Sblm menulis, ini ada disclaimer sket yer kengkawan. Apa yg saya tulis ni adalah hasil dari pembacaan saya dari buku2, dari internet. Sekiranya dirasakan tidak betul dan tidak tepat, sudilah apa kiranya utk memperbetulkan. Sharing is caring rite??
- - - - - - -
- - - - - - -
Oke, skang trus mengenai TTC. This month aku try ber TTC guna kaedah manual iaitu kesan waktu ovulasi guna Body Basal Temperature (BBT).
Sblm tu ayuh kita tgk apa makna ovulasi ni sebenarnya :
Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan daripada ovari ke salur fallopian dan bersedia untuk disenyawakan. Dalam masa yang sama, dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan telur yang sudah disenyawakan.
Sekiranya tiada persenyawaan, dinding rahim akan gugur bersama darah dan haid terjadi.
Fakta utama ovulasi :
* Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari.
* Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setip kali ovulasi.
* Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian.
* Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi.
* Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovualsi.
* Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan.
* Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku.
* Ovulasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.
* Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.
* Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid.
Kredit : Alamhamil
Jika telur tak hidup lama, bagaimana pula sperma?
Sperma yang sihat akan kekal hidup didalam rahim paling lama 5 hari - alamhamil
Jadi, itu lah kepentingannya utk kita tau bila kita 'bertelur'. (tetiba rasa mcm 'aku seekor ayam' plak)
Itu ayam. Yg kita tau telurnya besar mana. 'Telur' kita tak silap aku, dari yg aku penah baca sebesar noktah itu saja.
Ce tgk gmbr ini. Gmbr telur kita. Ni adik Eka aku yg bagi link. Thanks Eka. Kan aku kata, sharing is caring kan. Sapa bagi aku info, aku masuk kan kat sini :D
Kredit : Here |
Aku pun tatau adakah aku ini 'bertelur' atau pun tidak sbb kalo period pun tak semestinya kita bertelur kan. Apa pun, harap2 nya kita ini adalah manusia normal yg bertelur. Huhu.
Oke, pas ni masuk bab, apa yg patut digunakan utk BBT.
1 comment:
yeay...naik nama eka kat ats tu...o kekda beli kit tu ye...eka kan, penah terniat nak beli masa awal perkahwinan dulu.tp dalam hati
eh mana tau bulan dpn pregnant ke. kan dah tak pakai benda alah tu....
tp sampai skang tak pegnen2 lagi...tu yg drag sampai skang tak beli pun lagi.kekda rasa ok ke.mmg nampak ke perubahan suhu tutak silap eka...on dat day.ari yg kita onulasi tu.suha mencanak naik kan...correct me if wrong.
Post a Comment