Tuesday, August 2, 2011

# motivasi

Kita Mampu

Manusia Itu Diuji Sesuai Mengikut Kemampuan
Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

Pengasihkan Allah? Allah itu tidak sekali-kali akan menzalimi hamba-hamba-Nya dengan memberi kita ujian-ujian yang melebihi tahap kemampuan kita. Tidak sekali-kali.
Namun begitu, mengapa ada masanya, perasaan 'tidak mampu' itu muncul dalam diri kita?
Mengapa kadangkala, kita rasa seperti diri kita telah direnggut segala daya dan upaya?

Bacaan seterusnya : iluvislam

*****
Ini lah kata2 hikmat, kata2 sakti yg aku gunakan bila aku mcm down sesgt.
Bila aku mula tertanya-tanya why me? why me?
Mengapa aku yg di duga. Mengapa bukan dia, mengapa bukan mereka? Kenapa aku?

Bukan sejak aku diduga dengan lambat dikurniakan zuriat ni. 
Tp sedari dulu,
sedari aku dapat result kurang baik berbanding rakan2 semasa SPM. Tp Allah Maha Mengetahui, hikmahnya semasa di U - keputusan setiap sem agak cemerlang hingga dpt maintain pointer yg mmg menggembirakan hati.
Sedari aku masuk keja yg menggunakan post diploma saja sedangkan org lain da naik gred. Tp akhirnya Allah bagi juga rezeki aku utk naik gred dengan degree aku.
Cuma yg belum aku temui hikmah (mungkin ada, tapi tak terperasan) hingga skrg adalah bilamana ayah aku meninggal 6 thn dulu. Just that 1. Hingga kini aku masih tertanya tanya kenapa ayah aku meninggal secara mengejut. Mengapa ayah aku?? mengapa bkn ayah org lain sedangkan ayah aku sihat.

Dan jawapan paling meyakinkan adalah -
Allah menduga hambaNya kerana Dia tahu hamba dipilihNya itu boleh menghadapi dugaan itu.

So, kawan-kawan,
Jangan kita rasa diri kita malang kerana dugaan ini, kerana kita adalah insan terpilih.
Yang tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan ini.

Jangan sesekali kita rasa lemah dgn dugaan ini, kerana di luar sana ramai lagi yg lebih bernasib malang dari kita.
Yang persiapan rayanya entah bagaimana, yg tidak pernah punya harapan utk berbaju baru di hari raya sedangkan kita ada berpuluh puluh pasang menanti. Yang tidak pernah memikirkan soal kuih raya, sedangkan kita tgh duk pulun menempah kuih itu ini pada rakan2 seopis.
Yang tidak pernah bertukar ganti kasutnya, sedangkan kita belum sempat koyak sudah mengacu acu kasut baru yg sesuai dgn kaki di Vincci, di Primavera.
Yang kehilangan tiga anak sekaligus ditimpa bencana secara tiba-tiba.
Yang baru riang gembira bersama anaknya mlm itu, tp pagi itu tiba-tiba dilanggar bapa secara tak sengaja.
Yang gembira menerima berita hamil, pulak anak yg bakal dilahirkan kembar, tp akhirnya bila smpai masa, ajal terlebih dahulu menjemput baby baby tu.
Yang gembira melihat anak dilahirkan, tp malangnya dia tak sihat mcm org lain.
Yang terpaksa membesarkan adik adik kerana ibu bapa terbunuh dalam kemalangan.
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa terbaik untuk kita.
Jika kita pikir, kita malang, ramai lagi di luar sana yg bernasib lebih malang. Untuk seketika, jangan pandang org rezekinya lebih dari kita, kita lihat org yg lebih sengsara dari kita, yg tetap tabah menghadapi dugaannya.

Moga Ramadhan ini akan terus membawa kekuatan untuk kita.
Berdoa dan terus berdoa.

14 comments:

Fika Ashikin said...

kekda...thanks 4 sharing :)

Wazie Wahidah said...

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapannya.

"Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar, nescaya akan aku ganti dengan syurga". (al-hadith)

"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik2 tempat kesudahan". (Ar-Rad:24)

sumber: La Tahzan :)

Nor Suhada said...

moga kita diberi kekuatan untuk dugaan ini...

moga kita makin dekat dengan ALLAH..

amin

Nadt said...

sentiasa kuatkan hati dan semangat. fikir positif. Insya-Allah..

mahujadiibu said...

semangat di pg hari...thanks kak reen

chinta... said...

mm..terus bersemnagat bila baca n3 ni..tima kasih dear..

~ JD said...

sentiasa bersangka baik. insyaAllah, ada hikmah disebalik dugaan nie. pikir +ve. suke entry nie :)

puanstoberi said...

Fika :

Welkam.
Sharing is caring is loving.

puanstoberi said...

Wazie :

Thanks sudi tempek kata2 motivasi yg pjg itu. Moga dpt jadi panduan utk kami2 :)

puanstoberi said...

SUSU :

Moga itu lah hikmah nya Su :)

puanstoberi said...

NADT :

Insyaallah... :)

puanstoberi said...

JULIE :

Welkam dear :)

puanstoberi said...

CHINTA :

Moga kita terus bersemangat..
welkam darl :))

puanstoberi said...

~JD :

MMg seme dugaan ada hikmahnya. Sbb tu Allah pilih kita. Bkn seme dpt nikmat camni kan :))

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers