Friday, September 11, 2015

# blog # kawan

Stat Blog

Saja tengok2 stat blog ni.
Memang viewer setiap entry agak ramai berbanding kebun stoberi kat 'sebelah'.
Walau sini entry nya agak sendu tp viewer agak meriah.

Tapi, idak lah viewer macam "wow!" sangat pun.
Cuma kata orang tu at least ada.
Harap2 apa yg kawan2 semua cari ada jawapannya.
Maaf juga kalau jawapan tak seperti yang dikehendaki.
Tapi, apa yg buleh saya share, saya share kan bersama.

Idak la beratus ribu viewer nya pun kan.
Tapi, ye lah.. ada jugak la viewer nya.
Paling banyak - tanda ovulasi.
Then entry susu kambing. Yang ni sebenarnya takde isi sangat. Kesian pulak pada yg mencari perihal susu kambing tapi ter masuk ke entry situ.
Entry HSG. Okay lah tu. Ada pengalaman sendiri di situ. Tips nya - rileks saja masa buat HSG. Jangan fikir HSG sakit.. tenang2 saja okay.
Then entry klinik Dr Hamid. Oh, ramai agaknya nak buat appointment di situ. Dr Hamid ni nak jumpa dia for the 1st time je lambat. Lepas tu laju ja. Worries not :)
Oh. Berkaitan Dates Pollen pun orang carik. Hihi. Saya pun tak consume dah. Masa gi umrah pun saya tak beli. Sebab saya mmg tak makan. Baik toksah. Membazir je kang.
Entry susu Anmum. Yang ni pun saya tak consume. Tunggu lah bila dah pregnant nanti. Baru consume balik.
Entry BBT - ni takde info sangat ni. Kesian pulak pada yg mencari. Maaf... :(
Entry Ustaz Kazim pun hit jugak. Ini saya dengar sendiri dalam rancangan Kalau Dah Jodoh. Jadikan motivasi untuk kita ya.
And then entry berkaitan laparoskopi. Sebenarnya nak buat banyak entry pasal laps ni. Tapi, tu lah.. dulu asyik malas. Terus tak terbuat.

Dulu entry saya ada komen. Tp sekarang saya disable. Ada sebabnya. But still, kita boleh berkomunikasi thro emel n w.app. Just emel me : idaramli2011@gmail.com :)

Apa pun, bebaru ni ada orang tegur kat emel.
Saya pun dah lupa bila saya kenal dia. Lupa sesangat. Ya Allah, teruk sangat perangai kan.
Tapi, saya terus sebak n nak menangis bila dia tulis ni

Subhanallah...
Moga segala apa ditulis baik dalam blog ni atau pun blog satu lagi menjadi manfaat berterusan....

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers