Friday, December 11, 2015

# dr natasha # pregnancy

11.12.2015 : Appointment Doktor Minggu 13

Hari ni appointment last dengan Dr Tasha.
Dah plan nak bagi sedikit buah tangan.
Utk Dr Tasha bagi sepasang batik crepe. Kain yang belum dibuat baju.
Beli masa promosi seni taman kat office.
Blue color sbb rasa macam Dr Tasha minat biru je.
Selalu dia pakai kaler biru.
Utk nurse & staff bagi cheese tart.
Order dari bakers area Gombak.

Appointment jam 10 pagi.
Sampai pun just nice 10minutes to 10.
Parking pun ada kat Wisma Perintis. No need to mencari tempat lain.
Last appointment tu hari kena pergi parking kat building belakang tu.
Jenuh berjalan.
Naik lif skali ngan Ezlyn penyanyi tu lak. Ingat dia nak gi tingkat 6. Hehe.

Masuk terus cakap ada appointment.
Klinik pun sunyi. Tak ramai orang.
Beza sungguh masa bulan 8, bulan 9. Penuh semua tempat smpai takde tempat nak duduk.
Hujung tahun kot. Semua orang pergi bercuti dulu. Stop treatment jap.

Tak lama tunggu. Doktor keluar gi kat kaunter. Pastu dia nampak me tgh duk menunggu kat sofa depan pintu, terus dia ajak masuk. Eh. Boleh eh?
Hehe.
Masa tu myDH turun kat bawah gi toilet.
Doktor suruh msg husband, suruh masuk terus.
Doktor tanya cemna apa semua.
Bagi result yg pi buat NT test tu ari.
Doc tgk, then doc kata semua pun okay. Blood test tak ambik.
Doc pun kata kita ni orang Islam, apa pun result kita redha n terima je kan.
Pastu scan. Hihi. Tak sabau tau nak tgk anak ibu.

Letak je doppler tu terus nampak baby gerak gerak.
Baby aktif doktor kata.

Pastu doktor kasik rasa rahim dah tinggi apa semua.
Takut2 nak tekan.
Bila scan scan, doktor kata macam nampak 'something'
Aiyok.. Haha.
Dah nampak gender iyer... tak segan2 tunjuk kat ibu n ayah ea...
Sbb dia aktif sgt, senang nak nampak.
Apa gendernya - rahsia dulu lah.
Lagipun tak berapa nak kompom kan. Hiks.

Pastu dah scan apa seme, doktor tnya dah booking tempat bersalin.
Cakap dah booking kat UKMSC dengan Dr Kadir.
Dr Tasha kata Dr Kadir nice orangnya.
Oh. Lega dengar.

Since nak travel minggu depannya, tanya terus ke doktor.
Doktor kata InsyaAllah takde apa-apa. Baby IUI biasanya kuat!
Tapi, kena selalu berhenti lah. Supaya kaki tak krem.

Settle seme, tangkap gmbr dgn doktor.
Sedih pula nak tinggalkan klinik ni.
Tempat treatment paling best setakat ni. Dari doktor, nurse, staff semua pun best. 5 stars service ibu bagi kat klinik ni.

Next appointment will be kat UKMSC.
Debar rasa. Hehe.

Kos :
Scanning : RM120.00
Total : RM120.00 (saja doktor tak ambik consultation pun agaknya sbb ini yg last. Thank u doc)
Oh. Masa 1 Dis ada amik ubat duphaston. MyDH je pergi ambik. Kos RM70.00

Secara keseluruhan total cost di KL Fert adalah
-IUI : RM4,486.40
-Pregnant : RM1,927.00
Total : RM6,413.40

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers