Showing posts with label cycle day. Show all posts
Showing posts with label cycle day. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Disember 2013 : Cycle Day

3:15 PM
Assalamualaikum TTC'ian...
Lama tak menulis di sini kan. Kekangan masa mungkin. Atau pun mmg mahu merilekkan minda seketika dari berpikir berkaitan TTC.

CD bulan ni - 10.12.2013
Lama dah  berlalu. 
3 hari lagi before usia perkahwinan kami menginjak 5 tahun.
4 hari lagi before usia saya pula menginjak 34 tahun.
Siapa tak sedih hoi. Sangat sedih.
Ingatkan ada lah hadiah bermakna tahun ni.
Mmg kali ni emosi hebat.
Mencurah perasaan pada seseorang di what's up.
Terima kasih dik, kerana meminjamkan 'mata' utk membaca keluh kesah akak.

Entah la.
Bukan la berputus asa. Tapi mungkin kerana tidak mahu menjalani IUI Januari ni, jadi perasaan rasa ter sepit. Ampunkan dosa ku Ya Allah.
Sewaktu mengemas terjumpa semula artikel yg pernah di print.
Pertama yg Ustazah tu tulis 'jangan berprasangka buruk dengan Allah'.
Oh. Aku hampir ber prasangka buruk dengan Allah.
Istigfar. Mengucap.

Lupakah apa yg telah Allah kurniakan selama ini.
Bukan kah itu juga rezeki.

*raup muka*

Entah. Kekadang kita juga tewas dalam ujian ini.
Terkadang kita rasa kita putus asa.

Bila?
Sampai bila Allah nak uji ni?
Rendahnya diri bila duduk berbual di kalangan orang yg beranak kecil.
Ni nak bukak sekolah ni, lagi lah. Sana sini up gmbr hantar anak.
Haruskah di deactivate FB tu?

Hurm.
IUI. Dr Hamid dah pesan, if masih tak mengandung, Januari ni mmg kena go for IUI.
Kali ni memang terpaksa pasrah.
Mungkin.

*secara purata CD length tahun ni memang antara 27-28 days. Lewat pun 2,3 hari. Betul, makcik itu mmg teratur dan displin kehadirannya. Bersyukur lah. Kerana ada orang lain, bertahun tak didatangi makcik itu.

All image : Google

Thursday, November 14, 2013

November 2013 : CD1

3:38 PM
Kuikuikui.
Nampaknya blog ni dah jadi kalendar tp mengira CD aku plak ha.
Ampun maaf dipinta la sbb blog terabai sungguh.

Tak sempat nak update pasal TTC bulan nih.
Cepat betul masa berlalu.
Now dah nak ujung November.

So, bulan ni CD agak panjang. 28 days (konon dah berharap lambat la terus.. idak mau nyer.. tak di bagi nunggu lama pun... pepagi dah say 'hye' )
14.11.2013 (1 month to my bufday and anniversary).

Takpe lah. Redha.

Mar kata, at least kita period. Ada orang tak period bertahun.

Yer. Baik.
Mmg skrg ni pun dah tukar doa. Instead of doa diberi zuriat, baik doa utk belajar redha dengan ujian ni sbb Allah lebih tahu apa terbaik utk kita.

Dia belum nak bagi sbb Dia tahu, belum masa lagi..jadi, biar lah kita belajar redha.
Bila Dia tahu kita bersedia, masa tu dia akan bagi... Insyaallah.

Allah tu sayang kita, sbb tu di pilih kita untuk ujian ni.
Ada orang rasa dia paling bertuah dalam dunia.
Takde masalah.
Subur, anak berderet, kerja bagus.
Tapi, tanpa sedar sebenarnya itu pun ujian.
Janngan sesekali terus mendongak ke langit. Dan berbesar hati kerana tak pernah rasa kesedihan dan kekecewaan.
Kerana takut, orang yg berada di bawah ni terguris hati, kita pula satu hari terduduk terus.

Friday, October 18, 2013

Oktober 2013 : CD1

1:30 PM
17 Okt 2013 (Khamis) - CD1. Againnnnnnnnnn...........
Ya Allah. Sampai bila *meraup muka*
Entah lah. Pujuk hati ini. Allah belum nak bagi kerana Dia lebih tahu apa terbaik utk kita.

Mengadu nasib dengan rakan yang memahami *hugs utk beliau*

Tetiba dalam duk bersedih sedih tetiba keluar ayat lawak.

"Nak beli kereta baru lah cemni. Nak reward diri. Honda Accord boleh?"
"Boleeehhh..Honda best. Dulu mak usu & pak usus saya 8 tahun kawen takde anak. Dah buat semua. Lps beli kereta honda, dia mengandung"

Hahahahha. Tak terpecah ketawa dibuatnya.

Baru nak sedih sbb dia bagi ayat ni "Allah nak dekat kita dekat dgn Dia. Allah nak kita mohon dengan Dia selalu. Sebab Allah sayang kita. Allah nak kita rapat dengan Dia"
Sekali kuar citer pasal keta Honda terus cam nak gelak guling-guling. Hihi.

Entah lah. Ada hikmah tersembunyi. Yang hanya Allah yang tahu.
Dulu, saya rasakan 5 tahun itu terlalu lama tempohnya utk orang takde anak. Tp kini, 2 bulan lagi perkahwinan kami menginjak ke angka 5. Derasnya masa berlalu. Syukur ya Allah, walau tak diberi peluang menjadi ibu, tapi memberi saya teman hidup yang amat memahami saya. Yang tak pernah sekali pun memarahi saya. Yang tak pernah mengeluh melayan kerenah saya. Syukur ya Allah ditemukan dengan lelaki sebaik dia (ada hikmahnya saya tak pernah 'jadi' dengan teman2 sebelum itu). Jadi, sekarang, sabar lah. Allah nak bagi yg terbaik. Itu janji Allah.

p/s : sering dengar ceramah Ustaz Kazim. Katanya, nak minta sesuatu, bangun sembahyang malam. Jangan berputus asa. Ini yang masih belum saya buat lagi. Moga ada istiqamah untuk mencubanya lepas habis period nanti.
google


**
takde la nak beli honda accord pun. Kalau beli juga, mungkin kami akan buat lauk tayar goreng tepung sbb takde duit dah nak beli ayam sbb duit dah bayo honda accord je. Kihkihkih.

Wednesday, August 28, 2013

Ogos-Sept 2013 : CD1

5:41 PM
Owh.
4 ari awal dari biasa.
Ahad. 25 Ogos.
Mujo sempat selesaikan ibadah puasa (ganti).
Genap2 selepas 6 hari berpuasa (kebetulan tinggal puasa 6 ari).

Masih belum punya kekuatan nak call klinik.
Bukan takde kekuatan. Malas sebenarnya.
Sedih pun ada.
Usaha keras juga bln ni.
Entah tak tahu mana silapnya.
Tak tahu. Tak tahu. Tak tahu.

*istigfar*

Allah lebih mengetahui.
Allah tahu apa yg terbaik.
Jangan mengeluh.

Ini tandanya Allah sayangkan kita.
Allah mahu kita sentiasa ingatkan Dia.
google

Friday, August 2, 2013

Ogos 2013 : CD1

11:10 AM
Genap 3 cycle after laps.
So??
Apa nak kata lagi.. teruskan treatment la gamaknya. Huhu.

Oh.
CD1 : 31 Julai 2013 (Rabu)
Kali ni terlewat sehari. Biasa genap 28 ari, dia da jengah dah.
Takpun tak nyempat2..27 ari dah taraaaa katanya.
Kali ni 29 ari.
Sajer leteww nak bagi sedikit harapan kan.
Haha.

Oke.
Tarik nafas dalam dalam.
Ada sedikit perubahan perlu dilakukan.
Tak boleh berterusan camni.
Terdera rasanya hati dan perasaan.

Apa pun,
Selamat Hari Raya utk semua TTCian's
Jangan sedih utk bertemu sanak dan saudara.
Sebarkan aura positif.. supaya orang lain juga lebih positif..

Thursday, July 11, 2013

Wednesday, July 3, 2013

Julai 2013 : CD1

5:12 PM
Oh. CD utk Jun takde yea dalam blog ni.

Masa tu still on "confinement". Cewah.
Lps laps, period lambat sket. Mungkin sbb ada perubahan sket kan. Tp lepas tu, dia datang spti biasa. Bulan Jun pada 5 Jun 2013. Kira kira 2 minggu lps laps. Sehari selepas follow up dgn Doc Hamid.

Kira itu cycle pertama selepas laps.
Masa tu period pain agak teruk. Cramp.
Jenuh sapu minyak panas segala. Udah la jaga2 tak bagi kena kat tpt incision tu.

Kemudian.
Bulan ini, spti biasa. 27 hari juga cycle.

Takde harap apa pun, sbb lps buat laps, saya agak 'gayat' nak bersama. Hihi.
Ngilu kot, walo doc kata lps 3 minggu atau sebulan nak bersama dah boleh.
Eiiwww... ngilu.... ngilu...
Takpe..toksah rushing rushing lah. Kita ilek dulu.
Lagipun doc kata tu ari "dah nak puasa ni, mana la tau ada rezeki bulan puasa"
Insyallah.....

Sahabat tu datang menjengah tghari semalam - 2 Julai 2013 -cd1.
Takde spot coklat cam dlu. Terus je bleeding tapi tak byk.
Now on 2nd day, mmg byk. Tapi rasanya ini lah sepatutnya yg berlaku.
Ini lah normal kan. Dahulu, 1st day pun rilek pakai pad jenis slim. Pun kalau sampai petang pun tak kesah. Mmg sikit sgt kan.

Dengan Doc Hamid mmg dia tak bagi any ubat after laps. Dia suruh kita cuba sendiri dalam tempoh 3 bln. If nothing - buat semula appmt. If dah ada - call saja klinik. 
Berdoa je lah kan. Takmo la berharap2 sangat. Kang lagi kecewa.
Yang penting jaga makan jaga kesihatan dan tingkatkan imuniti.

Everyday juicing oke. Hihi.

Friday, May 3, 2013

Mei 2013 : Cycle Day

3:26 PM
Seperti biasa.
27hari je dia menjelma.
Displin sungguh dia.
Tapi. Mungkin bermula bulan depan, date nya akan lari. Mungkin lah.

Hari ni dah 3 Mei.
Lebih kurang 3 minggu je lagi.
Phew.
Berdebar mmg ada. Tipu lah kalau takde kan.
Tapi takpe.
Berdoa agar dipermudahkan segalanya.
Dan belajar untuk lebih redha atas apa ditentukan.

Manusia,
diuji Allah sesuai dengan kemampuannya.

google

Monday, April 8, 2013

Menstrual Cycle Application

6:02 PM

Aku rasa seme orang pun ada donlod application camni kan.

Aku da lama donlod period calendar ni.
Cuma tak keep track ja. Pemaleh. Mmg gitu.
Takpe. Start bulan ni aku nak keep track. Hihi.
Ini antara yg bes. Sbb dia cam comel2 gitu.


Bule letak mood2 kita. Senang nak pantau.
Kan kadang kita cam over sensitif la kan.
Pastu segala suhu seme pun bule tick.
Aku rasa ni application paling bes dan byk menda buleh update.

Aku ada gak donlod ni.
Tp tak guna pun

Ini takde. Haha. Gmbr pad di tunjuknya.

Tapi bila la kita nak donlod yg ni kan.

Bes sgt. Hurmmm......

Sesama kita berdoa ya. Agar nati kita pun dapat donlod application I'm Expecting nih. Huhu.

**ini semua application dari google play sbb aku pakai google play (android). If kat iphone pun sama gak kan. Malah lagi bes kot. Huhu.

Thursday, April 4, 2013

April 2013 : CD1

2:18 PM

Tgk kalendar bebtul.
Hari ni berapa hb?
Oh. 4 April 2013. Betul kan.

Tgk sekali algi.
4 April 2013. Hari Khamis. Bersamaan 23 Jamidilawal.
Sekejap ja kan. J.Awal, J.Akhir, Rejab, Syaaban - Ramadhan.
Ada something nak ku usahakan sempena nak menyambut Ramadhan ni.
Moga2 Allah memberkati usahakan itu. Amin.

Oke. Tgk balik kalender 4 April ya. Btul kan 4 April.
Haha.
Bukan apa. Last month tersilap tulis. Laju ada org perbetulkan. Hihik.
Betul ya 4 April 2013 hari ni.

Oke lah. 
Tapi CD1 bukan hari ni.
Semalam.

3 April 2013.

Tanda2 bulan ni.
Takde apa sgt. Mild cramp 2,3 days before.
Lain takde. Itu je.


Suppose aku da bule call LPPKN.
Tapi nak dijadikan citer, aku misplaced aku punya kad appoinment.
Mana tah aku letak. Grrr... carik punya carik tk jumpa.
Ini misti akibat pindah rumah tu ari.
Lps tu dah period ni baru jumpa. Heh!
Mana buleh, nurse tu kata sblm period kena amik darah. Hurm.
Tggu cycle yg ni lah napaknya. And this is the last month yg aku buleh deal lagi ngan LPPKN.
Kalo takde.. aku nyer rekod lupus dah.
Hurm.


Tapi.

Mmg sahabat baik betul kan makcik itu.

Cipta rekod. 4 thn setgh. Tak penah delay sehari pun.
Eh. Ada la. Paling delay 5 hari. Tapi itu pun sekali je kot.

Senang kan.
Paling teratur. Paling displin.
Senang aku nak kira in coming date dia.
Pastu kalo nak bercuti ke apa ke, pun aku boleh detect dah.
So, senang la ini kawan.

Hai ya kawan, u tak mau rehat ka?
9 bulan ka? Tak mahu??

Adeiii........

Happy But Sad.
~Google~
p/s : Aku mmg jarang update blog ni. Sgt jarang. Unless ada cerita berkaitan ngan TTC. Jadi, kalo nak meriah sket, pegi la jenguk kebun stoberi aku tu ya. Situ hehari ada memacam. Haha (T___T)

Thursday, March 7, 2013

Wednesday, March 6, 2013

Berdebar Menanti

1:55 PM
Haha.
Cliche!
Manade berdebar.

Hari ni baru day 27th.
Normal.
Esuk pasti makcik tu datang melawat dgn gembira kan.
Tentah tak smpai esuk pun.

Utk bln ni :
- takde kekejangan sgt.
- takde pun rasa cramp cam nak period pain.
- rambut tak berminyak sgt.
Rata-rata bulan ni smoothly je keadaan dlm menanti kehadiran AF tu.
Cuma...
2,3 lps OD tu ari aku bloated cam nak giler.
Angin satu badan. Smpai tak boleh bangun.
Motip sgt kan.


Utk bln ni mmg tak menaruh harapan pun.
Sbb takde ber BD sgt pun.
Selain dari angin2 tu, sebuk dgn event ofis pulak. 
So, nantikan lah je kedatangan makcik tu dgn senyum simpulnya :)

Friday, February 8, 2013

AF Is Coming To Town

8:15 AM
HoHoHo!
Riang gembira melihat kehadiran mu wahai makcik...
Tanpa gagal. Tanpa delay sedikit pun.

Takpe. Bertenang. Redha.
Belum masanya.

Kira treatment aura tu berjaya lah tu.

Dan tak serasi utk kami.
Walau ustaz tu kata ada yg dgn sekali treatment dah berjaya.
Walau akak aku yg ada fibroid pun dah mula ada perubahan. Boleh dikatakan mula nak sembuh.



Tapi, tidak bagi kami.
Masih bukan rezeki kami.


Ya Allah.....
terkadang mmg perit nak melalui ujian ini.
Bila. Sampai bila. Sampai bila.

"Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia"

Next usaha - berubat kembali kepada perubatan kedoktoran.


****
Pada sesiapa nak tahu cara aura healing treatment atau nak tahu tpt kat mana, buleh la emel saya. Mudah je perubatan dia. Sangat2 mudah. Dan cepat je. Katanya ramai yg dah berjaya. Kakak saya pun nampaknya ada perubahan. Mungkin, pada kami je dia masih 'kebal'. Huhu.

Tak pe lah kan... kita usaha... selebihnya Allah yang menentukan.

Monday, January 14, 2013

Jan 2013 : CD1

8:28 AM
Tanpa gagal. Tanpa lewat. Spti biasa ia menjengah ku.
13 Januari 2013. {hai..cycle jadi 27 hari je pulak. Hai..engkau ni..}
:)

Senyum. Tak perlu kata apa-apa.

Walau dalam hati amat lah berharap satu keajaiban.
Tp macam tak mungkin.


Oke, mulai bulan ni, Insyaallah, saya akan menulis juga tanda2 makcik tu nak dtg. Bukan apa, tak mahu cam 'tipah tertipu' atau 'perasan mengandung'. Muahaha. Bukankah tanda2 nak period dan pregnant tu sama. Kadang2 kita terbuai2 pula perasaan dan terus 'perasan'!

Haha.

Bulan ni nyer sign :
#1 Backache : Bhgn bawah pinggang. Sesekali rasa cam sengal2.
#2 Abdomen : Tak sakit ngilu cam senggugut kali ni, tp cam lain sket la. Entah cemna nak cakap. Tp kali ni tak menyucuk2 sangat cam period pain tu. Pun, period pain takde bulan ni. Alhamdulillah.
#3 Tender breast : Ini biasa la kan. 

Tanda2 ni kan sama ngan simptom pregnant juga.
Bikin saya perasan saja. Heh!
Selalunya saya refer di sini : 


Apa pun, tahun 2013 ni mmg saya berazam utk serius TTC. Harus ada usaha setiap bulan. Tidak mahu menjadi hangat-hangat tahi ayam sebagaimana tahun2 yg lepas. 
Umur sudah meningkat. Sudah smpai border line. Had umur yg paling afdal adalah sebelum 35thn. Dan tahun ini saya sudah mencecah 34 tahun. So, what are u waiting for?? Ayuh berusaha.

image : google

Monday, December 17, 2012

Dia Mai Dah.Dia Mai Dah.

4:00 PM
Kira kira cam baru 27hari.

Awat awai sgt?
Tak sesaba kan?
Tetiap bulan displin kan.

Biasa dia tu...

Haha. Marah plak.
Ni laki aku sure kata la.. baru je lagi.. dah peyed lagi. Muahaha.

Tp tak rasa apa sgt pun.
Bulan ni mmg takde usaha apa pun.
Bukan bulan ni je. Bulan2 sebelum ni pun.


Yaih. Tahun 2012 berlalu tnpa buat sebarang treatment.
Nice. Fail aku kat LPPKN tu pun dah dilupuskan pun kot.

Tu la dianya.
Orang mengandung, orang dah beranak pinak tau pulak rasa cam rendah diri la down la apa la kan. Tp usaha apa pun takdak.

Takpe lah. Retu masa Semanis Kurma doktor tu kata - sesuatu tu akan datang waktu kita tak terlalu mengharap. Oke, saya akan buat let it goes by je lah. Muahaha.
(eh, dr Harlina yg jemputan Semanis Kurma tu dari HUKM ya. Nak try gi sana plak lah. Huhu)

Tapi kan, lately cam teringin sgt nak ada anak twin.
Retu cakap ngan myDH - teringin kembar - jom buat IUI ke IVF ke - buleh dpt anak kembo - myDH kata 'jom..jom'. Miahaha.
Best ah twin. 
Alolo.. geget kaki kang.

Wiii..homey..homey...

Hikhik... chumilll... ngap! rasa nak geget je.. 
All pic are from Google

Monday, October 29, 2012

Senyum Kambing

3:33 PM
Masih belum terlewat utk ucapkan Salam Aidiladha kan...
Tentu seme seronok jumpa kaum keluarga.

Bulan ni terasa nak mula kembali dengan usaha utk berTTC.
Lama dah rasa 'malas'.
Nak usaha dengan cara apa ya?
BBT? Susu Kambing + Kurma? Jus Perawan?
Kalo ikut date, OD dlm 7hb camtu.
MyDH ada kata "lama tak tido hotel eh?"
Hurm. Dah cuti skolah. Tak bes pun kalo nak pegi hotel.
Tak mengapalah.
Kita buat rumah kita ala-ala hotel je lah bang.
Haha.

Tgh nak dptkan susu kambing segar nih.
Semangat berkobar-kobar nih.
Harap aku jangan me'luek' pepagi sudah. Haha.

imej : Google
p/s : Saya jarang 'bertenggek' kat rumah ni. Ini hanya blog utk cerita TTC sahaja. Saya selalu berada kat 'rumah biasa' saya. Jadi, memana TTCian yg dah follow blog ni, Insyaallah, saya akan letakkan list kat side bar. Apa2 hal, just emel saja :)

Thursday, October 25, 2012

Bermula Lagi

8:28 AM
google
Oh. Displinnya kamu.
Tidak terlewat walo sehari pun.
And.. the cycle is start again.
Like previous month, previous month, previous month......
Every month, without failed.

Ya... cycle aku sgt tetap.
Sangat.Sangat. Esp selepas kawen.
Without failed. 28 hari.

Bagi orang yg ada period problem mungkin kata aku harus bersyukur sbb takde masalah langsung utk mengira cycle.
Takde masalah nak tau bila O.D.
Buleh agak2 ja. Atau da dkt2 tu boleh tgk perubahan2 yg ada.

Tapi...keadaan ini mencengkam jiwa tau.
Dgn ini juga selalu buat aku tertanya mengapa.mengapa.mengapa.

Yerp. Mmg boleh diketahui kalo aku teruskan treatment.
Lebih setahun aku tgglkan treatment LPPKN. Mungkin sket lagi fail aku pun dah dilupuskan agaknya.
Takpe lah.

Skrg aku dah sibuk dgn Master Prog aku. Aku target utk complete kan dlm masa 2 - 2 setgh tahun.
Kerja-Study-Treatment - mmg aku tak boleh bahagikan masa utk tu seme. Bidang kerja aku pun dah semakin challenging which aku kena tumpu lebih pada kerja. And pada masa yg sama utk study.
So, aku decide utk TTC secara natural sahaja sepanjang waktu tu.
Mungkin, dalam kesibukan ni akan jadi satu miracle.
Who know???

*Selamat Hari Raya Aidiladha to all TTC'ian. 
*Lps habis period boleh try susu kambing n kurma. Harap dipermudahkan utk 'meneguk'nya.
*Sebulan lebih lagi to our 4th anniversary n bermakna sebulan lebih lagi jugak umo ku menginjak ke "double three"- Happy 33rd birthday!. Woho....

Friday, July 6, 2012

And..it's come again..

4:00 PM
As usual.
CD1 on 9 June.
Got 2 lines on OPK on CD13.
And on 16DPO it comes. As usual. 

Entah. Taktau lah apa kenanya.
Usaha segala seme dah buat dah.

Apa lagi tak kena?
Malas nak kata apa lagi.


Tkpe lah. Lps siap hal rumah ni, boleh sambung treatment.
Penat.
Lelah.

Mengapa tak semudah orang lain??
Mengapa?
Mengapa?


kredit : Google.

Kerana Allah lebih tahu apa terbaik untuk hambaNya.

*Ya, utk cycle ni mmg aku anggap dia 'menggangu' sbb aku nak p snorkeling lah besok. Benci!

Thursday, June 21, 2012

It's 2 Line!!

5:00 PM
Haha.
Tajuk harus propa. 
Smlm da citer buat OPK test. On CD12. *smlm tertulis CD13, sebenarnya baru CD12. Choi..lupa plak*
Today CD13.
And it's double line!

*terus mata bersinar sinar dlm toilet tu*
Wah. Igt sng nak buat test dlm toilet ofis. Time orang amik wuduk la apa la.
Sudah la guna stick tu kan. Satu hal nak kena cari bekas plak. Haha.

So, apa perlu buat ni? Apa perlu buat ni?

(ahah! walo pun seofis uols, takkan ai nak tarik asben ai trus kut. Agak2 la... sabo yer. Harap ia blum 24jam!)

Dan kali ni aku tak mengong p buang stick tu.
Esuk try lagi buat test. Dan selebihnya simpan utk next month - kalo eksperimen ini tak menjadi lah. Hihi.
Untuk itu, doakan eksperimen kali ni berhasil ya.
Sbb tanda2 ovulate cam white-egg tu takde.
Tkpe, usaha tangga kejayaan. Haha.
Utk itu saya pun doakan 'kejayaan' kawan2 yg lain juga :)
Moga ada rezeki kita. Insyaallah.

Utk Eida Baharom, kat link sini ada byk lagi gmbr2 yg OPK strips. Bleh tgk mana yg sama ngan Eida nyer.

kredit : here

When to Have Sexual Intercourse After the OPK Turns Positive

This may sound like a surprise, but making love only after first getting a positive OPK may not get you pregnant at all. Ovulation can happen as early as 14 hours after the OPK first becomes positive. Let's say you test with the OPK at 8 a.m. and it was negative. Then, the OPK turns positive at 11 a.m, but you won't know because you only test once a day. So ovulation could then happen 14 hours later, at 1 a.m. the next day. But having sex after ovulation is not going to get you pregnant.
If you test once only every 24 hours you will only find out about the positiveOPK at 8 a.m. the next day, which may be too late for getting pregnant if you only have sex at that time.
Credit : Here
Sperm Life - How Long Do Sperm Live?
In general, sperm can live in the right environment for up to 5 days. The right environment would be inside the uterus and the cervix. In certain environments, such as the cervix, uterus and fallopian tubes sperm have a life-span of up to five days. That's why a woman can get pregnant if they ovulate within 5days after intercourse.
Most sperm, however will die within 1-2 days after ejaculation, even inside the uterus. In other environments, such as the vagina, sperm live only a few hours and outside the human body, exposed to the open air, they will usually die within minutes. 
Credit : Here

Question: "Dear Pat. I just received my first positive on an LH test. What does this mean? Am I ovulating? And when and how often should we make love?"

Pat: Once you receive a positive result, you may consider yourself at peak fertility! Therefore, with a positive OPK, commence the 'baby dance'. In fact, you should make love the day of the first positive, as well as the following 3 days (to be on the safe side). A positive OPK typically suggests that you will ovulate soon. Sperm can survive in a woman's body for a number of days, so lovemaking should take place so the sperm can be present when the egg descends down the fallopian tube. In sum:

• If you receive a positive result on an OPK, you are at your highest fertility level.

• A positive ovulation test tells you that that ovulation will occur within the next 12-36 hours. Time to make love.
• Make love the day your get your positive result, and over the following 3 days. Yes, this is sex on demand, but that's why there is Pre-Seed!
 Consider BBT charting as a way to confirm ovulation through the body temperature increase that takes place following ovulation (due to the rise in progesterone).
 If your partner has sperm count issues, talk to your doctor about how to time intercourse and determine the right frequency for sex.
Hopefully, this short fertility tutorial will answer some questions and help you optimize use of our products. To learn more about ovulation, fertility and bbt charting, please visit our articles section. To read more about OPK procedure (correct use and interpretation), please visit our in-depth instructional pages.

Credit : Here

Wednesday, June 20, 2012

Ovulation Test

3:30 PM
Retu order mendalah ni dari MAD

Dpt la dah pun. Just nice smpai la kiranya kan. 
Walo pun seme pun tulisan cina. Yg ada tulis omputih hanya lah kat dpn tu.
Tp sama je cara penggunaan pun kan.


Ekceli aku tak nah guna yg stick ni.
Retu guna yg watson punya. Cam pregnancy test tu. Itu mahal lah. Baru pakai satu. Ada 2 (ke 3 tah).

Jadi hari ni CD 12. Aku terai la test. Hurmm...
No surge. 

Tp aku bleh ter buang lak stick tu. Arghh....
suppose wat camni lah.
credit : Here
Haihh... watcha..!

Tkpe, ada 10. Esuk kita terai lagi. Suppose dari CD10 dah buat, tp dapat pun baru hari ni. Mana lah tau, kut2 lewat plak kan.

Lps ni jgn terbuang yer. Igt....!

Q: How long after my LH surge will ovulation take place?
ovulation test FAQ Generally, ovulation will take place 12-48 hours after the LH surge is first detected (using afternoon urine samples), though 36 hours is considered to be the average length of time following the LH surge.
(sumber : http://www.ovulation-calculator.com/ovulation-tests/opk-faq.htm)

Kesian... bukan je UPT yg negative, buat OPK pun negative. Haha. Tapi... aku jarang sgt buat UPT sbb 'makcik' aku tu setia. Tepat je dia dtg melawat. Kuikuikui :D

*usaha bln ni : buat test ini je la kot. Lelain... takdak! Malas. Minum susu pun malas. Sbb mamil tu tak sedapp.. Nak kena abiskan gak baru beli balik Anmum Materna. uhukssss.. :(
*tgk kat Get Baby application - expected Girl la utk hari ni. Huhu

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers