Bila kita ni dah kenali sbg TTC'ian, dan ttiba berjaya conceive, mmg pelbagai reaksi orang kita akan dapat.
Saya listkan beberapa reaksi sepanjang tempoh kehamilan ni.
Mostly ada yg bergembira. Reaksi yang menyenangkan hati saya.
Tetapi, ada juga yg melukakan hati saya.
Sedih, sebal saya dibuatnya. Tp sbb kan perempuan tu mmg perangai nya macam tu (hinggakan rakan seunit dia pun kalau boleh nak tukarkan dia), maka saya sabarkan hati saya sendiri.
Situasi di lif ketika itu, dia keluar lif dan saya pula sedang menunggu lif naik ke pejabat dia.
Hening ketika itu (waktu lunch hari Jumaat - orang rehat awal dan kaum lelaki pergi solat).
Dia nampak je saya terus dia kata "eh, dah mengandung yer"
Saya mula tak selesa.
Beberapa kali dia bertanya.
Terus saya katakan "cakap Alhamdulillah je lah kak..."
Memang saya terluka. Kata-katanya seolah saya ini tak boleh conceive selamanya. I cursed u women.. (Ya Allah tak baik nya saya.. tapi saya terluka). Ini lah reaksi orang yg pertama saya bebetul terhina.
Lps saya suruh dia cakap Alhamdulillah, still dia tak cakap pun Alhamdulillah.
Dari reaksi dia, mmg nampak bukan macam orang lain.
Takpe lah. Kan dia pun memang tak disukai rakan sekerja di deparment nya sendiri.. Melihat sendiri di dalam meeting bossnya menolak dia seperti bola, melelong bertanya siapa yg nak, memang pedih hatinya kalau dia tahu diperlakukan seperti itu.
Memang perangainya begitu. Maafkan saja dia.
Doakan agar dia tidak busuk hati dengan hati kita. Terkadang, menda kegembiraan ni boleh jadi sakit hati pada orang lain walau tidak ada kena mengena.
Masa awal awal ada yang acah acah macam dah tahu.
Sengaja ucap "tahniah..tahniah"
Tapi, bila ditanya tahniah untuk apa, berdalih pula.
Bila baby dah menonjol, ramai juga yg terus bertanya "berapa bulan, check up di mana, bersalin di mana"
Takde pula yg kata "eh, dah mengandung..."
Rasa terhina.. sungguh. Macamkan melawan takdir Allah. Melawan ketentuan Allah. Sepanjang hampir 7 tahun kami redha, tapi orang lain yg dah tentunya bukan sesiapa pun hubungannya pula yg terus merasakan gelapnya hidup kami dan selamanya akan begini.
Allah tahu apa terbaik untuk kita, kak.
Ucapkan lah kesyukuran utk saya. Atau setidaknya percaya lah dengan Allah apa tentukan
Sememangnya majoriti akan mengucapkan Alhamdullilah bila tahu. Bersyukur dengan kebesaran Allah. Tapi yang seorang tu memang aku tak boleh lupakan. It's hurt kak.. very hurt....
Takpe ibu... disekeliling ibu ni semuanya memahami.
Semuanya mengambil berat. Takde yang sinis.
Dia bukan dekat dgn ibu. Dia tak bekerja dengan ibu.
Lupakan lah apa terjadi.
Ibu mesti sentiasa gembira.. ibu kan kuat... :)