Friday, April 13, 2018

# new month # tahniah

April, Syaaban Dan Tahniah Yani

Dah tgh bulan baru berkesempatan say Hi April.


Nampaknya penulisan di blog ni makin merudum ya.
Dan 18hb April, masuklah kita pada bulan Syaaban.
Yang menandakan kita hanya sebulan untuk ke bulan Ramadhan.
Puasa dah habis ganti yong?
Hehehehe.

Oh ya, di kesempatan ini mak Rizq nak ucapkan tahniah pada adik TTC mak Rizq iaitu Yani Batik Pink (mesti ada kalangan TTC'ian yang mengenali Yani, kan) atas kelahiran anak pertama beliau pada hari Jumaat penuh barokah - 6 April 2018 bersamaan 18 Rejab 1439. Baby boy.
Hadiah dari Allah yang dititipkan setelah 7 tahun usia perkahwinan.



Sabar itu indah, kan?
Diuji dengan pelbagai dugaan dan kegagalan (dia pernah gagal IUI).
Kemudian Allah kurniakan rezeki secara tak terduga.
Ya, dia conceive secara naturally.
Itu lah dinamakan Allah sehebat - hebat perancang.


Buat sahabat yang masih menanti.
Teruskan berdoa.
Tambahan pada bulan2 yang dinantikan ini.
Bulan yang penuh barokah. Bulan yang doanya sangat mustajab.
Minta la sesungguh-sungguhnya.
Allah bukan tidak memakbulkan doa kita.
Tapi, Allah memberi pada waktu yang terbaik utk kita.
Percaya lah :)


MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers