Tuesday, October 11, 2016

# IUI # success iui

IUI Berjaya


Alhamdulillah. Syukur pada Allah.
First and foremost, kejayaan ini adalah dengan izin Allah.
Kita berusaha, berikhtiar, Allah yang tentukan.
IUI ini adalah ikhtiar kita. Yang nyata, Allah datangkan rezeki dengan cara ini. Terima kasih Allah.

Saya akan share apa yg saya buat sebelum, dan semasa menjalani prosedur IUI.
Ini lah bukan "tips berjaya IUI", tapi mungkin ada sesuatu yang boleh kita kongsikan bersama. Kembali kepada paragraph pertama - semua ini adalah rezeki dan izin dari Allah :)

SEBELUM

*Mencari tempat rawatan yang selesa

Antara ketiga tiga tempat rawatan yang pernah saya pergi, KL Fertility Centre adalah tempat rawatan yang paling saya rasa selesa, paling saya suka.
Bukan lah saya katakan 2 tempat sebelum ini tak bagus. Kedua-duanya pun memang bagus. Kalau tidak masakan beratur orang pergi kan. Tapi kat KL Fert, memang saya selesa.
Selesa dengan persekitaran. Selesa dengan layanan doktor, nurses, dan semua staff nya. Tak keterlaluan saya katakan semua staff sini baik-baik belaka. Perjalanan rawatan saya kali ni memang dipermudahkan. Alhamdulillah :)
Selama ni saya tak pernah suka utk appointment, tapi kalau ke KL Fert, saya suka! Nak pergi appmt memang tertunggu2. Seriyes. Secara total, saya rasa berbaloi dengan apa yang saya bayar.
Walau bayaran parking boleh tahan mahal (tp ada diskaun sbb kita buat rawatan), tapi tak rasa rengsa pun.
Jadi, carilah tempat rawatan yang selesa untuk kita. Itu penting utk motivate diri kita untuk buat rawatan. Kita tak rasa terpaksa, malahan rasa seronok je.

*Badan yang sihat.

Sistem badan kita dengan orang yg senang conceive mmg  berbeza. Ada orang kerap makan McD, togok bergelen2 coke, pun takde apa. Malahan, setiap tahun beranak. Tapi kita?
Jadi, kita cubalah perbaiki sistem badan kita. 
Sejak buat operation 'laps' tahun 2013, saya kurangkan makan fast-food/processed food. No more maggi as "stok kot2 lapar tengah malam" kat rumah. No more minuman berpewarna/perisa/kordial/gas. Saya mmg banyak berjuicing. Invest beli slow juicer. KFC, McD pun jarang2. Setahun dalam 2,3kali je. Itu pun kalau betul2 teringin.
Selain tu rajin2 lah exercise. Yang ni saya akui, saya jarang exercise. Ada takde, saya berzumba kat rumah :P.

*Minum air  yang mencukupi

Have to. Nak conceive atau tidak, mmg kita perlu minum air mengikut keperluan badan. Ada kiraan dia, tapi kalau dalam berat biasa2 ni dalam 2liter - 2.5liter lah sehari. Boleh google lah berapa keperluan air untuk badan kita. Air ni boleh je air apa2 pun. Tapi, kalau caffeine ke, air gas ke, kordial ke, kan tak bagus. Jadi, stick to air kosong. Much better. Boleh letak lemon. Takyah la air detox fancy2 tu. Mula mmg excited, lelama...? Baik la taruk lemon slice je.
Mula2 mmg tak biasa, tapi lama kelamaan, badan kita sendiri tahu kita perlukan air. Cumanya saya kurangkan kalau pergi berjalan/outstation. Kuasa jugak asyik ke toilet kan?.
Minum. Minum dan minum. Nak terkencing? Tak mengapa lah. Itu detox semulajadi tu. Biasanya saya akan bawa bekal 2liter air ke office. Habiskan waktu ofis.
Banyak sangat kebaikan minum air mencukupi ni. Rugi sangat kalau tak amalkan.

*Supplemen

Saya akui, saya langsung tak ambik any supplemen lepas setahun saya operation. Kira dalam tahun 2014 tu mmg tak makan vitamin pun. Buat  bodo ja. Hehe. Plus, saya mmg susah makan supplement. Kalau beli pun pastu mesti culas.
And one thing, saya ni mmg bukan jenis yg suka try supplement yang orang2 jual online. Never. Ada lah sekali saya beli. Mahal. satu botol dalam RM100. Dia jenis cecair. Makan la dalam seminggu. Lepas tu takut sendiri. Sbb tgk takde alamat kilang apa. Entah apa bahan agaknya. Saya stop. 
Sehingga lah start treatment dengan Doc Tasha. Lepas dia prescribed kan beberapa vitamin, saya pun jadi displin dan makan dengan teratur. Alhamdullillah. Saya jadikan emak sebagai sumber inspirasi. Emak ada darah tinggi, dan memang sebeban ubat emak kena makan setiap hari. Kalau emak boleh, takkan saya tak boleh.

Jadi, saya syukur jugak lah sbb saya dapat conceive tanpa supplement online atau produk subur seperti yang diiklan di laman sosial =)

*Dekatkan diri dengan Allah

Saya percaya, semua orang buat ini. Tapi terkadang kita ni terkhilaf. Dulu saya acuh tak acuh tentang aurat. Juga culas dalam baca Al Quran. Solat sunat mmg jarang sekali.
Sejak balik umrah (bulan 4), Alhamdulillah saya berdikit2 menjaga aurat. Stokin wajib dipakai (mula memang lah rasa kekok, tapi lama kelamaan dah biasa). Mula pakai handsock. Mula nak jaga aurat dengan sebaiknya. Pergi rumah mertua, pun jaga aurat dengan ipar/biras lelaki.
Saya mula baca Al Quran beserta tafsir. Dan set target, saya mesti habiskan baca Al-Quran beserta tafsir dalam tempoh 4bulan. Berdikit2 lah kata orang tu. Ye lah, kalau target sebulan pun tak guna juga kalau kita buat kelam kabut kan. Biar lah target 4 bulan, tapi mungkin dapat cecah dalam masa 3bulan, 2 bulan.
Ya Allah.. tenangnya hati bila kita memahami ayat Al Quran. Dan bila kita tak baca Al Quran sehari rasa macam ada tak kena. Saya baca selepas Maghrib dan selepas Subuh. Oh. Saya juga bangun awal sebelum azan Subuh (sesuatu yang saya sukar lakukan sebelum ini). Solat tahajud, solat taubat. 
Masa bulan puasa tu hari juga dapat buat amalan di malam Lailatul Qadr. Hingga ada orang perli di IG mengatakan jgn sebuk mencari Lailatul Qadr bila saya up gambar tanda2 Lailatul Qadr. Dia perli melalui IG nya pula. Takpe. Pedulikan. Dia rasa dia bagus sbb hehari baca Al Quran, hehari bertahajud. Kita teruskan berdoa. Mana tahu, mmg ada satu malam tu mmg malam Lailatul Qadr. Kan? 
Solat sunat Dhuha - ini pun banyak membantu. Menambah rezeki. Dengan izin Allah. Tidak banyak, sedikit pasti ada rezeki yg kita tak sangka datang pada kita. Cuba lah.

*Sedekah

Amalan ni pun memang saya percaya semua orang amalkan.
Jadi teruskan. Saya pernah terbaca dulu ada orang buat tabung "sedekah pagi". Saya pun start buat tabung tu. Jadi, bebila asben pergi solat Jumaat, saya kirim. Kalau ada di office buat kutipan, saya gunakan duit sedekah pagi saya ini.

*Doa

Doa. Doa. Dan terus berdoa.
Allah tahu apa terbaik untuk kita.
Yakin lah dengan Allah.

Kalau ada kemampuan, pergi umrah dan berdoa di tempat mustajab di sana.
Saya dapat berdoa di Hijr Ismail dan dalam Raudhah.
Bila dapat masuk tempat2 ni (yang sememangnya sesak), doa lah sesungguh hati kita. Minta la sesungguhnya. Memang sebak rasanya bila diingatkan balik esp masa kat Raudhah. Dengan keadaan bersesak mmg tak rasa dapat peluang bersujud, tapi Allah bantu kita. Dipermudahkannya. Ya Allah.. terima kasih Allah... masa tu lah kita berdoa sesungguhnya.
Termasuk masa lakukan tawaf pun. Doa lah sesungguh hati kita. Masa saie pun sama. Saya tambahkan doa, sebagaimana Siti Hajar yang bersungguh mencari air untuk anaknya Ismail, kita pun mohon lah agar kita pun dikurniakan rezeki utk ada anak juga. Doa lah dimana saja masa kat sana.

Kalau takde peluang utk buat umrah pun takpe. Banyak waktu2 mustajab berdoa, seperti hari Jumaat, petang Jumaat lps Asar, waktu hujan lebat, ketika berbuka puasa. Gunakan semua waktu tu.


*Cuba Positif

Jangan terlampau berfikir kalau...kalau.. kalau.. fikirkan jadi je. Takpe. Tapi, kena pandai kontrol jugak. Jangan terlampau fikir jadi, nanti tak jadi, kita pulak akan jadi down.
Maksudnya di sini, kena positif dan pandai kontrol emosi.
Ini penting. Jangan belum buat rawatan pun dah rasa susah ni..susah.

*Tutup FB

Hehe. Ye, takde kaitan. Tapi, kalau anda orang yg cepat runsing, better deactivated dulu FB. Saya deactivated FB sejak saya menunaikan umrah. Dan sampai sekarang saya dah tak aktif langsung. Ada sekejap saya masuk. Tapi, seriyes, saya dah tak boleh cope apa menda yang ada dalam FB tu.
Tapi, kalau anda orang yg berhati kental, yang tak boleh hidup tanpa FB, takpe lah.. teruskan lah ber FB.

*Be silent

Saya tak tahu samada kaedah ini berkesan atau tak, tapi saya rasa elok kita silentkan seketika pada orang lain berkaitan rawatan kita buat.
Dia camni, ada orang tahu - tahu lah.
Tapi, kalau orang tak tahu, tak perlu lah kita heboh2kan.
Kita tak tahu, dalam ramai2 yang suka tgk kebahagiaan kita, terselit juga orang yang tak suka tgk kegembiraan kita. So, remain silent. Esp di laman sosial. Di laman sosial bukan semua orang kenal kita. Kenal kita melalui gambar2 dan sedikit cerita kita. Selebihnya, kita pun tak tahu hati dia, dia pun tak tahu hati kita.
So, remain silent.
Tapi, bos kena bagitahu lah sbb kita banyak nak kena minta keluar waktu office pada dia. Untuk ini saya amat berterima kasih juga pada boss saya yang banyak membantu.

Semua ni kita perlu lakukan sebelum kita decide utk buat rawatan lagi. Tak kesah lah IUI atau pun IVF. Kalau takde rasa nak start treatment pun, buat lah juga. Perbaiki diri, perbaiki hati.


No comments:

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers