14-4-2011.
Aku pun tak sedar, rupanya ari ni genap 2 tahun 4 bulan kami berkahwin (dan genap juga umur ku 31 tahun 4 bulan). Kebetulan yg cantik skali.
Makanya spti yg dijadualkan aku ke LPPKN, Jalan Raja Laut.
Dari umah cam waktu biasa nak pegi opis, dlm kul 7.30 camtu. Paking di Maju Junction smpai dlm kul 7.45pg. Mmg dkt banget ngan umah aku kan. Sepelaung je. Jalan kaki sket dari Maju Junction tu. Smpai LPPKN terus naik tgkt 6. Naik lif ngan org yg pakai baju batik. Maklum lah, ari Khamis kan. Kut tak, ngan aku skali berbaju batik. Mujur cuti. Ahaks.
Smpai trus ke kaunter, akak2 yg duk kat kaunter dgn ramahnya suh letakkan IC dan amik no. Orang pun masih tak ramai time tu. Us dpt no ni:
Tk lama peh tu dia panggil utk register suma. Masa dia tanya date kawen, laju je aku jawab dgn kompidennya. Ate' tak kompiden ker, da sama ngan date befday aku. Hihi.
Akak kat situ kata 'ha, bagus ni, mesti buleh cpt dpt anak, ceria je. Ada stgh tu baru daftar je da muram je'. Ye kak, saya ni mmg ceria orangnya, tp tah pesal tak dpt2 lagi anak ni. Hihi. Idak la aku jawab camtu kan.
Tp derang kat kaunter ni mmg friendly. Datang sorang lagi, 'eh, cantiknya tudung awak dik....ada bunga2 cemni, beli siap ye dik?'. Aku angguk je la..takkan aku nak cakap "Ariani ni kak....yg Wardina modelnya tu kak.. mmg la cantik". Miahahhaha... tp bes. Oke je derang.
Dan suami kena naik tgkt 7, wat sperm test. While me dpt fail gi letak kat bilik blkg. Then ada nurse panggil, amik berat dan tinggi. Weh, giler kentang....berat aku da 50.05kg. Giler!.. Tidak..tidak... dulu nak cecah 40kg pun payah. Ptt la rasa mcm tong gas je skang ni. Giler! Lps tu dia survey sket. Tnya pasal background kesihatan keluarga, hubungan bersama suami, 1st time period dsb nya lah. Tkde menda pun. Then tggu la suami turun balik.
Tunggu punya tunggu tak teturun laki aku ni. Motip? Da dkt sejam okeh. Dia naik dlm 8.30, dkt 9.30 tak turun2 lagi. Then dia call. Buat hal tul la laki aku ni. Terpaksa aku plak aku naik atas. Ceh!!!.. tp takpe la, setidak-tidaknya aku tau keadaan kat atas tu cena. Ahaks. Da rupa hotel pun ada. Siap ada toilet suma tpt tu. Hihi. Hai la hai...suami... suami.... bikin malu je kat pakcik pembantu makmal tu (agaknya la kut.. mandai je aku kasik jawatan dia).
Lps tu turun balik, suami lak kena soal selidik. Then nurse tu suruh kiterang makan dulu. So, turun jap la tgkt 2. Tetengok da ada lauk lunch. Kuwasa lah kan. Minum jer.
Bila naik atas balik, tggu jap, nurse panggil utk amik darah. Then dia gitau gak result sperm test tu. Alhamdulillah, sihat sumanya sperm yg ada (dah ko sihat, aktif bergerak, kenapa ko taknak bertemu dgn telur itu?? eiiii).
Lps tu dia suh buat appmt utk HSG. Errkk... selaju ini kah prosedurnya? HSG ni kena buat before 3 Mei. Sbb nxt appmt utk amik darah adalah Day21 iaitu 3 Mei. Dia bagi pilihan nak buat kat Tawakal atau pun tpt lain. Aku rasa aku nak buat kat Tawakal lah. Dkt je ngan umah aku. Tp tgk cena la kan. If penuh payah gak. Dah tu kira dlm nxt week la buat HSG tu. Nxt week aku nak o/station plak. Hurmm... tp bleh adjust kut.
Maka ini lah appointment nya. Hurmm. Tk pernah terlintas di pikiran utk buat semua ni.
Amik darah kali ni asben n wife, tp yg masa Day21 tu amik darah wife je. Uhuks... tak sker. Aku ni sebenarnya penakut tau nak cucuk2 ni. Retu masa amik utk test HIV pun rasa mcm lemah lutut je. Pulak yg ni. Aku rasa mcm byk je dia amik. Nak penuh picagari tu. Nurse tu kata 'tkpe, puan kuat'. Aku rasa nak gelak pun ada. Dia pujuk mcm aku ni budak plak. Tp oke la...nice je nurse tu. Dia kata lagi, nati kalo pregnant lagi la...tetiap bln amik darah. Yallahh... uwaa..... Tp demi anak, ko tempuh juga lah. Ni pun masih terasa lagi tpt cucuk tu. Huhu.
So, utk 1st time ni. Ini lah bilnya. Patut RM200 je, tp sbb asben tatau jenis darah kena la tmbh RM5. Boleh camtu kan, da umo lebih 32 thn pun still tatau darah apa dlm badan. Heh!
Begitu lah adanya. Aku tnya gak perihal claim. Nurse tu kata, segala resit simpan, sbb nati kemudian boleh claim. Mungkin after jumpa doktor nati kut. Sbb aku baca dlm borang tu, kena ada pengesahan doktor yg merawat, baru leh claim. Oh. Aku dpt Dr Ghaffar (Papaya..kita share doktor.. hik hik). Nurse tu kata "tkpe, Dr Ghaffar oke". Harus la dia kata ok, takkan dia nak kata tak oke plak kan. Aku napak jugak Dr. Hamizah. Nice juga napak org nya.
Jadi 1st day kami berjalan lancar. Kul 11 pagi kami da keluar dari situ. Pegi ke Sogo. Makan.
Gmbr aku makan harus ada, tp takmo bubuh. Da gumuk cam tong gas ni, tkmo bubuh. Ptt la semuanya baju mcm nak pecah skang ni. Ayok....diet..diet...
p/s: Bila smpai sini, kita tau, bkn kita keseorangan dlm menjalani masalah ni. Err...ada yg dtg pada hari yg sama semalam?? hik hik :D
p/s: Bila smpai sini, kita tau, bkn kita keseorangan dlm menjalani masalah ni. Err...ada yg dtg pada hari yg sama semalam?? hik hik :D
8 comments:
bestnya kekda dah memulakan langkah,eka je di takuk lama lg...smoga ada hasilnya pasni...best la umah kekda dkt dgn sgala kemudahan.kalu eka kena ulg alik naik belon la kot...kene kumpul duit manyak2 ni...hmmmm...cedapnya sizzling tu kekda...terliur canne ni???
Eka :
Tkpe Eka, nati da balik sini boleh buat. Atau masa Eka cuti pun buleh buat. Cuti bln 12 tu nati buleh buat. Sementara tu dptkan info. Sbb kalo kat LPPKN laju sket prosedur dia.Pehtu nak buleh smbg buat kat Sarawak.
Sbb procedure dia rapat2.. takkan Eka nk pegi balik kan. nati stress lagi ssh plak.
Ha...takde poblem kan?? Everything goes well kan??
sronok bca kisah kekda (ehh..tetiba ikut eka pggl kekda gak) hahaha
Fika :
Hihi... buleh je panggil Kekda. No hal lah. :D
hai kekda:) hihi.ooo nak wat hsg ye..goodluck dari ummi.xde apelah inshaallah xsakit munye...xoxo
Ummi:
Hai ummi :)
Macih yer Ummi.. harap2 mmg tak sakit yer :D
pn stoberi... doctor ghaffar mmg ok... very friendly and sangat ceria ... lady pun doctor ghaffar gaks :)
Lady :
Owh..ramai yg dpt dr ghaffar kan? napak cam bes dia. Alhamdulillah..
tp rasanya suma dr kat situ bes dan bagus kan?
Moga ada la rezeki utk kita. :D
Post a Comment