Friday, April 29, 2016

# dr kadir # pregnancy

UKMSC : 6th Appointment

29.4.2016

Minggu ke 32.
Appointment lagi.
Dah kerap. Masuk 2 minggu sekali.

Kali ni dari pagi ibu n ayah berkampung di UKMSC.
Pagi lagi dah sampai. Dalam pukul 8pagi.
Terus naik atas. Bagi kertas yang ada tulis utk minum air gula.
Mujur orang tak ramai lagi.
Utk minum air gula ni, ibu kena puasa dari pukul 10mlm lagi.
So, kena pujuk baby utk bersabar sbb ibu tak makan.

Memula kena ambik darah sebelum minum air gula.
Lps tu baru minum air gula.
Oh. Takde la banyak sangat kena minum.
Satu cup tu je. Paper cup.
Dan, idak la teruk nau rasanya.
Walau takde perisa, tapi rasa okay je.
Likat manis. Biasa lah.

Okay ja.
Ibu minum sampai abis.
Tapi, lps tu mmg ada rasa pening2.
Mungkin sbb perut kita kosong kan.
Then kena tunggu sampai 2jam lagi utk ambik darah semula.
Pun tak boleh makan lagi.
Adoiyai.
Ibu rilek2 je dgn ayah. Ayah pun taknak turun breakfast.
Dia tunggu dgn ibu.
Tepat kul 10.15 (ibu kena minum air gula pukul 8.15), ayah gitau nurse utk ambik darah sekali lagi.
Masa ni orang dah ramai. Kena cepat. Kalau tak kang, langsung lambat.

So, terus ambik darah.

Lega.
Lepas tu boleh gi makan.
Turun kantin - makan. Makan nasik terus.
Lps tu naik balik atas.
Panas aih nak duk bawah.
Naik atas, lepak2 jap. Pastu ibu nak tidur kat surau. Ayah pi solat Jumaat.
Kul 2 baru ibu masuk balik klinik. Kad dah tinggal dah awai2.

Dalam 2.45ptg, jumpa doktor.
Doktor cakap, mmg ibu kena ceaser lah.

Scan baby dulu. 
Berat baby dah 2.3kg. Wah.. ibu suka. Ibu suka.

Patut lah ibu dah rasa berat. Hihi.
Lps tu doktor tunjuk muka baby. Dah embam embam lah anak ibu ni.
Doktor suruh pilih date utk ceaser.
Memula doktor nak bagi 6.6.16
Tapi tu kan 1st day puasa.
So, ibu n ayah pilih 1.6.16.
Wah. Sebok nak date cantik2 je kan. Hihi.

Oh. Result air gula ibu.
Okay je.
Sebelum minum air gula, bacaannya 3. Selepas 7.
Doktor kata okay.
Yey. Ibu boleh makan aiskrim lagi (mmg pun balik tu terus singgah McD beli sundae coklat. Ngeee).

Sebulan lagi ibu n ayah nak jumpa baby. Kan?
Can't wait.. tapi ibu nak baby duduk rilek2 dalam perut ibu dulu tau.
Happy2 je makan apa ibu makan. Hihi.
Appointment settle dalam pukul 3 lebih.
Terus balik rumah. Penat dah.
Lps ni appointment 17hb May. Sbb doktor takde 13hb.
Mungkin last la kot before ibu jumpa baby. Wiii....

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers