Saturday, October 22, 2016

# IUI # success iui

IUI Berjaya 2

Sekali lagi, first n foremost, Alhamdulillah..
Terima kasih Allah dengan rezeki ini.
Tu hari dah ada kesah "sebelum IUI"
Kali ni kita share "semasa dan selepas prosedur IUI"

*Persediaan Minda.
Ini sebelum, semasa dan selepas IUI.
Cukup penting. Bukan senang kita nak set minda kita bila dah buat IUI.
Sebelum buat IUI, cari cerita kejayaan IUI.
Biasanya kalau forum oversea byk cerita kejayaan ni.
Sebenarnya dalam TWW tu elok kita 'menyendiri'. No, I mean bukan lah pergi masuk gua memana, lepas tu memencilkan diri. Maksudnya just wait. 
Antara artikel yang ada pengalaman orang berjaya - BFP by IUI
Jangan baca blog orang yg tak berjaya. Carik blog yg berjaya.

*Pemakanan
Bila baca ramai yang cakap jangan makan pedas, jangan makan masam, jangan makan itu, jangan makan ini.
Tahu dak kat oversea, depa siap makan pineapple core lps IUI. Haha. Pitam.
Itu ai tak berani lah. Giler ko. Nanas tu.
Tapi, saya tak strict sgt dalam bab makan ni.

Saya kerap buat jus avocado (blend avocado+fresh milk+coklat). Makan buah delima (memula makan delima buang bijik, rupanya kena kunyah bijik dia ye. Hihi).
Telur dadar/telur mata kerbau memang kerap saya makan.

Apa yang tak makan - laksa (walau ini feveret dan mak nak buat masa raya haji. Huhu. Nanges. Dan mungkin lama juga saya kena pantang laksa ni), lemang (raya haji ada lemang, tp saya takut sbb makanan tu dari dalam buluh, buluh kan sifatnya tajam), ais (sejak mula period utk cycle IUI - minum air suam je), ayam (saya macam ada terbaca jangan makan ayam, tapi tak ingat kat mana dan kenapa. Ayam organik boleh kot. Dalam TWW mmg tak makan ayam langsung lah). Fast food (McD/KFC mmg saya tak makan lama dah).

Orang kata jangan makan pedas - being me, saya mmg tak selera kalau tak pedas ni. Cili padi tu feveret utk tambah dalam masakan. Masa lepas operation laps dulu, dalam 2,3 hari je kot saya tak makan pedas. Lepas tu, saya curi curi makan gak sket sambal tumis ikan bilis. Hehe. Jadi, kesimpulannya mmg saya tak pantang pedas. 2 hari sebelum test upt, saya makan ikan patin tempoyak yang pedas. Siap hirup kuah tu. Masa teringin sungguh rasanya. Beli kat Gobang Maju. Memang la awesome tempoyak situ.
Sebenar, ikut ketahanan badan lah. Dan being moderate. Jangan tibai macam kita takde apa2. Jangan plak kita gi kunyah cili tu. Beragak lah kata orang tu.

*Rehat
Saya cuma cuti masa prosedur, dan keesukannya. Cuma, sbb saya buat sebelum weekend. Jadi, dapat juga lah berehat agak lama.
Itu pun saya takde lah bed-rest je.
Ye lah, masa tu nak raya kan. Tapi, rehat tu adalah. Cuma berpada pada. Takde la makan tido kat katil. 

SELEPAS

*Imiginasi/visualisasikan
Kedengaran macam agak tak berapa nak masuk akal. Tapi, cubalah. Kalau google web omputih pun ada tips ni. Namanya visualization technique "
You simply visualize what is going to happen with the sperm and the egg in your body as the procedure is being performed. Although we are not sure how this works, there has been a bit of research showing that the mind does have power over the body.
[kredit link : iui success tips]
Selepas prosedur IUI dijalankan, malam tu saya asyik tgk utube berkaitan "fertilization". Banyak sgt kat utube berkaitan ini. Atau boleh tgk video 'iui procedure'.
Just imagine yang sperm dan berjumpa dengan telur kita. Sambil tgk, sambil usap perut.
Fikirkan perkara ini sangat simple. Pertemuan ovum dan sperma. Dalam ribuan sperma yang dibasuh tadi mesti ada yg dah berjaya bertemu dengan ovum kan?
Jadi, esuknya pun kita tgk, apa terjadi pada hari kedua fertilization dan hari2 seterusnya. Sehinggalah hari ke 7 dimana penempelan telah berlaku.

*Solat duduk.
Selepas prosedur, ada bleeding. Maybe dari speculum tu.
Jadi, saya solat duduk (utk 2 hari je). Lepas tu macam tak boleh duduk atas tempat keras. Cam kerusi meja makan saya jenis keras tu. Terus je beli lapik span. Baru rasa selesa. 

*Doa
Dalam tempoh TWW ni doa adalah paling utama.
Instead of berdoa "Ya Allah, semoga IUI ku ini berjaya", mohon direct doa "Ya Allah, berjayakanlah IUI ku ini"
Seterusnya kerap solat hajat dan solat taubat.

*Positif
Jika ada bleeding selepas prosedur, jangan cepat bersedih. Jangan tune otak, tak jadi la ni.. dah berdarah. No. Never.
Jika cramp dekat2 nak hari ke 14 tu, jangan cepat down. Jangan ingat period nak mai.
Don't ever think - nak period lah ni.
Juga, fikirkan IUI ini berjaya. Tak kira lah % rendah ke apa ke. Tak payah fikir tak berjaya. Fikir, yg percent rendah berjaya tu lah ada aku. Mesti berjaya. Mesti berjaya.
Jangan tertanya2 berjaya ke tidak. Sabar. Tunggu lah DPIUI 14 - terus check. Ini untuk orang yg periodnya regular. Kalau tak regular, ada jugak cara dia.
So, sabar. Dan positif.

*Keep feet warm
Ini pun jumpa masa google iui success tips - tapi tak dapat detect kat mana dah. Lupa. Tapi, mmg dia ada tulis 'keep feet warm'
Tak tahu apa kaitan, tapi saya tido pakai stokin dalam tempoh TWW. Juga pakai selipar bulu2 dalam rumah.
Bila keluar rumah plak, mmg berstokin, so takde problem yang ni :)

*Remain silent
Sebelum pun kita dah silent kan, masa IUI, lepas IUI pun kita remain silent.
Mana yang tahu, tahu lah. Mana yang tak tahu, biarkan mereka tak tahu.
Berjaya atau tak berjaya, biarlah kita yang handle dulu.
Mereka akan tahu bila sampai waktunya. Sabar ya.
Tak perlu setiap hari update status begitu begini.
Dalam bebanyak yg gembira dengan usaha kita, maybe ada yg rasa tak senang.
So, biar kita berdiam seketika.
For me, mmg tak ramai langsung yg tahu bila date sebenar saya buat IUI. Hanya 2,3 orang je tahu. Selebihnya, depa tahu kita buat IUI, tapi tak tahu bila. Remain silent.


*Terus amalkan pemakanan sihat
Saya terus amalkan minum air suam, tak makan fast food, air gas dll yang tak menyihatkan. Tapi, lps IUI ni tak payah lah kita nak bersenam bagai kan. Biar banyak berehat. Jangan lasak-lasak. Tak payah dah pakai high heels bagai. Just sandal biasa. Kalau terpaksa naik tangga, jln slow slow.


8 comments:

coklat mnm said...

Tq for the tips. Really appreciate it.

WAWA ZAINAL said...

sgt membantu...sy berjye hamil dgn ikut tips yg awk bg...tq awk...

WAWA ZAINAL said...

sgt membantu...sy berjye hamil dgn ikut tips yg awk bg...tq awk...

Unknown said...

Doakan saya ye sis, saya mnggu ni nk buat iui,

Mamabie said...

Alhamdulilah tahniah sis, in shaa allah sya akan buat iui selepas haL cOvid nie, doakan sya dan yang lain yea #8YearsOfTtc

Syirah Ishak said...

Tqsm for the tips

Unknown said...

Thanks tips. Sangat berguna

zikirdaiman said...

Nice sharing sis... Tq. 🤗🤗

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers