Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Thursday, August 9, 2018

Rizq Iskandar Jumpa Adam Rizqi

8:33 AM
[entry ni dah lama dalam draf. Lupa nak publish :P ]

Alam TTC mengenalkan kami.
Alam TTC mengeratkan ukhuwah kami.
Masa bulan Syawal tu hari sempat kami berkunjung ke Melaka.
Menziarahi rakan TTC yang selamat melahirkan anak.
Sapa yg biasa dgn circle TTC dalam alam blog ni for sure kenal Yani ni kan.
Dah selamat bersalin pun dia.
Dan dah selamat masuk kerja pun lepas cuti 3 bulan.
Seronok Rizq jumpa baby.
Hehe.
Baby.. baby.. dia kata.






Tahniah Yani.
Alhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan menyusukan Adam sepenuhnya dengan susu ibu, ya.
Dan moga ikatan persahabatan kita ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Untuk sahabat TTC yang lain, jangan putus asa.
InsyaAllah, ada peluang kita untuk menjadi ibu.
Positif.

Love,
Kekda 

Thursday, November 10, 2011

Aku Sayang Mereka!

1:47 PM 15 Comments
Dulu pun aku penah tulis pasal ni.
Tentang sahabat2 TTC aku.

Tah ek. Cena nak cakap kan.
Tak reti nak describe. Cuma aku mampu luahkan.
Yang aku sayang banget sama derang.

Bkn per, derang ni mmg mcm sahabat suka duka.

Lebih dari sahabat yg kita mmg dah kenal.
Padahal kenal di alam maya cuma, dari penulisan yg dibaca je.

Tp ikatan ukhawah tu yg mengeratkannya.
Terima kasih Ya Allah kerana mengenalkan aku dgn mereka.

Masa aku down, depress, rasa tak keruan masa tutup jap kebun stoberi tu ari, Zana salu msg aku, tanya keadaan aku. Huhu. Terharu.
Terima kasih Zana.
Kekda sayang Zana ketat-ketat. Paling terharu dia kata dia dah anggap aku ni mcm kakak dia.
Oh. Walo dia sendiri ada ramai kakak, tp dia anggap juga as akak dia.
Sebak lak rasa. 
Zana, akak pun anggap Zana cam adik akak sendiri.. sayang Zana jugak.

Lps tu bila adik2 ni tribute nama aku dlm entry derang pun, aku cam terharu.
Biarpun derang tribute 'Kekda, thanks sbb kenalkan dgn photobook'
Itu entry adik aku sorang tu lah, yg ceria sentiasa - Eida Baharom.
Oh. Sblm tu Al-Fatihah utk adik beliau yg kembali ke rahmatullah tak lama dulu.

Aku terharu sbb derang igt juga aku kan.

Lagi terharu gak bila tadi baca entry Fara yg pegi Cameron Highland.
Tersenyum aku bila ada baris ayat yg kata 'tingat Kekda bila tgk strawberry'.

Tersentuh seketika hati ni. Ye lah, walo pun hanya kenalan di blog, di muka buku, tp ada jugak ingatan derang pada aku.

Tidak la aku kata aku ni giler plak perhatian nak kena ingat dek orang je.
Bkn begitu.

Aku nak expressed kan yg aku betul2 senang dgn derang.
Yg aku betul2 sayang dgn derang ni.
Sbb yg kenal aku dlm alam realiti pun tak prihatin cam derang ni.
Sungguh, aku terharu dengan persahabatan yg dihulurkan ni.

Tak lupa pada adik aku yg jauh nun di Bintulu-Eka. Ni pun salu je tribute aku dlm entry dia. Lately ni jarang lak dia update. Bz kot nak ttp sekolah ni kan.

Pada JD (yg baru je menerima berita gembira), tu pun masa aku tgh dok depress ngan blog aku tu ari, dia pun prihatin gak. Alahai. Sbb tu aku la paling gembira masa baca berita gembira dia tu *berapa byk gembira daaa*

Sekadar menyebut beberapa nama dulu, tp tak lupa utk seme rakan2 di TTC Corner sana (Julie, Misskoriza *eh, cena nak eja nih.. hihi*, Liana, Nana Aris, Zuazlin, Mimie *yg mohon disertakan dalam list ini juga. Thanks sbb sudi nak join kami* dan ramai lagi lah). Mereka tu kebanyakan mmg aku kenal. Maksud kenal di sini, pernah jumpa dan kenal dari penulisan di blog. Kira bff alam maya lah. (nati aku citer plak kenapa aku create TTC Corner tu, dan tak open kan)

Utk pembaca 'SR', barangkali ada yg mengikuti citer kat sini, saya sayang anda juga. Tp saya takleh nak express secara direct sbb kita jarang2 berkomunikasi kan? Ihiks. Tp saya tahu, anda tetap ada di kala memerlukan. Contohnya pada entry smlm kan. Terima kasih pada yg memberi semangat. Saya bkn give up tu, cuma ada perasaan 'lantak pi lah situ' saja. Hihi.

Oke then, rasa cukup itu saja utk meng express kan sayang saya pada anda,
sahabat TTC saya, yg sama merasai petir getir mendapatkan cahaya mata kurniaan Allah :))


Sunday, October 9, 2011

Pertemuan Itu : Taman Wetland, Putrajaya

11:07 PM 9 Comments
~Kami datang dari latar yang berbeza~

~Detik perkenalan hanya bermula di alam maya~

~Perkenalan berbunga menjadi persahabatan~

~Hanya kerana satu persamaan~

~Persahabatan makin erat~

~Dan kita berkongsi rasa~

~Terima kasih Ya Allah kerana menemukan kami~

~Lupakan segala kesedihan melanda~

~Because we have each other~

*Perjumpaan pertama bersama sahabat2 (adik2 benarnya) TTC.
*Tempat : Taman Wetland, Putrajaya.
*Date : 8 Oktober 2011
*Tetap happening walo hanya kami berenam.
*Insyaallah, akan  dibuat lagi sekiranya ada kelapangan.
*Kisah di sebalik tabir - kebun stoberi.

Friday, October 7, 2011

Edisi Memecahkan Ais

11:16 AM 4 Comments
Aduhai nyer.....
Kawan2, adik2 ku yg tersayang.
Terasa kebersalahan pulak bila ada yg respond dlm entry 8 Okt tu.
Ada yg kata tatau pasal jumpa jumpa ni.

Sebenarnya idak la nak buat besar2 pun.
Saja nak jumpa2 dulu.
Ala-ala ice breaking gitu. Kenal2, sembang2 santai, bertukar2 citer.

Tp idak la perlu membawa tukul bagai. Hihi.

Nak kata gathering pun idak la sgt.
More to pada santai2 je.
Kira cam sapa ada masa, takde hal apa, bleh la dtg.
And Kekda pun plan ngan sapa yg respond dlm entry ini.

Tapi, kalo ada sapa nak join, bleh je dtg.
Kalo ada masa, jenguk la kami esuk kat Putrajaya.
Kul 3pm.
Antara yg bleh dtg esuk,
Kekda
Zana
Eida
Sue
Yana
Che Bedah
Su
CINTA
CHINTA (oh..kekda kompius tul ngan adik dorang yg nama sama ni. Hihi)
Kazen Kekda yg TTC juga - Norlida

Kami wat simple je. Potluck bawak makanan ringan2 je.

So, sapa leh datang, kecik tapak tangan, talam kami tadahkan. Hihik.

Dtg je lah. Bleh emel Kekda - cikstoberi@gmail.com
utk dptkan no phone Kekda.

Oke. Lagi ramai lagi bes sebenarnya, tp susah nak plan kan, kadang ada hal yg kita tak dpt elakkan.
Dan lagi, moga tak hujan la esuk. Risau sebenarnya.
Tp kalo hujan, plan B - kita gi memana mall, main boling.

Mungkin dgn perjumpaan ini, ukhwah yg terjalin akan menjadi lebih erat :)
Juga pada yg dah berjaya TTC pun, adik2 pun dijemput sama sekiranya ber kelapangan.

Ikhlas,
Kekda.  (motipppp???? muahahahah)

Monday, October 3, 2011

Plan 8 Okt 2011

3:08 PM 5 Comments
Semoga plan kami kami utk 8 Okt ini berjalan lancar.
Utk permulaan ni kita buat ala-ala ice breaking dulu la kan.
(aku mmg terkenan dek game SIM Social - tak abih2 ngan ice breaking nyer. Huhu).

Ada sesapa mao join lagi?

Date : 8 Okt 2011 (Sabtu)
Time : 3pm
Konsep : Pot Luck (tp bawak makanan yg paling simple/senang dan mudah) tp takde paksaan. If tak bawak pun takpe.
Tempat : Putrajaya. Exact location akan dibagitau kepada yg bbetul nak dtg.

Boleh kita berkenal-kenal dgn lebih rapat lagi.
Dan
Bleh kita ber photo shoot juga.

Haha.

Harap2 tak hujan la kan. Skang ni musim ujan. Wisau tul.

Thursday, September 22, 2011

Plan : TTC'ians Gathering

9:38 PM 29 Comments
- sticky entry juga - scroll utk entry terbaru-

Dari awal minggu retu Kekda dh terpikir2.
Mcm nak up entry pasal ni, tp takut takde respond.
Tapi bila SuE tulis kat komen, aku rasa cam, eh sama lak apa kami pikirkan.
Maka, meh nak tanya sket.
Ada yg berminat tak kalo kita buat TTCians Gathering?

Tp terhad pada yg ada kat KL je la kan.
So, cemana?
Dan bila nak buatnya tu kan?
Sbb kalo wiken2 bln Syawal ni sure ramai ada jemputan open house.
Da lewat pun kan, kalo tak bleh wat ari Jumaat esuk ni. Bes gak tu, para asben gi solat Jumaat, kita bergather gather. Hihi.

Kalo tempat, nak mudah dan senang dan tak ramai org, cadangan Kekda adalah di JJ AU2. Situ paking senang, tpt makan senang. Orang pun tak ramai.
Kalo kat Wangsa Walk pun oke juga.
Dan kalo ada cadangan lain pun bleh gak bagi idea.

Date tu susah sket nak fixed kan.
So, kalo ada yg setuju nak jumpa jumpa, prefer weekend ke ari kerja (malam) ?
Kalo ari keja mcm limited time sket la kan.

Ada yg berminat tak?
Bkn la tujuan apa2 pun, melainkan utk mengeratkan hubungan antara kita, bleh kenal lebih mesra dan bleh gak kita bertukar tukar pendapat pasal treatment kita kan.

Oh. Itu memudahkan perbincangan, bleh add Kekda di FB

In case tak bleh nak add, bleh emel gitau. Nati Kekda add korang :)

Monday, September 19, 2011

My Bloglist

10:44 PM 24 Comments
Ini adalah entry sticky mode. Scroll down utk entry terbaru. thanks :))
kredit : here
My dear friends,
Saya tgh nak update bloglist saya.
Buat masa ni saya bahagikan bloglist saya kepada 3 kategori iaitu :
Kategori 1 : KAMI SAMA BERUSAHA
Bagi kategori ini saya khaskan utk rakan TTC

Kategori 2 : MEREKA TELAH BERJAYA

Ini plak utk rakan TTC yang dah berjaya - Happy for them :))

Kategori 3 : SOKONGAN DARI MEREKA
Yang ni rakan2 yg bkn dari kategori 1 dan 2, tp derang menyokong kami para TTC. Segala blog yg ada info2 berkaitan pun saya akan masukkan dlm tu.

Jadi, skang ni saya nak trace semula blog2 yg follow blog ini dan nak diletakkan dlm bloglist tu. Ada setgh nya saya da letakkan. Cuma, ada yg saya tak dpt trace sbb takde link blog dlm profile.
So, pada rakan2 yg sudi utk saya share kan blog kawan2 dlm bloglist saya, sudi lah apa kiranya tinggalkan link blog dalam komen di entry ini.

Kalo rajin letakkan juga la status kawan2 - samada dlm kategori 1, 2 atau 3.
Tp kalo malas nak buh kategori pun takpe, tinggalkan je link blog, saya sendiri akan view dan letakkan kategori nye.

Yeah.
Kerjasama dari kawan2 seme didahulukan dgn ucapan terima kasih (",)

Friday, July 22, 2011

Saya Teringatkan Awak!

6:21 PM 4 Comments
Selalunya ari Jumaat atau akhir2 minggu sure ada citer emosi emosi.
Salu citer mcm ada org yg menyakitikan ati dgn soklan ada anak.

Ari ni citer masih berkisarkan persoalan anak.
Tp dari sudut perspektif yg berbeza.

Ecewah. Rasa cam forum perdana plak bila tulis perspektif tu. Haha.
Oke. Seriyes.

Sebenarnya.....
Walo kita rasa ramai tak memahami, tp sebenarnya ada juga yg memahami.Yg bagi kita sokongan. 
Tp mmg, kalo kita tgk dgn mata kasar mmg kita rasa mcm ramai yg tak memahami dari memahami.

Dulu pun aku penah tulis (kat kebun stoberi). Siap tempek lagi status FB kawan aku.
Dia tulis pun sbb dia baca blog aku ngan blog kawan aku sorang lagi (yg senasib).
Dia mcm support la org cam kita2 ni. Dia kata tak perlu kot nak sebok2 tnya bila kita nak beranak.
Gituu.. aku terharu giler time tu. Rasa nak pegi peluk2 dia.

Dan semalam pun. Secara kebetulan. Dpt 2 menda yg berkaitan camni gak.

Satu tu akak opis ni. Waktu kat opis dia tegur. Katanya dia dpt cam 'bayangan' aku. Time tu dia kata dia mcm tido pun tak, tak tido pun tak. Aku pun tak reti nak kata la kan. Akak ni mcm boleh gak bantu2 org ni. Tp dia nak bantu tu dia mesti dpt 'bayangan' atau 'ilham' dia tu.
Aku kata tak kesah la kalo dia nak bantu. Mungkin Allah nak bagi melalui dia.

Itu satu citer.
Satu lagi, pagi ni. Bkk emel je napak emel takde subject.
Mujo aku tak delete. Sbb takde subject pehtu pengirim mcm aku tak kenal.
Tp aku bkk. Baca.

Eh. Mujur baca. Ada 'sesuatu'.
Yg buat aku terharu juga. Dia ni kawan di alam blog je. Tak penah kenal rapat apatah lagi berjumpa kan.
Katanya dia gi dgr ceramah Dato Fadzilah Kamsah. Antara yg di emel.

well, saya baru balik dari kursus pengurusan stress. penceramah dato' fadzillah kamsah (DFK). ada satu perkara yg dia sebut buat saya teringatkan awak. really i did! 

Paling aku terharu dgn word 'saya teringatkan awak'.
Sebak terus rasa hati ni. Ada juga insan berhati mulia, yg takde apa-apa ikatan persaudaraan, yg tak pernah menggelarkan diri 'aku kawan kau' tetiba teringatkan kita. Dan cuba nak bantu kita.

Aku mmg terharu. Kepada 'kawan' itu, terima kasih banyak2 diucapkan atas ingatan dan sedikit bantuan yang diberikan. Insyaallah akan disharekan bersama di sini 'bantuan' dia tu.

Cuma, apa aku nak sampaikan kat sini, di saat kita rasa disakiti, masih ada insan ikhlas yang menyokong kita.  Mereka sentiasa ada dan kerana mereka lah sebenarnya, kita masih kuat untuk menghadapi cabaran ni.



p/s : Ada yg respond kalo kita wat TTC'ians Gathering tu. Seronok kan kalo bebtul jadi. Jumpa kawan baru, share experience. Tukar tukar citer.
Mungkin kita bleh plan dari skang utk gather dlm bln Okt (sbb lps raya - wiken sure sebok ngan open house kan??). Mungkin kita leh create FB grup dan kita plan kat situ nati.

Kawan Baru

8:54 AM 19 Comments
Smlm buat entry pasal 'dia'.
Pehtu ptg smlm, pas Maghrib jumpa 'dia'.
Hihi.

Smlm ke JJ AU2.
Buka puasa kat sana then ada nak beli brg sket.

Sblm tu kat opis, adik tu emel ke aku.
Lps tu baru mcm tingat yg dia ada gitau dia dok area2 JJ tu.
So, trus la ajak dia jumpa.

Jadi, berjumpaan lah kami.
Tp kejap je. Sbb nak beli barang n asben nak tgk bola plak.

Tkpe lah. Nati ada masa lapang lagi bleh jumpa.
Lagipun aku mmg salu je ke JJ AU2 tu.

Bes la jumpa geng2 TTC'ians ni. Rasa mesra. Seriyes. Mcm da lama kenal.
Aku la tu kan, mmg ada je menda nak cakap. Haha.
Sorry eh dik, akak ni mmg byk ckp. Napak memula dia cam memalu, tp agaknya da tgk aku pot pet pot pet dia pun oke. Hihik.

My asben pun bagi support. Paling bes dia kata :
"bagus gak cemni. Jumpa kengkawan baru yg sama2 'camtu'. Bleh tukar2 citer, pengalaman".

Hihik... sker sker. 1st time dia menyokong aku jumpa kawan baru.

Oh. Pada yg tak kesah identiti "di reveal", kita wat gathering nati nak.
TTC'ians gathering. Mmg syok. Sbb hanya kita yg memahami hati dan perasaan kita.
Bleh tukar2 citer, mana yg nak tau ttg treatment apa seme pun sng.

hugs and kiss utk seme kengkawan TTC'ians.

Salam Hari Jumaat (",)

Thursday, July 21, 2011

Musim!

10:24 AM 10 Comments
Kan..
Dia mcm musim. Sorang kena, mesti ada yg lain berikutan kena.
Dulu 2,3 bln lps pun camtu.
Lps aku kenal ramai TTC'ians cam aku, maka mmg rasa mcm da dkt dgn mereka.
Pehtu kalo ada satu khabar berita tu, mcm cpt je merebak.
Seronok!

Serius. Aku seronok sebenarnya berada dlm golongan mereka yg seistimewa aku ni.
Dan aku lagi seronok lepak 'umah' ni dari 'umah' sanun.
Tp kat sanun aku byk update.
Sini, kena carik2 idea baru leh update.
Sbb tu umah sanun meriah dari umah sini. Tp umah sini ada ramaiiiii kawan yg memahami.
*hugs*

So, reni tau satu lagi berita gembira dari kawan kita.
Tp tak leh reveal lagi lah. Biarlah tuan punya badan tu sendiri yg reveal kan.
Dah wish congratulate pun kat email tadi.

Terharu bila dia tulis

Kak. Thank sgt. Akaklah antara org terawal bagi kekuatan,sokongan n push saya utk buat treatment. Sbb akaklah saya start berani nak pergi. Saya ingat jasa akak sampai bila2.
 *dah tukar saya tu dari nama dia (sbb takmo reveal siapakah 'saya' itu)

Utk adik ku itu. Tahniah sekali lagi dari Kekda
Jaga diri bebaik.
Kalo itu tertulis mmg rezeki kita, maka adalah rezeki nya :)

Kekda akan terus bagi kekuatan, sokongan pada seme yg senasib ini.
Moga selepas ini giliran kita pula akan menerima berita gembira itu.

p/s : Dah 2 org yg sedari awal derang emel tanya pendapat, yg masa tu derang belum start apa2 treatment,  da positive. Maka rasa gembira sgt utk mereka :))

Monday, June 20, 2011

Kita Berkongsi Rasa

10:31 PM 28 Comments
Walau jalinan persahabatan kita hanya di alam maya,
walau perkenalan kita hanya dari penulisan,
tp ikatan ukhwah yg terjalin melebihi segalanya.

Sekiranya ada yg menerima berita gembira,
kita turut merasa kegembiraan itu.
Bersama gembira bila mengetahui ada rakan kita telah mengandung.
Turut menumpang suka.

Dan sekiranya ada pula yg menerima berita duka,
kita turut sama berkongsi kesedihan itu.

Buat adik ku (Yaya), tiada kalimah ajaib lain yg boleh diungkapkan selain 'bersabar'
Allah menguji kita kerana Dia tahu, kita mampu hadapinya.
Allah menguji kita kerana Dia tahu, apa terbaik untuk kita.
Allah menguji kita tanda Dia sayang pada kita.

Teruskan berdoa. Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu yg terjadi ini.
Betul. Berat mata yang membaca, berat lagi bahu memikul.

Apa pun, hanya kita yg faham perasaan itu.

~ FRIENDS ~

As we walk our path of life,
We meet people everyday.
Most are simply met by chance.
But, some are sent our way.

These become special friends
Whose bond we can't explain;
The ones who understand us
And share our joy and pain.

Their love contains no boundaries.
So, even we are apart.
Their presence enhances us
With a warmth felt in the heart.

This love becomes a passageway,
When even the miles disappear.
And so, these friends, God sends our way,
Remain forever near. 

Author Lisa Pelzer Vetter

kredit : here

Friday, June 3, 2011

Menumpang Gembira

1:21 PM 3 Comments
Mmg semua org akan gembira bila mengetahui yg kita hamil.
Tp aku rasa kegembiraan tu akan berganda bila kita telah lama menantikan peluang tu.

Kegembiraan tu hingga boleh dirasa, di kongsi bersama.
Utk tu, kita ucapkan tahniah utk mahujadiibu (hampeh kan aku ni, kawan pun tatau nama)
Boleh baca kegembiraannya di sini - ceritera

Dan didoakan kesihatan utk beliau, hingga beliau selamat melahirkan baby.
Aku percaya rakan2 yg lain pun turut gembira utk dia.

Yg pasti Allah tahu apa terbaik utk kita.
Maka sabar lah menanti kehadiran mereka.
Kredit : here

Saturday, April 23, 2011

Terima Kasih Kawan

9:49 AM 8 Comments
Kita mmg tak pernah bersua muka.
Kita mmg tak pernah berkenalan secara dekat.
Cuma kita ada persamaan iaitu berada dalam kasut yang sama.
Dan persamaan itulah yang mewujudkan satu rantaian ukhwah yg tidak ternilai harganya.

Kita saling memahami apa yg dirasakan.
Kita saling bertukar semangat.
Dan kerana semangat itu lah yg membuatkan aku kuat untuk menghadapi ujian demi ujian.

Biarlah apa org di luar sana katakan.
Hanya kita yg melalui nya saja mengerti perasaan ini.

Dan ketika aku memerlukan semangat, aku tau kawan2 ini selalu ada.



Terima kasih kawan.
Doa ku utk kalian moga apa yang dihajati akan terlaksana.

Utk mereka dan semua kawan2 yg sentiasa bersama, hanya ini yg dapat diberikan, tanda persahabatan kita di alam maya.

Monday, April 11, 2011

Kasut Yang Sama

8:17 PM 10 Comments
Semakin hari semakin bertambah rakan TTC saya.
Sebelum itu saya nak ucapkan terima kasih kepada blog2 ini :


Traffic Sources

Kerana bila check kat stats traffic sources tertinggi datang dari blog meke ini.
Thanks Eka, S dan Eima :)

Dan terima kasih juga kepada follower baru saya ini :
Noor, yang kawen pada thn 2008 juga
Fika Ashikin, sahabat TTC dari Parit Buntar
AyangAizul, shbt dr blog kebun stoberi sanun
Mrs. Shizni, yg jauh dari Jepun
Irtiyah, shbt TTC yg saya kira paling lama dikenal di alam maya yang saya turut tumpang semangatnya
Lady In Mirror, yg sedang gigih buat treatment

Hampir kesemua follower saya ni berada di dalam 'kasut' yg sama. Sedang berusaha utk menjadi seorang ibu. Moga impian kami akan tercapai. Dan pada yg bukan di dalam 'kasut' yg sama, sekiranya ada entry yg mengguris hati, kami memohon seribu kemaafan sbb tak semua akan memahami apa yg  sedang kami rasai selagi kita tak berada di dalam 'kasut' itu. Sesungguhnya, semangat dan sokongan, itu yg kami perlukan :)

Monday, April 4, 2011

TTC : Sahabat, Ku Perlukan Sokonganmu

5:25 PM 7 Comments
Mereka ini juga sedang berusaha gigih untuk mendapatkan apa yg aku juga ingin dapatkan.
Moga usaha kami berhasil dan berpeluang menjadi ibu dan berpeluang mendidik anak untuk dijadikan anak soleh di muka bumi ini.


Terima kasih wahai sahabat yg sudi berkongsi suka duka. Yang sudi jadi follower.... korang juga sebahagian dari sumber inspirasi dalam TTC ini :)

Aitotyati
Puan Su Su dari Aura SuAizal
Eyza
Honeylily

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers