Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Friday, September 11, 2015

Stat Blog

4:06 PM
Saja tengok2 stat blog ni.
Memang viewer setiap entry agak ramai berbanding kebun stoberi kat 'sebelah'.
Walau sini entry nya agak sendu tp viewer agak meriah.

Tapi, idak lah viewer macam "wow!" sangat pun.
Cuma kata orang tu at least ada.
Harap2 apa yg kawan2 semua cari ada jawapannya.
Maaf juga kalau jawapan tak seperti yang dikehendaki.
Tapi, apa yg buleh saya share, saya share kan bersama.

Idak la beratus ribu viewer nya pun kan.
Tapi, ye lah.. ada jugak la viewer nya.
Paling banyak - tanda ovulasi.
Then entry susu kambing. Yang ni sebenarnya takde isi sangat. Kesian pulak pada yg mencari perihal susu kambing tapi ter masuk ke entry situ.
Entry HSG. Okay lah tu. Ada pengalaman sendiri di situ. Tips nya - rileks saja masa buat HSG. Jangan fikir HSG sakit.. tenang2 saja okay.
Then entry klinik Dr Hamid. Oh, ramai agaknya nak buat appointment di situ. Dr Hamid ni nak jumpa dia for the 1st time je lambat. Lepas tu laju ja. Worries not :)
Oh. Berkaitan Dates Pollen pun orang carik. Hihi. Saya pun tak consume dah. Masa gi umrah pun saya tak beli. Sebab saya mmg tak makan. Baik toksah. Membazir je kang.
Entry susu Anmum. Yang ni pun saya tak consume. Tunggu lah bila dah pregnant nanti. Baru consume balik.
Entry BBT - ni takde info sangat ni. Kesian pulak pada yg mencari. Maaf... :(
Entry Ustaz Kazim pun hit jugak. Ini saya dengar sendiri dalam rancangan Kalau Dah Jodoh. Jadikan motivasi untuk kita ya.
And then entry berkaitan laparoskopi. Sebenarnya nak buat banyak entry pasal laps ni. Tapi, tu lah.. dulu asyik malas. Terus tak terbuat.

Dulu entry saya ada komen. Tp sekarang saya disable. Ada sebabnya. But still, kita boleh berkomunikasi thro emel n w.app. Just emel me : idaramli2011@gmail.com :)

Apa pun, bebaru ni ada orang tegur kat emel.
Saya pun dah lupa bila saya kenal dia. Lupa sesangat. Ya Allah, teruk sangat perangai kan.
Tapi, saya terus sebak n nak menangis bila dia tulis ni

Subhanallah...
Moga segala apa ditulis baik dalam blog ni atau pun blog satu lagi menjadi manfaat berterusan....

Wednesday, May 28, 2014

Blog Rakan TTC

9:38 AM 0 Comments
Makin lama, rasa makin menjauh dengan TTC nih.
Rasa cam tak perlu kot nak guna term TTC.

One more thing,
Lama jugak tak baca blog TTC rakan2 lain.
Hurm.
Pikir pikir, dah la treatment apa tak sambung.
Lepas tu cam ala.. lantak ah.. lantak ah.
Senang kan hidup camni.
Muahahaha.

Wey.
Sapa taknak anak kan.
Tapi, tu lah.
Culas.
Usaha nak pergi sana sini tu malas.

Ingat mmg nak proceed IUI.
Tapi tu lah. Gedik dan gatal jari p booking p Oz bulan 10 nanti.
Ni jadi cam 3 tahun lepas lah ni.
Masa pergi Hongkong tu. Bulan 10 gak. Tgh treatment dgn LPPKN time tu.
Pastu konon tunggu nak balik Hongkong. Lepas tu.. hanyut..

Hurm.
Sebut pasal LPPKN.
Kalau pergi balik ke sana oke ke.
Ke cam bengong je.
Muahaha.

Dah la. Ngarut je.
Nanti lah call Dr Hamid buat appmt.

Oke lah uols.
Kalau ada masa lapang, nak marathon baca blog TTC uols.
Dah lama ahkak tinggalkan ni...

Monday, September 30, 2013

Mengapa Dan Grateful

5:48 PM
Sebenarnya, nukilan ini telah ditulis dan di publish di blog 'sebelah'. Namun, aku tak punya kekuatan di sana. Rasa sebal, rasa sebu, rasa sebak, rasa kecewa dan bermacam rasa lagi ada bila di tulis di sana. Ada yg terus meng emel. Mengulang kata 'bersabar..bersabar'. Entah. Bukan membenci dengan ayat bersabar itu, tp jangan buat aku seolah tak pernah bersabar. 5 tahun. Bukan 5 hari mahupun 5 bulan. Itu pun sebenarnya masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang 10 tahun, 15 tahun. Jadi, usah katakan bersabar pada kami, kerana Insyaallah, selagi kalimah Allah sentiasa berada di hati, kami tetap akan bersabar. Kerana Allah tahu kami boleh bersabar maka diberiNya ujian ini. Namun, jika mahu juga dengan ayat bersabar, tulis lah "teruskan bersabar wahai teman" Bukan kah lebih manis...

*********************

Hari ni, nak share blog, yg pada aku, sangat menusuk ke kalbu bila membacanya. Menulis dari hati yang dapat aku rasai perasaan mereka. Kerana aku juga dari 'kasut' yang sama. Semangat mereka perlu dijadikan contoh. Tak kira, apa bangsa dan agama, kepercayaan segala yang berlaku ada hikmahnya adalah amat perlu dalam melalui dugaan ini.

Antara petikan dari entry mereka.

Blog 1 :
Mengapa Saya Ingin Zuriat by Dirasalju

Terus terang, untuk memiliki anak kecil ini  yang bernama Durr Awatif, bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi keyakinan yang tinggi pada Allah, akhirnya doa saya dimakbulkan.  Saya minta pada Allah dengan sesungguh-sungguhnya dan Allah mendengar doa hambaNya ....Tidak pernah saya lupa sekali pun untuk berdoa pada Allah kerana saya sangat yakin Allah mendengar doa saya. Saya selalu mendengar ceramah Ustaz yang Allah suka pada rayuan hambanya. Adakalanya saya merayu sampai menangis kerana inginkan cahaya mata.
Pernah satu ceramah agama yang saya dengar, ustazah ke ustaz yang bagi ceramah tu, saya lupa. Tapi dalam ceramahnya ada mengatakan, pernah tak kita bertanya kepada diri kita sendiri KENAPA SAYA INGIN ZURIAT.....??

Blog 2 :
Why I'm Grateful for Endometriosis by foodie4healing

See, having endometriosis has given me so much. Without this disease, I wouldn’t be who I am today. And, I like me. 

I am strong. Because of endometriosis.
I am courageous. Because of endometriosis.
I am a fighter. Because of endometriosis.
I will never take my children for granted. Because of endometriosis.
I will never take my friends, family and husband for granted. Because of endometriosis.
I will always have a heart for those suffering with infertility. Because of endometriosis.
I will never take my physical health for granted again. Because of endometriosis.
I lead a healthy lifestyle. Because of endometriosis.
But, probably the most important thing that endometriosis has given me, is my relationship with God.
See, 2 years ago, I was ready to walk away from Him because of this disease.
But, He showed up for me, in a very big way. And He has continued to.

Utk blog kedua, memang lah penulis ni bukan org Islam, tp semangat dia dan dia tahu apa terjadi ada hikmahnya. Sebagai TTC'ian, mmg semangat dan kekuatan lah kita perlukan.

******
Aku juga tahu, kami antara yang terpilih utk melalui dugaan ni. Terpilih kerana Allah tahu yg kami boleh melaluinya.
5 tahun pada sesetengah orang satu jangka masa yang lama. Betul lah tu. Kalau rezeki aku awal dulu, hampir nak hantar anak ke taska dah sekarang ni.
Tapi, perancangan Allah itu Maha Hebat. Siapa kita nak melawan perancanganNya.
Memang aku akui, sedikit demi sedikit, kami (aku dan suami) tahu kenapa Allah belumkan kurniakan rezeki anak kepada kami.
Sentiasa ingat perancangan Allah itu yang terbaik.
Tapi dalam masa yang sama, Allah mahu kita (TTC) terus berdoa.. berdoa dan berdoa. Saya pasti... sepasti pastinya, most of d TTCian, semakin dekat dgn Allah... sentiasa mengingati Allah (tp sahabat yang bukan dari golongan TTCian jangan pula mencebik dan mengatakan 'eleh...macam dia je la ingat Tuhan... org lain tak'. Jangan.. jangan sesekali mengandaikan begitu. Masing2 ada dugaan sendiri. Sama-sama kita berdoa).
Cuma satu aku perlu pikirkan kembali. Sebagaimana persoalan dalam entry Dirasalju. Mengapa saya ingin zuriat? Jawapan itu perlu aku perbetulkan. Dan aku harap, aku dapat conceive natural. Sungguh.... mmg kalau boleh aku tak mahu lalui proses IUI. Dan aku ada 3 bulan utk berdoa bersungguh sungguh, berusaha dan seterusnya yakin.

Utk sahabat tersayang yang turut sama membaca, dengan rasa rendah hati, aku mohon sekiranya tidak keberatan, dan sekiranya sudi, doakan lah agar aku tak perlu lalui proses IUI ini. Dan doakanlah kami semua yang sedang berusaha dikurniakan rezeki terindah itu. Aminn... Insyaallah.

Wednesday, March 14, 2012

Selamat Datang Dan Salam Perkenalan

8:00 AM 3 Comments
Hari ke hari mmg ada je pembaca baru dlm blog ni. Samada yg terus follow mahupun sekadar singgah mendapatkan maklumat.
Saya ucapkan selamat datang dan salam perkenalan.
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya ni.

Tapi, saya nak bagitau, (pada yg baru-baru ni lah, yg dah lama baca/follow mungkin dah tau), yg saya jarang "berinteraksi" dlm ni. Jadi, kalo tgk komen2 tak dibalas tu jangan marah ya.
Biasanya saya hanya membuat entry saja dlm blog ni. Jarang balas komen, jarang juga membuat kunjungan balas ke blog2 lain. Tp jgn risau, kalo ada masa terluang, saya berkunjung juga lah ke blog lain2 tu.


Sebab.......

Sehari hari mmg saya meluangkan masa kat 'kebun stoberi' saya.
Kat sana saya lebih byk berinteraksi sesama rakan2 yg berkunjung. Membuat kunjungan balas dsbnya.
Kat sini sekadar meluahkan perasaan, share info-info berkaitan TTC. Sbb kat 'kebun stoberi' saya, saya tak bleh buat camtu sbb viewer ada pelbagai. 

Jadi,
maaf jika ada kunjungan yg tak terbalas.
Walau apa pun, kunjungan anda sgt2 saya hargai.
Doa saya, kita akan beroleh rezeki zuriat tu.
Jangan putus asa, dan jangan sesekali rasa ini adalah kekurangan kita.
Kita istimewa, kerana diberikan 'dugaan' ini.

Sekuntum rose khas buat pembaca tersayang :)

Thursday, November 3, 2011

Mereka Sama

4:31 PM 4 Comments
Salam.

Lamanya tak menulis kat sini.
Duk lepak kat kebun stoberi sanun je.

Pagi ni tadi ada course kat USIM. Hari terakhir.
Maka sblm nak start, tgk2 dashboard.
Skali mataku tertancap (eh. Poyo sgt word tertancap ni kut. Haha).

Salu aku napak kat dashboard tajuk entry yg lebih kurang sama.
Tp reni aku jumpa satu kebetulan yg menakjubkan.
Gmbr yg sama, dari 2 kenalan yg punyai latar belakang yg sama.


Kedua-dua mereka dikenali dari alam blog.
Kedua-dua mereka dikenali kerana kisah TTC.
Kedua-dua mereka berjaya conceive dalam waktu yg hampir dkt.
Dan kedua-dua mereka meletakkan gambar scan!

Subhanallah, kebetulan yg aku rasa sangat meng impress kan. Juga di postkan dalam lebih kurang waktu yg sama.

Apa pun tuk Hikari, juga Mar, Kekda doakan agar semuanya selamat.
Doakan kami juga menyusul kemudian nati :)

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers