Friday, August 26, 2011

# emosi

Perasaan Di Hari Raya

Dalam keseronokan utk berhari raya.
Terselit satu perasaan.
Perasaan yg mmg tak diundang.

Kadang-kadang terpikir utk tidak pergi beraya ke rumah sedara mara.
Kadang-kadang terpikir utk duduk di rumah saja menonton tv.
Kadang-kadang terpikir mahu menyorok saja di dalam bilik sekiranya ada yang bertandang ke rumah.
Dan aku terpikir juga utk tidak turut serta bersolat hari raya.

Hanya kerana aku takde jawapan utk diberikan bila ada yang bertanya
'eh, takde apa-apa lagi ke?'
Aku takde jawapan juga bila mereka bertanya
'bila lagi nak ada anak'.

Aku tak tahu utk memberikan reaksi apa apa.
Kali ni mungkin cukup dengan senyuman sekiranya ditanyakan soalan itu.
Walo sebenarnya perasaan lain yg mengetuk ngetuk hati, yg memungkin mulut memberikan jawapan yang menyakitkan.

Dan aku juga tidak mahu sebal melihat anak2 sedara ku mengendong anak masing-masing.

Kerana ini tahun ke3 kami beraya bersama.
Tahun pertama dulu pun dah ada yg bertanya.
Tahun kedua terselamat kerana aku di Pahang.
Dan kini, aku terpaksa mendepani semula saudara mara ku.

Aduhh... sungguh aku tak suka perasaan ini.
Image : Here

Kerana ini lah. Hari Raya tidak sepenuhnya menggembirakan aku.

Ya Allah..moga dijauhkan aku dari soalan itu.
Ya Allah.. moga doakan saban waktu di bulan yg mulia ini dimakbulkan oleh mu walo aku tahu mmg aku tak ketemu dengan Lailatul Qadr itu.

6 comments:

Zana Adieyza said...

Kekda,zana pun risau ttg soalan tu.. tahun ke 2 bersama suami.. tahun pertama biasa jer mungkin sebab baru sebulan kahwin, tapi bila tahun ke 2 ni, rasa takutttttt sangat dgn soalan tu..

semoga kita semua terus kuat kan kekda.. doakan agar hari raya ni kita lebih tenang hendaknya..

::EIDA:: said...

Sama la.. tahun ke2 beraya bersama.. Akan tempuh soalan soalan 'mati' tu.. Sakitnya hati ! Tapi RAYA harus gembira kekda....

Jawab ini bila diaorg tanye *Awak tu, doakan lah saya cepat cepat dari awak tanya itu ini*

Sure diaorg terdiam ! HEHHEHEHE~

"SELAMAT HARI RAYA!"

greener pastures said...

i paham perasaan u.. sbb i pun sama jugak.. sabar yeh? esok lusa, allah akan perkenan-kan doa u..

salam kenal

-reen-

TiNie said...

sbr ye kekda..sokong apa yg eida comment..mesti dorang akan terdiam bila akak ckp mcm tu..slmt hari raya kak..maaf zahir batin~~

Ayien Azreen said...

ini tahun ke-6 aku kena hadapi situasi ni... mencik... but life must go on kan... cam biasa dah siap sedia ngan jawapan laser untuk soalan2 laser tuh... ngeee...

~ JD said...

senyum/pura2 xdengar aje. soalan setended tiap2 tahun.moga kita kuat.

selamat hari raya ! :)

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers