Dah 2 kotak (650g) aku consume Anmum Materna.
Perisa coklat.
Memula tu beli kat Carefourre. Dpt rega murah. Ada promotion.
Org tu suh minum 2 kali sehari. Tp aku minum pagi je. Cukup lah tu.
Susu ni lebih elok kalo minum ngan air sejuk (air sejuk biasa, tp kalo air sejuk peti ais pun buleh kot), tp aku tak boleh blah kalo minum ngan air sejuk semata. Boleh menyebabkan kejadian tak diingini di pagi hari. Jadi aku suam suam kuku.
Oke la susu ni. Takde la 'suck' sgt rasa dia.
So, aku continue dgn kotak kedua. Kalo minum sekali sehari, tahan la sebulan. Tu pun ada gak aku 'sengaja' malas nak minum.
Dah 2 kotak ni, aku nak terai minum Mamil Mama lak bulan ni. Kebetulan pun Jusco bagi diskaun. Dari rega RM34.90 dapat berapa tah. Lps tu aku tgk dpt free bantal leher tu plak. Eh. Cam bes je. Maka beli. Hihi. Yer, barangan free juga adalah salah satu faktor yg boleh menyebabkan pengguna lebih tertarik.
Taktau apa rasanya sbb tak minum lagi. Sebenarnya kandungan nutrien dlm Mamil Mama beza sket berbanding dgn Anmum Materna. Which kalo pregnant kena minum 3 gelas, and Anmum Materna kena minum 2 gelas shj.
Utk aku yg TTC ni, ah. Minum satu gelas pun dah rasa cukup bagus dah. Huhu.
Susu ni bkn la nak bagi senang mengandung, cuma, kalo tetiba mengandung, maka segala nutrien yg diperlukan dah ada dlm badan. Sbb aku ni mmg la susah nau nak minum susu. So, dlm susu ni dah ada segala asid folic. Takyah la nak telan pil2 tu. Jadi, dpt seme nutrien esp kalsium.
# err..aku lupa samada aku beli regular or fine cocoa. Kalo regular...pitam nak telan pepagi. Oh.....