Tuesday, May 24, 2011

# cerita biasa

Kahwin Lewat

LPPKN pandang serius kahwin lewat

KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.

Beliau berkata, satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang. – BERNAMA

kredit : Utusan

**
Ye. Aku mmg ada tulis pasal ni gak kat kebun stoberi sanun.
Kali ni tulis kat sini plak. Sana secara am je la.
Sini secara khusus. Sbb ada relate dgn tpt treatment ku itu- LPPKN.
Aku rasa derang dpt dari database org yg pegi treatment tu la kut.
Kawen lambat pehtu kebarangkalian dpt anak pun lambat. Lps tu terpaksa wat treatment ngan derang. 

Tp ada je kawan aku yg kawen lambat, tp skang anak da 2 pun. 
Pehtu sorang lagi sebaya, kawen last year, pun tgh mengandung.

Huwaaa..... itu bukan masalahnya. Cepat lambat kawen tak menentukan cepat lambatnya dpt anak. Lagipun jodoh ni pun ketentuan Allah, rezeki zuriat ni pun ketentuan Allah.
Apa yg kita buleh buat adalah berusaha. Jangan lah dirungsingkan sgt masalah ni. 

Tp bila camni aku pun rungsing gak. Umo dkt 32 dah. Tp tak muncul sorang pun lagi anak ni. Sobs... sedey..sedey..sedey....

15 comments:

aitotyati said...

kekda,

jgn sedey2 nanti Ai pun sedey


*hugs*

su su said...

rezeki untuk kita ALLAH dah tetapkan.....INSYAALLAH kita berusaha yaa kekda n doa,,moga ALLAH makin murahkan rezeki...amin

E K A said...

alor...takmo sedih2....kan sume tu ketentuannya....insyaallah... ada nanti tu...

TiNie said...

dulu sblm kawin, sy pon ingt kawin lambat ni adalah faktor susah nak dapat anak...TAPI..bila dah kawin n melalui ttc ni baru saya tahu sebenarnya jodoh dan anak tu smuanya rezeki dari Allah. bukan faktor cepat atau lambat atau muda atau tua orang tu..tp kekda jgn risau, InsyaAllah akan ada rezeki drNYA dihari yg telah ditentukan...

Mar said...

Takmo sedih2 la kak. Insyaallah. One sweet day.

puanstoberi said...

AI :

Sobsss... (tgh nanges di atas bahu). teheheh

SU SU :

Tu la pasal... sobss... apsal derang kata serius menda tu. sok kuar plak citer pasal da ramai pasangan tak dpt anak. Pun masalah serius. sobsssss

TINIE :

Tu la pasal. Yg derang dok risau pasal apa? byk lagi menda lain patut risau. Ni seme ketentuan Allah. Sobssss....

MAR :

Sobsss...sedey tau..esok nati kuar lak citer pasal pasangan yg sukar dapat anak. sobsss... :(

Bouncing and Cherubic said...

kita sama-sama jangan putus asa Kak Reen..mana tahu bulan Ramadhan yang berkat akan datang ni kita dapat rahmat berganda..kita sama-sama doa..

bettyshah said...

jgn sedey2 kak...sume tu atas ketentuanNya...cuma lambat dan cepat jer..insyaallah sinar akan muncul

mahujadiibu said...

xpa kak..inshaALLAH..ada rezeki kita..tp faktor usia tu bukan penghalang,semuanya rezeki

CikPuan Fara said...

salam ziarah. kita sekapal. saya kawen genap setahun.. blom ade rezeki nk mengandung lagi.. setakat nih blom ada usaha nk jumpa doktor lagi.. cuma usaha dari segi pemakanan (buah zuriat, bidadari, debunga bunga kurma, asid folic) dan doa..

jgn sedih2 yer. sgt faham rasa itu. Insya Allah, mesti ada indah dihujungnya :)

ILY said...

Hi Kak Reen,

1st time komen blog kak reen..ermm, jgn sedih2..kita usaha, ok? InsyaAllah ada rezeki kita :) Ily pon 2 thn lebih kawen..masih menunggu rezeki dr Allah :))

~ JD said...

kite semua usaha sama2 yer :)

puanstoberi said...

BnC :

Insyaallah... moga2 doa kita dimakbulkan.

BETTYSHAH :

huhu.. kadang sedih gak walo rasa mcm kuat. huhu

puanstoberi said...

MAHUJADIIBU :

Huhu. Makin lewat makin kurang peluangnya. Huuuu...sedeyyyy.

CIKPUANFARA :

Thanks sudi berkunjung sini. Ramai sekapal ni, hanya kita memahami apa yg dirasa kan?? sobssss

puanstoberi said...

ILY :

Hai Ily. Ha..kita usaha sama2 yer. nati kakreen melawat blog Ily yea.. *hugs*

JD :

Baekkk..kita usaha sama-sama :D

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers