Monday, August 8, 2011

# IUI

Peluang Dengan IUI

5 kali guna IUI tapi belum berhasil

SAYA berumur 33 tahun, sudah berkahwin hampir enam tahun dan tiada anak. Saya pernah melakukan rawatan IUI sebanyak lima kali tapi tidak berjaya.
Suami dan saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan manakala kiraan sperma suami dilaporkan baik.
Saya juga tiada masalah cuma menurut doktor, serviks saya senget dan susah untuk memasukkan sperma ke dalam rahim. Banyak duit sudah saya belanjakan dan kini, saya kesempitan wang, tetapi terlalu inginkan anak.

Doktor menyuruh saya membuat rawatan IVF, tetapi saya tidak mampu. Apakah saranan doktor? 
****

PELUANG kehamilan dengan IUI adalah sekitar 10 peratus bagi yang mengambil pil kesuburan dan 20 peratus bagi yang mengambil suntikan kesuburan, itu pun bergantung kepada penyebab tambahan masalah kesuburan wanita dan pasangannya serta bilangan percubaan IUI terbabit.

Peluang di atas lazimnya benar bagi setiap percubaan sehingga ke percubaan IUI ketiga saja. Apabila memasuki IUI keempat dan seterusnya, peratusan kejayaan IUI dilaporkan lebih rendah dan doktor lazimnya akan menilai semula dengan lebih lanjut kerana mungkin ada faktor tambahan tidak dikenal pasti sebelum itu, lebih-lebih lagi dengan tempoh mencuba yang anda tempuhi.

Jika ia hanya berpunca daripada masalah serviks yang senget, IUI lazimnya dapat membantu untuk hamil lebih awal lagi. Kedudukan serviks senget boleh memberi petanda penyakit tertentu, malah lebih signifikan daripada kedudukan rahim ke belakang.

Anda mungkin ingin berjumpa pakar sakit puan yang mendalami bidang rawatan kesuburan selepas ini. Lebih elok jika anda turut membawa rekod perubatan atau salinan keputusan ujian yang pernah dijalani agar ia tidak perlu diulangi.

Terdapat badan yang memberi peluang bantuan rawatan IVF secara percuma sebanyak dua kali, tetapi hanya setelah memenuhi syarat tertentu dan bergantung kepada kedudukan tabung kewangan yang ada.

Anda mungkin pernah mendengar mengenai Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF). Terdapat juga pusat IVF yang secara amnya menawarkan IVF pada kos yang lebih rendah seperti di universiti tempatan atau hospital kerajaan tertentu. 

**kredit : Metro

  • Persoalannya :Bukan IUI disarankan buat 3x je ke? Ke mmg leh buat banyak banyak kali. Tak silap aku (kalo silap sila perbetulkan), LPPKN pun dia buat 3x je. If tak menjadi mmg dia sajes IVF.

9 comments:

chinta... said...

setahu chinta iui sampai 3 kali je...tapi mungkin dia buat kat private hospital kot...kalau bawah kerajaan smpai 3 kali je...kalau x berjaya dr akan suggest ivf..tapi x tahu la reen kan...

myazara said...

iui......ivf......baby.....jgn marah ya kekda saja nk wat suspen...

~ JD said...

a'a 3kali.lps tuh terus ivf. tp byk kali gaks denga org buat 6-7kali before proceed ivf. depend doktor/hosp kot

eKa said...

kekda...eka kan rasa cam nak amik ank angkat je...ok ke...tau tak prosedur canne amik ank angkat. seram pula bila masuk blog ttc kene rodok itu ini...eka ni asal masuk spital gigil satu bdn

fathy amany said...

ermm..
sikit jgk ye chances iui ni
ivf plak mahal tahap dewa..

puanstoberi said...

CHINTA :

Tu la pasalnya. Apsal plak dia buat lebih 3x kan. Uh.. takottt..

MYAZARA :

Hihi. Takde marah.. tp terpikir adakah kita ni kena gak lalui prosedur tu. Sgt la nak dielakkan.

puanstoberi said...

~JD :

Mebi hosp private kot leh buat byk2 kali tu. Cam LPPKN dia da ckp 3x jeer

puanstoberi said...

EKA :

Anak angkat lagi byk prosedur dia dan agak susah bab hukum Islam, yg paling utama adalah bab aurat. Bkn je ngan kita, tp dgn sedara mara, mak ayah kita, adik beradik kita. Hurmm..

puanstoberi said...

FATHY AMANY :

Oh. Kalo bleh kita doakan lah agar kita tak smpai stage IVF tu.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers