cam melampau pulak. Abiskan jelah yg dlm peti ais tu.

Excited!
Hihi

Misi ini saya namakan - Misi Segenggam Kurma.
google

*excited la..kang dah minum baru kau tau*

Monday, October 29, 2012

Senyum Kambing

3:33 PM
Masih belum terlewat utk ucapkan Salam Aidiladha kan...
Tentu seme seronok jumpa kaum keluarga.

Bulan ni terasa nak mula kembali dengan usaha utk berTTC.
Lama dah rasa 'malas'.
Nak usaha dengan cara apa ya?
BBT? Susu Kambing + Kurma? Jus Perawan?
Kalo ikut date, OD dlm 7hb camtu.
MyDH ada kata "lama tak tido hotel eh?"
Hurm. Dah cuti skolah. Tak bes pun kalo nak pegi hotel.
Tak mengapalah.
Kita buat rumah kita ala-ala hotel je lah bang.
Haha.

Tgh nak dptkan susu kambing segar nih.
Semangat berkobar-kobar nih.
Harap aku jangan me'luek' pepagi sudah. Haha.

imej : Google
p/s : Saya jarang 'bertenggek' kat rumah ni. Ini hanya blog utk cerita TTC sahaja. Saya selalu berada kat 'rumah biasa' saya. Jadi, memana TTCian yg dah follow blog ni, Insyaallah, saya akan letakkan list kat side bar. Apa2 hal, just emel saja :)

Monday, October 22, 2012

Tahniah, Susu Kambing & Kurma, Surah Maryam

9:50 AM
kredit : here
Mereka suami isteri juga seperti aku.
Sama ber-TTC.
Malah, mereka lebih awal berusaha dari aku.
Lebih 5 tahun menanti.
Pernah diusik seketika dgn khabar gembira tahun lepas.
Tapi tidak kekal lama.
Mereka tidak terus kecewa. Kerana mereka yakin - Allah Lebih Mengetahui Segalanya.
Mereka terus berusaha kerana yakin. Allah telah tentukan yang terbaik.

Dan kini, usaha kembali berbaloi. Disahkan hamil 10minggu *agak terlewat mengetahui - mungkin kerana tidak mahu terlalu berharap.

"aku minum susu kambing dengan kurma - sejak bulan 6 hari tu - susu kambing fresh yang dibeli di pasar tani" katanya tatkala dia berkongsi kegembiraan bersama.
"sebelum ni aku selalu dengar tapi tak pernah cuba" katanya lagi di laman sembang Facebook.

Ya. Aku pun selalu dengar, tapi sekali pun tak pernah mencuba.
Alasan ku - tak suka minum susu tambahan ada berbau yang tidak menyenangkan.

Spti kebiasaan, sekali lagi aku terasa nak buat. Sbb tak pernah nak buat amalan yg satu ni.
Apa salahnya mencuba.

Utk mereka suami isteri, aku gembira dgn perkhabaran ini. Jaga diri bebaik. Aku doakan semoga selamat hingga ke akhirnya.. doakan rezeki kami pula menyusul :)
***********
kredit : http://muamalatmurni.blogspot.com/2012_01_01_archive.html

PETUA DAPAT ANAK

Bismillah, Insya Allah Ini adalah petua bagi perempuan yang inginkan anak (mengandung), terutamanya bagi perempuan yang susah mengandung ;

A. Langkah Pertama

1.      Untuk suami  - ambil segenggam kurma dan buang bijinya
2.      Untuk Isteri  -  ambil segenggam kurma dan buang bijinya
3.      Kisar (blender) kurma tadi supaya menjadi jus kurma
4.      Campurkan jus kurma dengan susu kambing  (samada susu kambing segar atau tepung susu kambing)
5.      Minum Jus kurma susu kambing tadi setiap hari

B. Langkah Kedua

Setiap Pagi (sebagai sarapan). Tak perlu makan lain-lain makanan ;

1.      Minum Susu kambing  (samada susu kambing segar atau tepung susu kambing)
2.      Makan 7 biji kurma
 
C. Langkah Ketiga

Amalkan Membaca Dan Hayati Surah Maryam : Ayat 1-12. Sebaik-baiknya sebelah pagi (selepas subuh sebelum zuhur) dan petang (selepas asar/Maghrib).


 Terjemahan Ayat :

1. Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad
2. (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
3. (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya Dengan doa permohonan secara perlahan.
4. ia merayu Dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan Aku - Wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa Dengan doa permohonanku kepadamu.
5. dan Sesungguhnya Aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang Yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
6. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan Jadikanlah Dia - Wahai Tuhanku seorang Yang diredhai serta disukai".
7. (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar Yang mengembirakanmu Dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, Yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun Yang senama denganNya".
8. Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya Aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang Yang mandul dan Aku sendiri pula telah sampai had umur Yang setua-tuanya?"
9. Penyeru itu menjawab: demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiku kerana Sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang Engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."
10. Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah Engkau tidak akan dapat berkata-kata Dengan orang ramai selama tiga malam, sedang Engkau Dalam keadaan sihat".
11. maka Dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan Ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
12. "Wahai Yahya, Terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) Dengan bersungguh-sungguh! dan Kami berikan kepadanya hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.

Thursday, June 21, 2012

It's 2 Line!!

5:00 PM
Haha.
Tajuk harus propa. 
Smlm da citer buat OPK test. On CD12. *smlm tertulis CD13, sebenarnya baru CD12. Choi..lupa plak*
Today CD13.
And it's double line!

*terus mata bersinar sinar dlm toilet tu*
Wah. Igt sng nak buat test dlm toilet ofis. Time orang amik wuduk la apa la.
Sudah la guna stick tu kan. Satu hal nak kena cari bekas plak. Haha.

So, apa perlu buat ni? Apa perlu buat ni?

(ahah! walo pun seofis uols, takkan ai nak tarik asben ai trus kut. Agak2 la... sabo yer. Harap ia blum 24jam!)

Dan kali ni aku tak mengong p buang stick tu.
Esuk try lagi buat test. Dan selebihnya simpan utk next month - kalo eksperimen ini tak menjadi lah. Hihi.
Untuk itu, doakan eksperimen kali ni berhasil ya.
Sbb tanda2 ovulate cam white-egg tu takde.
Tkpe, usaha tangga kejayaan. Haha.
Utk itu saya pun doakan 'kejayaan' kawan2 yg lain juga :)
Moga ada rezeki kita. Insyaallah.

Utk Eida Baharom, kat link sini ada byk lagi gmbr2 yg OPK strips. Bleh tgk mana yg sama ngan Eida nyer.

kredit : here

When to Have Sexual Intercourse After the OPK Turns Positive

This may sound like a surprise, but making love only after first getting a positive OPK may not get you pregnant at all. Ovulation can happen as early as 14 hours after the OPK first becomes positive. Let's say you test with the OPK at 8 a.m. and it was negative. Then, the OPK turns positive at 11 a.m, but you won't know because you only test once a day. So ovulation could then happen 14 hours later, at 1 a.m. the next day. But having sex after ovulation is not going to get you pregnant.
If you test once only every 24 hours you will only find out about the positiveOPK at 8 a.m. the next day, which may be too late for getting pregnant if you only have sex at that time.
Credit : Here
Sperm Life - How Long Do Sperm Live?
In general, sperm can live in the right environment for up to 5 days. The right environment would be inside the uterus and the cervix. In certain environments, such as the cervix, uterus and fallopian tubes sperm have a life-span of up to five days. That's why a woman can get pregnant if they ovulate within 5days after intercourse.
Most sperm, however will die within 1-2 days after ejaculation, even inside the uterus. In other environments, such as the vagina, sperm live only a few hours and outside the human body, exposed to the open air, they will usually die within minutes. 
Credit : Here

Question: "Dear Pat. I just received my first positive on an LH test. What does this mean? Am I ovulating? And when and how often should we make love?"

Pat: Once you receive a positive result, you may consider yourself at peak fertility! Therefore, with a positive OPK, commence the 'baby dance'. In fact, you should make love the day of the first positive, as well as the following 3 days (to be on the safe side). A positive OPK typically suggests that you will ovulate soon. Sperm can survive in a woman's body for a number of days, so lovemaking should take place so the sperm can be present when the egg descends down the fallopian tube. In sum:

• If you receive a positive result on an OPK, you are at your highest fertility level.

• A positive ovulation test tells you that that ovulation will occur within the next 12-36 hours. Time to make love.
• Make love the day your get your positive result, and over the following 3 days. Yes, this is sex on demand, but that's why there is Pre-Seed!
 Consider BBT charting as a way to confirm ovulation through the body temperature increase that takes place following ovulation (due to the rise in progesterone).
 If your partner has sperm count issues, talk to your doctor about how to time intercourse and determine the right frequency for sex.
Hopefully, this short fertility tutorial will answer some questions and help you optimize use of our products. To learn more about ovulation, fertility and bbt charting, please visit our articles section. To read more about OPK procedure (correct use and interpretation), please visit our in-depth instructional pages.

Credit : Here

Wednesday, June 20, 2012

Ovulation Test

3:30 PM
Retu order mendalah ni dari MAD

Dpt la dah pun. Just nice smpai la kiranya kan. 
Walo pun seme pun tulisan cina. Yg ada tulis omputih hanya lah kat dpn tu.
Tp sama je cara penggunaan pun kan.


Ekceli aku tak nah guna yg stick ni.
Retu guna yg watson punya. Cam pregnancy test tu. Itu mahal lah. Baru pakai satu. Ada 2 (ke 3 tah).

Jadi hari ni CD 12. Aku terai la test. Hurmm...
No surge. 

Tp aku bleh ter buang lak stick tu. Arghh....
suppose wat camni lah.
credit : Here
Haihh... watcha..!

Tkpe, ada 10. Esuk kita terai lagi. Suppose dari CD10 dah buat, tp dapat pun baru hari ni. Mana lah tau, kut2 lewat plak kan.

Lps ni jgn terbuang yer. Igt....!

Q: How long after my LH surge will ovulation take place?
ovulation test FAQ Generally, ovulation will take place 12-48 hours after the LH surge is first detected (using afternoon urine samples), though 36 hours is considered to be the average length of time following the LH surge.
(sumber : http://www.ovulation-calculator.com/ovulation-tests/opk-faq.htm)

Kesian... bukan je UPT yg negative, buat OPK pun negative. Haha. Tapi... aku jarang sgt buat UPT sbb 'makcik' aku tu setia. Tepat je dia dtg melawat. Kuikuikui :D

*usaha bln ni : buat test ini je la kot. Lelain... takdak! Malas. Minum susu pun malas. Sbb mamil tu tak sedapp.. Nak kena abiskan gak baru beli balik Anmum Materna. uhukssss.. :(
*tgk kat Get Baby application - expected Girl la utk hari ni. Huhu

Monday, January 30, 2012

Take For Granted

1:00 PM 3 Comments
Apakah take for granted?
take for granted
1. To consider as true, real, or forthcoming; anticipate correctly.

2. To underestimate the value of: a publisher who took the editors for granted.


Utk case yg aku nak cakap ni kita amik yg no. 2 tu lah. 
Atau bleh gak nak kata take for granted ni bila kita tak hargai sesuatu yg ada di depan mata.

Contoh mudah, me myself. Aku tak kata pun org lain.
Aku take for granted seme kemudahan yg ada utk aku buat treatment.

Sbb aku rasa tpt2 tu seme dpn idung aku kan.
Dkt. Sgt dkt ngan umah. Sgt dkt ngan tempat keja.

Aku terpikir ni bila aku baca entry Chinta dan aku drop komen.

Aku pikir aku ni ler.
Menda bila dah dpn mata mmg tak dihirau.
Tp bila jauh baru sedar kan.

Mmg aku take for granted menda2 camni.
LPPKN sgt dkt. Sgt mudah nak pegi. Cam aku penah buat dulu la.
Takde masalah pun. Nak pegi senang. Boss nak kasik cuti senang. Bagi time slip pun takpe. Tu pun aku pemaleh lagi nak usaha. Abis apa lagi?
Buat HSG pun sng. KPJ tu pun dpn idung dan sejengkal cuma dari umah *eh. nipu sgt nih. Hihi*

Naper yer. Bila kita ada kemudahan tu seme sure kita mcm tak hargai.
Tp bila dah takde, baru la tahu susah senang tu nati.

So, nati bila aku da pindah baru aku tau susah kot.
*eh, pindah pun tak jauh. Huhu*

Jadi, kenapa tah perlu bertangguh segala.

Tatau nak kata.
Owh. Aku rasa nak tukar wat treatment kat Klinik Dr. Hamid Arshat la plak. Malas nak pegi LPPKN dah. Haa.. ni pun satu lagi take for granted pun gak ni kalo bleh dikatakan begitu. Dah tu.... aku lagi senang gi LPPKN, siap leh claim lagi, tapi tetiba aku nak pegi yg berbaya plak. Ini bkn take for granted. Ni mengada-ngada. 

Oke dah.

Gambar yg takde kena mengena.
Tp ada la pasal take for granted. Haha

Google

Wednesday, January 25, 2012

Usaha Itu Tangga Kejayaan

1:51 PM 7 Comments
Orang kata usaha tangga kejayaan kan.

Kalo takde usaha mana nak dtg kejayaan.
Mcm masa study dulu. Kalo tak berusaha utk berjaya, mampuih la ko nak dpt DL every sem kan. *that's not telling I got DL for every each sem. Huhu*


So, skang dimana kah semangat utk berusaha itu.
Nan hado! Tp nak kata 'nil' tu mcm tipu sgt.
Ada, tp tak bersungguh. I admit.


Kadang terpikir, eh, aku ni tak risau langsung kan.

Adik2 yg baru umo 25, 27 dan seme blum cecah 30 da merempan risau takde anak. Yg baru setahun kawen pun da risau2 sgt.

While me, yg esuk lusa jika dipanjangkan usia dah masuk 'double 3' pun tak kesah apa.
Rileks sungguh la hai.

Kadang menyampah dgn diri sendiri.
Nak anak, tp usaha mendapatkannya macam 20% ja. Tu pun tak smpai kut.

Malas weh. Esp aku pikir pasai pa aku tak sama ngan org lain.
Org lain taperlu pun susah2 nak buat itu ini.


Tp semlm jumpa kawan lama. Kawen selang sebulan ja dari aku.

Anak dah 2. Latest baru 3 bulan baby nyer.
Katanya 'eh..kami pun ada poblem gak. Kut subur sgt pun risau jugak. Kena ada protection juga. Bkn bleh main sukati je'

Kan..? Camtu plak. Kena gak pandai adjust. Kita yg duk TTC ni sedaya upaya nak carik timing telur kuar, tp meke lak sedaya upaya carik menghindarkan time tu. Pun kena guna kaedah BBT gak ni. Huhu.

Melihat blog adik aku sorang ni - Yannie.
Dgn segala usahanya mmg aku terkesima lah.
Be it - traditionally, modern, seme dia cuba.

Rajin. 
Aku ni semangat mmg ada. Buatnya tak.



Nak pasang azam baru ke?
Malas!

Bukan aku disiplin pun.
Agaknya yg LPPKN pun tu pun dah tak valid dah kot rekod aku.
Malas aku nak call, set appmt seme nih.


Dari apa aku tulis ni mmg napak kan aku tak 'terdesak' sgt pun. Yg aku gedik sgt adalah plan bercuti cuti. Dok pikir nak kemana kemana.
Entah. Mungkin sbb ni lah pun Allah tak bagi lagi rezeki tu.

Lagi satu, aku nak sgt2 'dia' dtg secara natural.
Itu yg sgt2 ku harapkan. Sbb tu aku macam melengahkan seme usaha ni

Apa pun, aku tak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan rezeki yang satu ini.
Kredit : Here

Wednesday, December 7, 2011

Babymed December

8:03 AM 1 Comments
Kiraan di babymed utk bln ni.
Takat ni, ni je la aku folo.

Aku tak buat BBT, aku tak buat apa2 pun.
Walhal aku da dload application utk tick chart BBT kat Mys2.
Tp eh..ada sesapa yg ada chart lagi best tak? Ce bagi nama application. Aku amik womenlog tu.
Tp cam tapehapatah je. Nak lagi bes dia suh upgrade dan bayo. Kuawasa la mak kan. Mak mmg nak pree je. Haha.

Kadang2 terpikir.
Apsal camni?
Taknak anak ke?
Entah. Aku pun tatau. Tapi takkan la tanak. Tgk ni pun meleleh ailiyo dah. Hukss.
Pinjam sini : Klik
*takde idea nak update kat kebun stoberi sanun, bebel kat sini je lah. Bleh?

Friday, November 11, 2011

Wednesday, November 9, 2011

Let It Goes By Babeh

3:40 PM 9 Comments
Membaca entry S ni http://makemeconceived.blogspot.com/2011/11/tabah-kuat-sanggup.html
aku rasa aku dah bkn masuk kategori TTC lagi dah skang ni.
Aku da smpai tahap malas dah ni sebenarnya.
Sbb tu la citer kat sini pun makin kurang.

Ye lah. Takde sebarang usaha aku buat dah skang ni.
Seriyes. Sejak dari bulan puasa retu hingga skang no more treatment, no more BBT, no more ubat2an, no more Jus Perawan. Mmg "nil" usaha utk TTC. Selain dari 'main'. Tu pun kadang ter malas. Haha.

So, what say you?
Bubarkan saja blog ini?
Bubarkan saja TTC Corner tu?
*owh. itu tidak mungkin, di sana la sahabat2 seperjuangan ku utk ku mengadu nasib. eceh*

Bila nak start balik aku pun tatau.
Rasanya utk tahun ni mmg tak la kot.
Stop je lah.
Tggu la nxt year. Igt nak call klinik Dr Hamid lah.
Stop kan dulu LPPKN tu *wah. cam byk duit je kan nak ubah tpt treatment ni. LPPKN pun tu sbb bleh claim, kalo tak mmg ke hospital gomen ja*

Tapi kalo dgr org bersalin, org pregnant ke sila bertabah yer.
Sbb aku takde usaha apa2 pun.
Jeles tu toksah nak cakap la kan. Mmg jeles la tgk org bawak perut, org da bersalin dsbnya.
Tp kalo nan hado usaha, tak perlu jeles la kot. Mengong tu namanya.
Cam nak exam la, tgk org lain berjaya, padahal dia usaha separuh mati, tup2 kita nak jeles pasaipa.
Tapi eh, derang yg pregnant tu senang je pun. Takde pun perlu usaha separuh mati.

Jadi, aku umumkan skang mmg aku bkn TTCians.
Walo mmg la nak conceive.
Tp usaha apah pun takdak, mmg takdo la kan.
Lantak la situ. Malas nak pikir. Lagi pikir lagi stress.
So, skang let it goes by ja.

Nati gi Langkawi mandi Pulau Dayang Bunting, mana tau kut ada rezeki.
Kalo takde gak, ada rezeki bln 6 nati buat umrah, doa kat Tanah Suci Mekah.

Selain dari tu, buat je la apa2 yg patut. Huhu.

p/s : sapa tak nak baby sendiri wey... gigil kalo tgk gamba camni haa......

kredit : here

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers