Showing posts with label ukmsc. Show all posts
Showing posts with label ukmsc. Show all posts

Thursday, May 19, 2016

36 weeks and 7th Appointment

8:58 AM
Diam tak diam dah 7x appointment di UKMSC.
Diam tak diam dah masuk 36 minggu.

Appointment pada 17 May 2016.
Hari Selasa sbb Jumaat sebelumnya doktor takde.
Ibu tak masuk office pun.
Mmg niat nak minta MC je kat doktor.
Jadi, kul 11.30am, ayah ambil ibu kat rumah.
Then shoot to UKMSC.
Tak makan dulu pun. 
Tengok2 belum pukul 2ptg doktor dah ada.
Dan doktor panggil masuk.
Ibu orang no. 2.
Eh. Okay sgt lah kan.

Cam biasa, doktor scan.
Tgk itu ini, semua pun okay. Baby pun dah engaged kat bawah.
Anak ibu dah 3kg doktor kata. 
Wow! Huhuhu... 
Tapi takpe. Ibu tak kesah pun. Lagi ibu suka sbb berani sket ibu nak angkat2 anak ibu ni nanti. Kan?
Lepas tu doktor booking tarikh utk ibu ceaser.

Jadi, confirm lah ibu kena ceaser pada 1 Jun 2016.
Tak lama dah baby.
Wiii... baby behave okay.
Jangan ada emergency tau. Tak lama je lagi kita nak jumpa.
Oh. Mmg ibu teruja.

Okay. Meh tgk perkembangan anak  ibu plak.
18 Mei 2016 - 36 minggu.

Oleh kerana baby dah masuk 3kg. Dah engaged. Makanya mmg ibu rasa berat kat area bawah tu.
Paling scary masa nak bangun dari tidur.

Tapi takpe. Tak lama je lagi pun.
Nanti mesti ibu merindui saat ni semua.

Ibu bersyukur sangat sbb ibu dapat rasai semua ni.
Alhamdulillah.

How your baby's growing

Your baby is still packing on the pounds — at the rate of about an ounce a day. She now weighs almost 6 pounds and is more than 18 1/2 inches long (about the size of a head of romaine lettuce). She's shedding most of the downy covering of hair that covered her body as well as the vernix caseosa, the waxy substance that covered and protected her skin during her nine-month amniotic bath. Your baby swallows both of these substances, along with other secretions, resulting in a blackish mixture, called meconium, will form the contents of her first bowel movement.

36 weeks: Your baby is about the size of a head of romaine lettuce
At the end of this week, your baby will be considered "early term." (Full-term is 39 to 40 weeks. Babies born before 37 weeks are pre-term, 41 weeks is late term, and those born after 42 are post-term.) Most likely your baby is already head-down. But if not, your practitioner may suggest scheduling an external cephalic version (ECV). That's a fancy way of saying that your practitioner will apply pressure to your abdomen to try to manipulate your baby into a head-down position.

Head: Your baby is probably in a head-down position by now, which is optimal for a smooth delivery, and the head may be dropping lower into your pelvis.

Uterus: Your Braxton Hicks contractions may be a little more frequent now.

Friday, April 29, 2016

UKMSC : 6th Appointment

10:46 AM
29.4.2016

Minggu ke 32.
Appointment lagi.
Dah kerap. Masuk 2 minggu sekali.

Kali ni dari pagi ibu n ayah berkampung di UKMSC.
Pagi lagi dah sampai. Dalam pukul 8pagi.
Terus naik atas. Bagi kertas yang ada tulis utk minum air gula.
Mujur orang tak ramai lagi.
Utk minum air gula ni, ibu kena puasa dari pukul 10mlm lagi.
So, kena pujuk baby utk bersabar sbb ibu tak makan.

Memula kena ambik darah sebelum minum air gula.
Lps tu baru minum air gula.
Oh. Takde la banyak sangat kena minum.
Satu cup tu je. Paper cup.
Dan, idak la teruk nau rasanya.
Walau takde perisa, tapi rasa okay je.
Likat manis. Biasa lah.

Okay ja.
Ibu minum sampai abis.
Tapi, lps tu mmg ada rasa pening2.
Mungkin sbb perut kita kosong kan.
Then kena tunggu sampai 2jam lagi utk ambik darah semula.
Pun tak boleh makan lagi.
Adoiyai.
Ibu rilek2 je dgn ayah. Ayah pun taknak turun breakfast.
Dia tunggu dgn ibu.
Tepat kul 10.15 (ibu kena minum air gula pukul 8.15), ayah gitau nurse utk ambik darah sekali lagi.
Masa ni orang dah ramai. Kena cepat. Kalau tak kang, langsung lambat.

So, terus ambik darah.

Lega.
Lepas tu boleh gi makan.
Turun kantin - makan. Makan nasik terus.
Lps tu naik balik atas.
Panas aih nak duk bawah.
Naik atas, lepak2 jap. Pastu ibu nak tidur kat surau. Ayah pi solat Jumaat.
Kul 2 baru ibu masuk balik klinik. Kad dah tinggal dah awai2.

Dalam 2.45ptg, jumpa doktor.
Doktor cakap, mmg ibu kena ceaser lah.

Scan baby dulu. 
Berat baby dah 2.3kg. Wah.. ibu suka. Ibu suka.

Patut lah ibu dah rasa berat. Hihi.
Lps tu doktor tunjuk muka baby. Dah embam embam lah anak ibu ni.
Doktor suruh pilih date utk ceaser.
Memula doktor nak bagi 6.6.16
Tapi tu kan 1st day puasa.
So, ibu n ayah pilih 1.6.16.
Wah. Sebok nak date cantik2 je kan. Hihi.

Oh. Result air gula ibu.
Okay je.
Sebelum minum air gula, bacaannya 3. Selepas 7.
Doktor kata okay.
Yey. Ibu boleh makan aiskrim lagi (mmg pun balik tu terus singgah McD beli sundae coklat. Ngeee).

Sebulan lagi ibu n ayah nak jumpa baby. Kan?
Can't wait.. tapi ibu nak baby duduk rilek2 dalam perut ibu dulu tau.
Happy2 je makan apa ibu makan. Hihi.
Appointment settle dalam pukul 3 lebih.
Terus balik rumah. Penat dah.
Lps ni appointment 17hb May. Sbb doktor takde 13hb.
Mungkin last la kot before ibu jumpa baby. Wiii....

Friday, April 15, 2016

UKMSC : 5th Appointment

3:04 PM 0 Comments
15.4.2016 - Jumaat.


Ibu ada appointment lagi.
Cam biasa, ayah pergi solat - ibu tunggu ja kat atas.
Nurse kata awal sampai.
Ye lah, senang kalau settle awal2.
Dalam kul 2.45 ibu dapat jumpa doktor.
Kali ni ibu bawak report dari klinik Dr Hamid.
Tempat ibu buat laparoskopi dulu tu.
Tapi, takde plak doktor notes yg ibu boleh bersalin normal ke tak.
Jadi, doctor advise ibu bersalin ceaser.
If bersalin ceaser, doktor kata ready je lah dalam minggu ke 38.
Huhu.

Pastu scan baby.
Doktor tgk yg 4D punya.
Nampak baby.
Rasa nak panggil je baby.
Kang doktor kata apa lak. Hihi.
Omey omey embam dah anak ibu ni.
Keep growing sayang.

Pastu tanya doktor cemana nak ilangkan krem kaki ni.
Doktor tunjuk exercise sket.
Alah, tak mahu nya nak exercise bagai kalau dah sakit2 tu.
Yang pasti try luruskan kaki - nanti elok lah dia.

Kul 3.15 camtu settle.
Ibu gi solat zohor.
Then kami pergi Sogo.
Nak tambah lagi sket baju baby.
Itu je lah cerita jumpa doktor utk minggu ni.

Lagi 2 minggu ibu jumpa lagi doktor utk minum air gula plak.
Itu nampaknya dari pagi smpai petang lah ibu berkampung kat spital. Huhu.

Friday, March 25, 2016

UKMSC : 4rd Appoinment

9:05 AM
25.3.2016
28weeks2days.


Appoinment kali ke 4 dengan Dr Kadir.
Ibu pilih hari Jumaat. Sbb selesa sket.
Minggu ni mmg tak ramai pun.
Ibu tunggu papa solat. Lps tu papa datang.
Tak lama doktor pun sampai, terus jumpa doktor.

Doktor scan n check semua.
Doktor kata semua okay.
Alhamdulillah.
Tekanan darah okay, urine pun okay.
Keadaan baby pun okay.

Just, doktor suruh dapatkan rekod operation fibroid yang ibu pernah buat dulu.
Doktor nak tgk kat bhgn mana yg di operate tu.
Kalau tak, ibu kena ceaser.
Oh.
Kalau itu terbaik, ibu tak kesah pun.
Ramai je pun ceaser kan.
Tapi, ceaser ni lambat sket lah baik.
Takpe lah. Yang penting anak ibu ni sihat dan ibu pun sihat. Kan?

Kali ni mmg sekejap je lah.
Dalam kul 3 lebih settle dah.
Bayaran utk hari ni RM166.60 sahaja.
Lepas tu terus ajak papa makan meatball kat Ikea.
Hihi.

Next appoinment 15.4.2016

Friday, March 4, 2016

UKMSC : 3rd Appoinment

10:44 AM
4.3.2016


Suppose appointment ni adalah pada 1.3.2016. Tp Dr Kadir takde masa tu.
Jadi, di re-appmt pada 4.3.2016.
Bersekali dengan detail scan.
Detail scan kena buat di tingkat 1. Which akan dibuat oleh sonographer.
Tingkat 1 ni tmpt wad orang bersalin juga ada bilik bersalin.
Berpusing-pusing juga lah. Naseb baik ada nurse bawak kan. 
If not, entah sesat melarat kat mana.

Appmt kali ni hari Jumaat.
Agak bergegas sbb ibu kena bertugas jaga booth plak pagi tu.
Hari Kraf kan.. kena la buat kerja lain jugak.
Then dalam 12.30 baru gerak dari ofis.
Ayah drop ibu, ayah pergi solat Jumaat.
Ibu naik tingkat 7.
Terus register. Bagitahu nurse kata ada detail scan.
Nurse suruh ambik bacaan BP ngan urine test dulu.
Lepak2 jap. Nurse takde plak dalam bilik tu.
Seleso je lah. Orang pun takde kan.
So, bila dah ada nurse baru amik BP, timbang berat n buat urine test.

Settle dah tu, nurse panggil turun bawah utk detail scan.
Elok2 ja, ayah pun sampai dari solat Jumaat.
Kalau tak, tak dpt ayah tgk baby R.I ni. Hehe.
So, turun sesama.
Smpai tingkat 1, jumpa sonographer yg nak scan tu.
Tapi masa tu ada patient tgh scan. Tggu lah kejap.
Dalam kul 3pm baru dapat scan.

Scan setgh jam.
Seronok nya ibu dapat tgk baby ibu.
Alhamdulillah, baby ibu aktif, dan sihat.
Lepas tu naik tingkat 7 balik. Jumpa doktor.
Tapi, ibu solat zohor. Lapar pun yer gak ni. Ibu cuma breakfast nasi lemak je pagi tu.
Tak makan pun lunch lagi.

Jumpa doktor kejap. Pastu settle.
Bayar dan balik.
Total hari ni RM200++.
Sbb ada detail scan tu.

Dkt kul 5 gak la baru keluar dari spital.
Sbb makan dulu kat kantin. Lapar. Ibu lapar, ayah lapar. Baby pun sure lapar.

Tuesday, January 26, 2016

UKMSC : 2nd Appointment

4:22 PM
26 Januari 2016

Bersamaan dengan 19 minggu, 6 hari (tp doktor kira macam 19m,5h). Tak pe lah. Memana lah kan. Lebih kurang lah tu.
Cam biasa appmt kul 2pm.
Kali ni ibu n ayah tak lunch kat velodrom pun.
Bukan takut lambat, tapi nanti sure kena buat urine test. Kalau lps makan, sure result tak berapa best. So, ibu tukar method.
Ibu bawa bekal. Kul 11 lebih, kat ofis, ibu dah makan.
Jadi, dah byk minum, and banyak kencing dah before buat test.

Smpai hospital kul 1 lebih. Sementara tunggu ayah parking kereta, ibu tgk ada orang bwk plastik air Peel Fresh. Ha..ni mesti ada promosi jual air peel fresh ni.
Bila masuk tgk, kat lobi mmg ada.
Harus ibu beli. Hihi.
Yang kotak kecik tu, 6 kotak - RM10.
Beli lah, apa lagi. Usung lah air2 tu ke atas. 

Smpai tgkt 7, bagi kad appmt. Tapi pelik sbb nurse tu tak bagi form suruh ambik urine n berat pun. Takde la kot. So, kita tunggu je lah.
Masuk waktu zohor, ayah gi solat. Ibu tggu. Bila ayah dah settle, dia kata takyah la ibu solat dulu sbb ramai orang. Ye lah, surau situ pun sempit. Muat 2,3 orang je pun.

Lagipun turn ibu no. 2. Kejap je ni.
Dalam 2.45pm baru masuk jumpa doktor.
Doktor tanya tak buat urine test ke?
Haaa.. kann.... 
Pastu doktor cakap kat nurse, then nurse kata okay jap lagi pergi.
So, scan dulu.
Nampak anak ibu. Doktor tunjuk kaki, tangan. 
Ibu tanya nampak gender tak?
Doktor kata, kalau nampak dia bagitahu.
Tapi, tak nampak. Huhu. 
Dah doktor kata, kalau tak nampak ni, perempuan kot.
Aiyark... tu ari macam dah nampak boy kan. 
Okay, takpe takpe. Ibu tak kesah lah.

Pastu kuar balik, wat urine test, ambik tekanan darah, berat.
Kelakar sbb nurse yg ambik tekanan darah tu ingat ibu tak pregnant.
Tak nampak katanya. Huhu.
Dah siap tggu balik nak masuk bilik doktor.
Berat ibu naik tak sampai 1kg dari last visit. Nasib doktor kata takpe, ni awal lagi ni. Esuk esuk dah hujung baru naik banyak katanya. Wah..lega... kalau kat KKIA mesti ibu kena tegur ngan misi kan. 

Urine apa semua okay. Alhamdulillah.
Good la anak ibu ni. Byk bantu ibu.

Pastu tanya doktor pasal detail scan. Doktor kata boleh kalau nak buat. Next visit boleh buat. Lagi 5 minggu. Buat detail scan kat bawah. Pastu dia macam arrange kan appmt utk detail scan.
Yey! Ibu is tak sabar. Nanti boleh tgk 3D doktor kata.

Settle semua dalam kul 3 lebih. Ye lah, kalau tak, kan boleh settle awal.
Dah lambat buat urine test tu.
Hurm.
Pastu ibu ajak ayah gi makan meatball kat IKEA.
Baby suka eh makan style gini gini.
Makan gak kek badam yang sedap tu. 
Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Kita tggu next appmt 5 minggu lagi.
Tapi, lambat lagi ibu nak tgk anak ibu. Nanti ibu ajak ayah pergi scan kat klinik lain lah. Dalam 2 minggu lagi ke. Hihi. Saja, nak tgk anak ibu.

Tuesday, December 29, 2015

UKMSC : 1st Appointment

10:57 AM
29.12.2015
15weeks+6days


Sebagaimana yang telah di booking last month, hari ni ada perjumpaan pertama dengan doktor di UKMSC.

Oh, kot ada yg tak tahu, UKMSC ni terletak dalam bangunan hospital PPUKM. Which tempat ni adalah klinik pakar. Kalau sesiapa kerja kerajaan, GL adalah diterima di PPUKM, tpi tidak di UKMSC ni. UKMSC ni macam hosp private lah. Semua nya di bawah tanggungan kita kecuali ada insurans. Ofis memang cover insurans kat UKMSC ni, cumanya utk kes pregnancy insurans office tak cover pula. Tak pelah. Selama ni pun dah byk berhabis utk anugerah Allah ni kan.. ada lah rezeki tu nanti.

UKMSC ni macam full paying patient kat hosp govt lah kiranya. Cuma harga lebih sedikit dari FPP tapi tak semahal hosp private yang lain.
Selain saya nak check up dengan pakar, saya pilih UKMSC juga sbb dia mmg dah attached dengan hosp PPUKM sendiri. In case apa apa, senang je. GL saya masih diterima di PPUKM.


Doktor yang saya ambik Dr Kadir. Bukan taknak pilih doktor perempuan, tapi yg perempuan dah penuh. Available bulan 2 ke atas. Jadinya sebelum bulan 2 saya kena pergi tempat lain plak utk check up kan. Sedangkan check up dengan Dr Natasha yang terakhir pada 11.12.2015. So, takpe lah. 

Appointment jam 2-5 petang. Kira macam 1st come 1st serve.

Kami keluar dari office jam 12 tghari. Singgah makan kat Veledrome dulu. Then terus ke PPUKM. Terus naik ke tingkat 7 sbb nak tgk boleh register terus atau tak.
Tapi, bila naik tu, boleh je terus register. 
Lepas tu timbang berat, buat urine test then tunggu lah doktor.

Dapat no giliran ke3.
Menunggu pun tak lama. Dalam 2.45pm camtu dah dapat jumpa doktor.

Doktor ni simple.

Tapi, tak se detail doc Tasha.
Kalau dgn Doc Tasha siap dia godek2 masa scan tu. Dpt tgk itu ini.

Kali ni takde pun. Terus sedih. Haha.

Tak dpt pun tgk anak ibu gerak gerak.
Takpe. Next time nak minta juga tgk anak ibu gerak.

Lepas tu tak dpt gmbr scan. Huwa.. Ini sedih. Sbb biasanya kat doctor Tasha dia terus bagi. Huhu. Kena mintak agaknya. Tkpe, pasni kita mintak. Bayar kotttt... Huhu.

Dah dapat buku rekod.
Pink juga. Tapi tak sama lah dengan full govt punya buku.
Yg best nya doktor sendiri tulis detail2 tu.

Haha. Kat depan tu tak perlu pun nak tulis2 nama bagai.
Terus tampal sticker je.


1st time ni doc tanya sejarah2 je lah.

Bagi referral letter dari Dr Tasha. Senang sbb dia mmg kenal Dr Tasha.
Sebut je nama terus dia kata "KL Fertility ya"

Dan mujur juga bawa rekod2 dari sana. Keputusan pap smear, jenis darah. So, tak perlu nak repeat buat semua tu balik.

Biasanya orang datang sini dah 20 minggu ke atas.
Ai je yg perut kecik lagi dah datang. Haha. Takpe lah. Tanya kat doktor tak perlu pergi KKIA lagi kan. Doktor kata kalau nak pergi boleh ja. Tapi, sini pun sebulan sekali juga check. Dah 28minggu nanti baru 2minggu sekali. Okay lah. 


Dah ada buku rekod tu macam konfiden sket lah. Senang kalau apa apa hal kan. 

Dalam kul 3 lebih settle. Doktor bagi ubat Iberet since ai cerita yg ai akan muntah lps makan obimin pluz. 

Solat zohor dulu situ baru balik. Lps ni dah tahu. Pergi register dulu. Then solat. Then baru tggu doktor sbb mmg kul 2pm baru dia start panggil patient :)

Apa pun, puas hati juga check up sini sbb orang tak berapa ramai. Dan takde la nak menunggu lama macam yg orang selalu cakap tu. Moga dipermudahkan hingga sampai masa bersalin nanti :)


Bayaran : RM276.80
Next appointment : 26 Januari 2016

Friday, November 20, 2015

Buat Appointment Di UKMSC

4:12 PM
20.11.2015.

Masa appmt dengan Dr Tasha, dia dah bagi sesiap referral letter utk buat appmt di mana2 tempat yg nak sambung antenatal check up.
Kami mmg decide nak ke PPUKM. Cuma masih tak tahu nak terus di bawah (govt) or specialist (tingkat 7).

Tapi, lepas fikir2, kami setuju nak teruskan di UKMSC. Specialist Centre Tingkat 7 tu.
Sebab, nak doctor pakar yang merawat biarpun tahu, kalau kat PPUKM tu, doktor yg sama juga merawat kalau tak pergi pakar pun.
Biarlah. Lagipun me pregnant bukan macam orang lain. Jadi, mmg nak pantauan dari seorang pakar.

Sebenarnya, GL cover kalau kat bawah tu. Ye lah, kerja government kan.
Tapi, takpe lah.
Dah alang alang kita bayar dari awal, kita terus lah bayar je.
Ada rezeki utk baby ni. InsyaAllah. Yang penting nak dapatkan rawatan terbaik.
Satu lagi, hehe, kalau cakap macam mengada pula.
Tapi, seboleh boleh, me malas nak check up di KKIA.
Macam ada rasa 'takut'. Memang la orang kata dah okay apa seme.
Tapi, sbb dah biasa dapat layanan baik kat KL Fert, me takut me ter compare ke apa.

So, cemna prosedur nak daftar di UKMSC ni.
Rata rata bila google seme pergi sana bila kandungan dah puluh2 weeks.
Sbb depa ni check up samada di KKIA atau klinik swasta lain.
Depa register utk bersalin cuma. 
Atau katanya at least kena check up 3x camtu lah kalau nak bersalin kat sini (UKMSC).
So, cemana.
Me malas nak call call, me nak terjah je.
So, terus naik tingkat 7.
1st time being there. 
Sunyi. Sepi. Tenang.
Terus ke kaunter. Dia suruh pergi kaunter appoinment.
Kat situ, nurse bertugas tanya nak doktor mana (kita boleh pilih ya pakar mana kita nak).
So, nak doktor perempuan lah.
Tapi, paling awal boleh check up bulan 2. Full ajer doktor perempuan ni.
Which, bulan 1 ke mana hala tuju nak check up.
Nak register kat KKIA mmg malas lah kan.
Last check up dgn Dr Tasha masa 13 weeks.
So, gitau tak kesah lah. Ada terbaca kata Dr Kadir pun bagus.
So, mintak Dr Kadir. Dapat. Alhamdulillah.
Appointment pertama ujung bulan 12 which masa 16 weeks.
Referral letter dari Dr Tasha bagi masa jumpa doktor nanti.
Baik lah.

Itu saja.

Takde bayaran. Takde buat buku ke apa.
Just dapatkan tarikh appointment saja.
Kejap je. Dalam 5 minit settle.
Alhamdullillah.

Jadi, mmg dah confirm lah kami pilih UKMSC.
Tgk harga pun, okay lah. Boleh la lagi gagah.
Lepas tu UKMSC ni pun bersekali dgn PPUKM. So, apa2 masalah pun depa boleh refer terus dgn PPUKM.
MyDH kata, nak bersalin kena gak standby GL nanti. Ye lah, kut ada apa2 hal, dah ada GL kan.

Settle satu part.
Mohon dipermudahkan segala urusan :)


MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers