Showing posts with label debunga kurma. Show all posts
Showing posts with label debunga kurma. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Pemakanan : Powder Dates Pollen

6:31 PM 9 Comments
As previous entry, aku ada citer sket pasal cemana pendebungaan kurma ni.
Lps tu ada yg tanya cemana nak dptkan pollen ni.
Ekceli ni aku dpt bersama dgn buah zuriat yg makcik asben beli kat Mekah.
Ni pun takde di kirim, makcik belikan aje.
Tgk kotak cam besar, tp botol dia kecik je.
Mmg tgk macam eh, cukup ke ni nak makan.
Tp nyer kauuu.... mmg amik ujung sudu je nak campo ngan madu/susu. 
Bau dia sangat la.... Err... oke. Cuba sendiri.

Ada aku terbaca yg serbuk debunga kurma ni boleh didapati di gerai2/booth yg jual produk2 Timur Tengah ni. Mcm yg jual kurma, buah zaitun seme tu kot. Kat KLCC kalo tak silap aku ada booth jual menda2 ni, tp skang tatau la ada ke tak. Aku mmg da jarang ke KLCC, byk kedai da berubah. Boleh try tanya kot kalo jumpa kedai camtu. Tp reganya agak mahal kata derang.

 Kotak cam besar, tp botol dia kecik comey je.

 Mug tu bkn saiz mug yg biasa tu. Mug kecik, 
tp kecik lagi botol debunga ni.

 Ada cara makan dia kat kotak. Bahasa Indonesia.


Cara-caranya (spti yang dilekatkan pada kotak) :
1.Ambil 1 sendok madu atau susu sesuai dengan selera (haa...jgn ko pegi amik senduk plak. Penaya nak abiskan kalo guna senduk. Senduk tu sudu yer dlm bahasa kita)

2. Ditambah setengah senduk serbuk kurma, diseduh dengan air hangat dan diaduk sampai rata. Lalu diminum (oke, ditranslate kan menjadi - amik setengah sudu debunga kurma, dimasukkan ke dalam air suam, kacau dan minum).

Tp seriyes,  kalo minum dgn air suam saja mmg tak bleh blah rasa dia. Sangat. Sangat (itu aku ler, my asben oke je). Dan kalo buh madu pun, still tak bleh sbb kalo madu air tak boleh panas sgt sbb nati ilang khasiat madu. Sbb air tak berapa panas la lagi rasa mencabar nak abiskan. Menangissss..
Ari pertama aku buat, aku campur ngan susu kambing + kurma yg di blend. Sbb campur ngan susu - dia tak la rasa sgt. Oke. Bleh minum (walo aku minum seteguk je kut. Aku tak bleh blah plak susu kambing. Haihhh. Susah tol aku ni)
Then kali kedua aku terai buh air suam + madu + kurma blend sket. Haaa..ini yg tak bleh blah. Sgt. Melekat kat tekak oi. Dah la time tu pagi. Nak gi keja. Rasa nak ter meluek balik. My asben dok kata 'ubat.. mmg la tak sedap'. Huwaaa.... demi mu anak, tgk la 'keseksaan' yg ibu alami... ibu tak sker makan ubat nak... tp demi mu anak...

Minumnya 2 kali sehari pagi dan malam.
Bagi wanita, minumnya sesudah haid.
Ha. Begitu lah ditulisnya.


Jadi, pada yg bertanya pada previous entry, harap dapat membantu rakan-rakan sekelian.
Kalo ada sedara mara or rakan pegi umrah boleh kirim serbuk ni.
Cubalah. 
Insya Alloh Barokah Madinah :)

Friday, June 17, 2011

Pemakanan : Debunga Kurma

1:55 PM 18 Comments
Selain buah zuriat, skang ni aku terai gak la dgn debunga kurma. Sblm nak citer experience aku menelan pollen tu (the taste is sooo.... errkkk), meh kita 'gali-gali' dulu citer pasal debunga kurma ni.

Selain itu, debunga kurma juga boleh digunakan bagi meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki untuk pasangan yang sukar mendapatkan cahaya mata.

Allah s.w.t menjadikan buah kurma cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tiada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.

Allah pelihara dan memuliakannya manakala pokok kurma mesti disenyawakan oleh tangan manusia.

Di Madinah hanya orang Arab sahaja yang sanggup memanjat dan turun naik ke atas pokok kurma untuk melakukan pencantuman ini.

‘‘Pendebungaan secara manual oleh manusia dengan mengambil debunga jantan lalu diketuk ke mayang pokok betina,” kata Mohd. Rahof.


Tetiba kan mcm tingat cikbedah kita ada wat entry pasal pokok tamar ni. Maka, aku cut sket amik yg berkenaan. Cikbedah, kekda tumpang 'cut' sket ye.

"Gosok pada tangan dan cium," katanya.
"Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s."
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Dan bagai diceritakan aku pun jumpa cara2 derang mensenyawakan kurma ni. Bleh baca sini :


Aku baru amalkan malam dan pagi tadi. Nati nak citer experience meminumnya. Dan rasa mcm aku ada alergik sket la pada pollen tu (tetiba ter baca semula citer kat blog Irtiyah pasal asben dia smpai ke hospital sbb pollen allergy ni - Irtiyah, kalo google 'debunga kurma', blog yu ranking 1st tau. Hihi).

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers