Thursday, April 7, 2011

# rancangan TV

Semanis Kurma : Rajuk Jiwa, Menanti Permata

Memang kami jarang2 tgk TV9. Jarang sgt lah. Ada tak ada pun waktu ari Sabtu n Ahad je. Nasik lemak kopi O kan.
So, mlm ni tah cemna my dear ter tekan tv9. Tgk HIP katanya. Tp lps tu trus ada rancangan Semanis Kurma. Aku mengaku, aku tak penah pun tgk rancangan ni. Sekali tajuknya
Rajuk Jiwa, Menanti Permata.
Aku terus mcm eh, kebetulan plak.

-Allah tak menguji kita, selain dia tahu kita berkemampuan utk menghadapinya (sebagaimana entry aku sebelum ini)
-Koreksi diri. Mungkin ketika ini bkn masa yg sesuai utk kita menjadi ibu dan bapa. Allah tahu apa yg terbaik untuk hambaNya.
-Tak semestinya takde anak kita tak bahagia. Anak itu adalah anugerah Allah.
-Kepada sahabat handai/kaum keluarga, jangan lah tanya soalan yang menyakitkan hati. Cuba letak diri kita sekiranya berada di tempatnya.Bagi kata-kata semangat

Itu antara pengisian yg aku dpt. Panel dijemput Sharifah Shahora yg dah kawen 2 thn 6 bln (lebih kurang aku lah) dan sorang kaunselor perkahwinan.
Sharifah Shahora; kerana dia mengalami sebagaimana kita, jadi aku amat2 memahami perasaannya. Dia kata pada awal tahun perkahwinan, dia tertekan. Cara dia menjawab soalan yg kata dia mandul dsbnya. Katanya dia seorang yg outspoken (same as me...ngeeee). Jadi kalo ada soklan yg agak baik, makanya jawapannya baik, tp soklan sindir2 (macam yg kata ko tak reti main la ni) harus dijawab dgn jawapan yg seiring dgn soklan tu. Huhu. Tp biasanya kita ni terkedu kan. Tak reti nak jawab macamana.

Lagi kata ustazah tu, jgn terlalu pressure, cari menda lain yg menggembirakan kita. Mcm luangkan masa bersama suami selalu. (ha...ini mmg feveret lah kan, kiterang  mmg salu gi jalan2. Thn ni je tetiap bln jalan-jalan. Bln 4 ni tgh plan nak kemana. Bkn sbb bajet terlebih, tp tu lah..utk menggembirakan hati sendiri).

Tp lagi kesian pada Pn. Nor tu. Dia call la. Smpai teresak2 dia bercakap. Mula tak paham. Rupanya dia nak gitau yg mak kandung dia pun salu bagi tekanan pada dia. Asik tanya pasal anak. Kan..bila kita pikir susah, ada org lebih susah. Aku bersyukur la sbb mak, family rapat, tak penah tnya pun pasal anak. Same goes to family in law. Mak mertua tak pernah persoalkan. Kadang aku je yg jauh hati. Mak mentua aku rilek je cakap 'takpe..blum rezeki'. Smbil tu dia carik2 gak akar2 kayu utk kiterang makan. 

Dan diakhir rancangan, ustazah selitkan ini :
-Jangan putus asa, jangan putus doa
-Ikhtiar boleh, tp jauhi khurafat.
-Banyakkan amalan bersedekah, puasa sunat, solat hajat dll
Doa
-Al-Imran ayat 26, 27 & 38
-Al-Anbiya ayat 89.
(ada di entry awal aku dulu- sini)
Oh. Di awal rancangan ustazah juga menyelitkan agar kita amalkan Surah Al-Furqaan ayat 31. Utk jauhkan segala kesulitan. Baca la lepas solat. Jadikan zikir.
Jadi, jgn terlalu sedih. Pasti ada hikmahnya. Sabarlah.... :)

6 comments:

antuawe said...

itula. sebenarnya kalo difikirkan, ada lagi org lagi sedey/derita dari kita.

tp alhamdullillah, famili aku sndrik tak penah nk tanye, mak langsung tak tanya. member2 ofis sume paham. cume meber2 belajar mulut sedikit cabul.

cume tak tahan, famili husband, pergh la mulut. layak kene cili. smp kalo balik sane, warning husband siap2. kalo dgr mende2 tak sedap kat telinga, aku nk balik on da dot. tak kira!

PuaN su SU said...

haaaa...macam mana su boleh tak tengok nie...padahal time iklan mmg dah kata nak tgk hu hu hu...tertido coz kepenatan kemas beg nak balik kg malam nie...hu hu hu................

siapa yg tanya2 persoalan yg menusuk kalbu tue...mmmg la dia lupa kuasa tuhan....ALLAH lebih tahu kan apa yg dia rencanakan dalam hidup kita...

moga ALLAH permudahkan urusan kita...amin

bettyshah said...

tq kak, coz share kan benda ni...

kdg2 tu mmg diri sendiri +ve tapi bila berhdpan ngan org2 yg -ve, pkran pon tetiba akan jd -ve..tapi saya sabar w/pon hati saya menangis.

saya doakan yg terbaik buat kita semua...amin insyaallah

honeylily said...

terubat hati seketika,
bak kata ustazah,Tak semestinya takde anak kita tak bahagia. Anak itu adalah anugerah Allah..
Bak keluhan hati saya dalam blog ~
"Sedangkan aku merasakan hidup aku terlalu indah, lengkap dan istimewa walaupun aku belum dikurniakan sesuatu yang amat ku rindukan..
Alih-alih, mereka yang menafsir sendiri..membuatkan keputusan bahawa aku tak boleh menjadi manusia yang gembira sebabkan kekuranganku yang satu itu?"
Ade orang tu anak ramai pun tetap tak gembira dan bahagia macam aku(ayat menyejukkan hati ni)..hehhe..

Fika Ashikin said...

salam..
saya sedeh sgt..terlepas nak menonton semanis kurma semalam..mmg saya tgk rancangan tu selalu..tp entah mcmna semalam ter miss pulak..pagi tadi bkk fb baru baca membe anta komen soh bkk tv9..aduii..rugi2!!!

fathy amany said...

sangat sedih...bab2 conceived ni mmg sensetip huhuhuh...alhamdullilah dpt husband yg underanding tapi jiwa ttp sedih bila tgk org carry bby,preggy huhuuhhu

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers