Sebelum bercerita lebih panjang, let's me introduce about masef first. Secara serba sedikit yg ada kaitan dgn TTC ini. Mana yg da tau tu, takpe la..kut ada yg tak tau lagi.
Ok, kami selamat di ijabkabulkan pada 13 Disember 2008, sehari sebelum umur aku menginjak ke angka 29. Dah lewat kan?? Tkpe lah tu. Dah jodoh sampai masa tu. Jadi aku lebih sker ckp aku kawen on 14 Disember. Senang, sekali je ngan bufday aku. Mmg pun kenduri on 14 Disember, nikah yg 13 Disember.
So, tahun pertama kawen, rasa biasa2 je la walo kengkawan seangkatan yg kawen sama masa tu da mengandung. Rilek la lagi. Kut mmg lambat.
Tapi bila da setahun lebih takde apa2 hasil lagi, aku da rasa something. Harus ada yg tak kena. Tapi aku still usaha. Bila orang kata makan (or minum) madu, aku buat. Ada yg balik dari Mekah, bagi kurma kering, minum dgn madu, aku buat. Carik buah zuriat pun aku buat. Pendek kata, byk menda aku da terai. Tp being me yg teruk btul pangai, aku ni rajin nak try itu ini, tapi aku malas nak teruskan utk jangka masa panjang. Itu la yg buat aku menyampah dgn diri aku.
Contoh terdekat, Jamu Mak Dara. Aku consume 2 botol je kut. Lps tu takde dah. Maleh ah!
Tapi selama tu, aku tak pernah check kat memana hospital. Entah ek. Tatau la apsal. Takut kot. Utk info, period aku mmg tetap setiap bulan. On time, jarang2 skali terlewat. Tak penah dia bagi harapan konon aku ni pregnant. Eh. Penah la skali, tp tu pun lewat 5 ari je. Lain takde. Rajin dia dtg on d dot.
Berkenaan berat badan plak, berat aku skang mmg da ideal. Kalo dulu mmg la underweight, tp skang da ideal.
Penah la skali aku check kat tpt yg org guna alat test penyakit apa kita ada tu kan. Masa tu kat MAHA. My dear pun check gak. So, org tu kata mebi hormon asben aku yang tak berapa stabil.
Jadi, skang ni aku dah nekad. Aku perlu mula kan rawatan. Aku bukan mcm org lain yg kawen je terus lekat. Tapi aku juga tak keseorangan. Di opis, di blog pun ramai aku temui yg senaseb dgn aku.
Aku tahu, Allah lebih mengetahui apa terbaik untuk hambaNya. Dia tak bagi rezeki tang sini, dia bagi rezeki tang lain. Cuma, kali ni aku mesti tau apa penyebab aku tidak seperti insan lain. Aku tak mahu terus tertanya-tanya.
Umur pun da nak masuk 32 tahun, org lain siap anak dah sekolah, aku baru nak terhegeh hegeh. Jadi ini lah permulaan ku utk Trying To Conceive secara serious. Moga kali ini membawa hasil. Insyaallah...
Kredit : Google |
6 comments:
salam kekda,
ponn ponnn. hiihih kekda mmg berani. Ai ade tapi tataulah org boleh jumpa ke tak.
chayok kekda chayok!!
Tahniah! Anda peserta pertama smpai ke sini. Hihi.
Ala..utk di share kan bersama, apa nak ditakutkan.. kalo ada buat kacau, private kan jer. Kalo tak, ada entry 'berat' sket, password kan je. Takde masalah :)
kita serupa.kekda tidak kesorangan.sama2 kita usaha ek
EKa :
Selamat dtg... hik hik
Salam,
Find out ur blog melalui irtiyah..
sis irtiyah selalu jadi teman bicara saya...hehehe, suka dan duka..
saya pun baru mulakan treatment, appointment bulan 5..tapi buat kat hospital putrajaya.insyaallah, nanti sama2 kita share pengalaman ye
all the best to us...semoga ada permata hati yang menanti kita nanti
Honeylily :
Salam...dan salam perkenalan.
Sama2 lah kita berusaha kan. Moga impian kita jadi mama akan tercapai :)
Post a Comment