17 Okt 2013 (Khamis) - CD1. Againnnnnnnnnn...........
Ya Allah. Sampai bila *meraup muka*
Entah lah. Pujuk hati ini. Allah belum nak bagi kerana Dia lebih tahu apa terbaik utk kita.
Mengadu nasib dengan rakan yang memahami *hugs utk beliau*
Tetiba dalam duk bersedih sedih tetiba keluar ayat lawak.
"Nak beli kereta baru lah cemni. Nak reward diri. Honda Accord boleh?"
"Boleeehhh..Honda best. Dulu mak usu & pak usus saya 8 tahun kawen takde anak. Dah buat semua. Lps beli kereta honda, dia mengandung"
Hahahahha. Tak terpecah ketawa dibuatnya.
Baru nak sedih sbb dia bagi ayat ni "Allah nak dekat kita dekat dgn Dia. Allah nak kita mohon dengan Dia selalu. Sebab Allah sayang kita. Allah nak kita rapat dengan Dia"
Sekali kuar citer pasal keta Honda terus cam nak gelak guling-guling. Hihi.
Entah lah. Ada hikmah tersembunyi. Yang hanya Allah yang tahu.
Dulu, saya rasakan 5 tahun itu terlalu lama tempohnya utk orang takde anak. Tp kini, 2 bulan lagi perkahwinan kami menginjak ke angka 5. Derasnya masa berlalu. Syukur ya Allah, walau tak diberi peluang menjadi ibu, tapi memberi saya teman hidup yang amat memahami saya. Yang tak pernah sekali pun memarahi saya. Yang tak pernah mengeluh melayan kerenah saya. Syukur ya Allah ditemukan dengan lelaki sebaik dia (ada hikmahnya saya tak pernah 'jadi' dengan teman2 sebelum itu). Jadi, sekarang, sabar lah. Allah nak bagi yg terbaik. Itu janji Allah.
p/s : sering dengar ceramah Ustaz Kazim. Katanya, nak minta sesuatu, bangun sembahyang malam. Jangan berputus asa. Ini yang masih belum saya buat lagi. Moga ada istiqamah untuk mencubanya lepas habis period nanti.
google
**
takde la nak beli honda accord pun. Kalau beli juga, mungkin kami akan buat lauk tayar goreng tepung sbb takde duit dah nak beli ayam sbb duit dah bayo honda accord je. Kihkihkih.