Last entry bulan 5.
Tiada entry bulan puasa. Tiada entry raya. Tiada juga entry Rizq setahun.
Mula ingat cam eh, kena hack ke apa blog aku ni.
Rasa macam ada buat entry bebaru ni.
Tapi.. siapa entah nak hacked blog ko nih kan.
Macam kan glamer2 nau.
Sekarang dah bulan Ogos.
Tak lama lagi raya haji dah.
Kenangan ni raya haji ni.
2 tahun lepas, sehari sebelum raya haji lah segalanya bermula.
Kejap je kan.
Rizq Iskandar dah menginjak setahun 2 bulan.
Masih belum berjalan.
Tapi, aktif ya amat. Sesaat tidak akan berdiam diri.
Takpe. Aktif tu tanda sihat. InsyaAllah.
Tapi, tidak pula dia terlebih aktif.
Dia tetap ada behave nya.
Kesayangan dan kemanjaan kedua dua keluarga ni.
Esp keluarga saya. Maklum lah, lama dah takde anak kecik dlm famili kami.
Sebenarnya selepas saya conceive dan selepas bersalin, banyak berita gembira yang saya terima.
"kak..sy pregnant kak"
"kak.. sy nak share berita gembira ni.. (gambar upt positif)"
"kita nak share berita gembira ni.. kita dah 6minggu tau"
Dan bermacam lagi.
Dan ramai juga yang dah bersalin.
Alhamdulillah.. pada yg telah bertahun menanti untuk menjadi ibu, kesyukuran kita panjatkan. Sama juga yang TTC utk anak ke2.
Saya lebih terbuka di FB berkaitan ini.
Mana post berkaitan TTC saya public-kan.
Biar ia menjadi inspirasi.
Biar ia juga bukan jadi bahan cemuhan orang lain.
Biar orang tahu, TTC ni adalah ujian utk orang yang terpilih saja.
Tiada sapa tahu kenapa kita terpilih.
Hanya Allah SWT saja yang tahu.
Semalam, ada share post Dr Hamid Arshat (oso my previous gynea - year 2013), dia tunjuk satu lagi pasangan berjaya conceive. Selepas 7 tahun.
Ya.
Saya biasa dengar, TTCian akan conceive pada tahun ke 5, atau pada tahun ke 7.
Kerap la kata orang tu.
Me, masef tahun ke 7.
Tapi, itu kebetulan je pun. Takde lah teori yang mengatakan sedemikian pun. Kan?
Kun Fa Ya Kun.
Bila Allah kehendaki, bebila saja dia bagi.
Saya ingin sebarkan aura positif di kalangan rakan2 TTCian.
Sbb saya tahu, terkadang kita seolah kalah dalam ujian ni.
Melihat rakan2 yang sebok mendaftar akan sekolah, sedangkan kita masih lagi berdua.
Ye. Perasaan itu sukar digambarkan. Hanya kita yang memahami.
Cumanya. Kita perlu positif.
Jangan sesekali down. Kita takde anak bukan bermaksud kita lemah, kita kalah.
Kita takde anak sbb Allah nak tgk sejauh mana kebergantungan kita pada Dia.
Yer. Saya berjaya dapat Rizq Iskandar hasil dari kemajuan dunia sains dalam bidang OnG ini. Tapi, saya sering ingatkan diri saya dan rakan2 lain, ini cuma jalannya. Yang sebenar2 adalah dari Allah SWT. Saya amat yakin dan percaya, doa saya di Tanah Suci, doa saya ketika di Raudhah dimakbulkan Allah.
Kerana itu, disamping treatment, saya akan syorkan rakan2 TTC utk menunaikan umrah. Cubalah. Sy percaya, ramai rakan TTC yg suka travel ke luar negara. Jadi, cubalah kita tunaikan umrah. Mohon lah doa di sana. Dan jangan lupa doakan utk orang lain sama. Masa saya buat tawaf, 7 pusingan tu saya dah tetapkan satu pusingan untuk satu doa. Begitu juga ketika buat saie. Di samping cuba utk solat dan berdoa di tempat2 mustajab (Raudhah, Hijr Ismail, pancur emas).
Tapi, kalau pun masih belum ada rezeki, usah gusar (once saya pun begitu.. dah pi umrah segala pun Allah masih belum makbulkan. Tapi, rupanya Dia nak kita usaha. Selepas balik umrah, ada rentetan yang memang nampak sangat Allah pertemukan jalan untuk makbulkan doa saya).
Kepada yang dah berjaya pregnant, saya doakan semua dipermudahkan.
Jaga diri bebaik. Hugs for you my dear friend (ramai rakan yg kenal dari alam maya)
Kepada yang dah selamat bersalin, Alhamdulillah... teruskan perjuangan untuk memberikan yang terbaik utk our precious baby (fully breastfeeding baby ya.. hihi).
Kepada yang masih belum berjaya.
Worries not.
Dalam grup2 yang saya join, ada yang berjaya selepas 20 tahun, selepas 10 tahun.
Yang penting. Usaha. Usaha. Usaha.
Jangan sesekali putus harap.
Saya sentiasa doakan.
Kita kuat.
Kita adalah TTC fighter!
Kita adalah TTC fighter!
Rupanya saya masih belum update kisah2 pregnant saya.
Okay lah. Nanti saya share lah.
Semua ada dalam draf.
Sementara tu meh saya share gmbr our precious baby yang dah setahun pada 1 Jun 2017 yang lepas.p/s : Feel free to contact me, boleh cari saya di FB - ida ramli (DP gambar Rizq). Atau emel idaramli2011@gmail.com.
Saya sedia berkongsi pengalaman saya dalam journey saya mendapatkan Rizq Iskandar :)