Macam dah lama tak menulis panjang2 dalam blog ni.
Lps baca beberapa blog TTC'ian lain, baru saya macam terpanggil untuk menulis pula.
Masalah saya dalam ber-TTC ini tidak lah sehebat mereka sebenarnya.
Mereka itu memang kuat.
Tapi, mmg itu janji Allah, kan?
"Allah menguji hambaNya, mengikut kemampuan hambaNya"
Kisah PCOSer.
Kisah period yang haywire.
Kisah berkali kali menjalankan IVF.
Kisah berkali kali IUI.
Kisah menelan berbagai jenis ubat.
MasyaAllah. Mereka ini mmg kuat.
Memang luar biasa ketabahan mereka untuk menjadi ibu.
Kerana itu lah, saya mohon, janganlah disakiti hati mereka ini. Janganlah ditanya soalan2 berkaitan anak. Perjalanan mereka ini, takkan terjangkau oleh orang biasa. Mereka ini luar biasa.
Kisah saya hanya separuh dari kisah mereka.
Atau mungkin suku sahaja.
Saya bukan PCOSer.
Period sangat sangat regular.
Tak pernah teruk2 menelan ubat itu ini.
Bak kata orang, saya hanya TTC biasa. Yang hanya ada pengalaman sebagai TTC. Tapi, sekali menjadi TTC'ian, selamanya kita akan rasa perasaan itu.
Kepada mereka ini, saya doakan urusan mereka dipermudahkan.
Teruskan berusaha, teruskan berdoa.
Allah akan bagi pada masa yang terbaik.
Hikmah disebalik apa berlaku ini, kita makin dekat dengan Allah. Percaya lah.
Oh ya, rentetan dari plan nak buat discussion dengan Dr Tasha beberapa bulan lepas, saya dah ada small group TTC ni. Boleh dikatakan support grup juga lah. Walau discussion tu tak jadi atas kekangan masa, tapi kami sentiasa berhubung dan saling support.
InsyaAllah.. kita sebarkan positive vibe sesama kita. Kerana hanya kita yang faham perasaan "kita kita".
Mereka juga majoriti nya ada PCOSer, which is saya sendiri kurang ilmu berkaitan PCOS ni. Jadi, mereka ini juga saya kategorikan kuat.
Utk rakan-rakan, adik-adik dan semua TTC'ian, jangan sesekali putus asa.
Allah Maha Pengasih. Maha Penyayang.
Teruskan berdoa :)
Teruskan berdoa :)