Salam Syawal.
Salam Ogos.
Ayat cliche - sekejap je dah bulan 8.
Tinggal 4 bulan sahaja di tahun 2015 ini. InsyaAllah.
So, apa perkembangan?
Berkaitan TTC lah.
Rasanya dah tersasar jauh. Jauh dari usaha untuk berTTC.
Entah lah.
Rasa dah "immune". Rasa dah "mua". Dan rasa tak kesah langsung.
Bila nak mulakan semula?
Terlalu lama hingga takde perasaan dah. Mei 2013 - last treatment. Lepas tu nan hado.. ahkak sebok la travel ke sana ke mari. Naik cruise, ke Cameron, Ke Perth, ke Sarawak, dan paling latest perform Umrah. Wahhh.. riang ria kan.
Tu hari seseorang yang concern mengenai journey TTC dah warning "bila akak nak mula treatment ni"
Selepas dibagi hint ajak pergi travel.
Terus rasa alahai..baiknya mereka yang concern ni kan.
Sahabat, yang tahu kita dalam journey utk conceive mmg akan concern.
Semua desak pergi lah sambung treatment. Pergi la..pergi lah.
Semua desak pergi lah sambung treatment. Pergi la..pergi lah.
Then, ada yang mengajak ke Bandung next year. Kerana tak nak pergi ku alasan kan next year nak buat fertility treatment. Amboi. Pandai pula alasankan itu ya. Kalau dia yang nak pergi travel, tak hirau pun pasal tu. Amboi boi boi asam boi kan.
Hurm.
Macam dah malas sebenarnya.
Kenapa ya?
Kalau disenaraikan memang la banyak sebabnya.
Entah ek.
Masa pergi Seminar Keluarga Bahagia last Mei dapatlah voucher untuk scan di KL Fertility.
Voucher tu valid sampai end of September 2015.
Untuk perjumpaan kali pertama dan scan.
Lepas tu nak buat rawatan, kena bayar lah kan.
Ikut lah apa treatment kita.
Kat sini treatment dgn Dr Natasha.
Ada byk sebab juga rasa macam nak proceed kat sini.
1st, masa seminar mmg dapat tgk cara Dr Natasha tu. Sgt la soft spoken.
2nd, pernah emel dia, laju je reply. Sgt memberangsangkan.
3rd, dia ada klinik di Pusrawi, so, kalau nak follow up apa ke minta buat di Pusrawi pun boleh
And above all - Dr Natasha adalah perempuan. Tentunya lebih selesa.
Kos?
Kalau kena IVF haruslah banyak kan.
But, kita pun ada option samada nak proceed ke tak.
Atau kalau IVF tu lah optionnya, tentu Allah lorongkan jalan.
Jadi.
Baiklah.Kita cuba :)