Thursday, July 9, 2015

Ramadhan ~ Syawal 1436

12:00 PM
Ya hampun, saya tak menulis pun untuk Ramadhan tahun ni kat sini.
Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke blog ni.
Bila tgk view setiap entry mmg jauh beza nya dengan entry di blog sanun. Blog sanun sendu saja. walau ramai visitornya. Hihi.
Blog sini, mmg meriah. Terima kasih. Moga apa dicari, ada di sini :)

Ramadhan pun dah sampai ke penghujungnya.
Ada lebih kurang seminggu lagi kan.
Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
InsyaAllah.
Juga semoga kita bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
Di mana setiap doa tidak akan ditolak.
Sebenarnya Allah bukan tidak makbulkan doa kita.
Tapi, Allah ada perancangan lebih baik untuk kita.
Percaya lah pada yg itu.

So, cemna persediaan hari raya?
Tahun ni giliran kami beraya di kampung saya.
Alhamdulillah. Di kala saya baru dalam proses untuk lebih istiqamah dalam berpakaian patuh syariah, dapat pulang ke kampung sendiri. Bukan lah kata kampung suami jadi kesukaran. Tapi, di sana ada sepupu suami yang kebanyakannya lelaki anak muda remaja. Tentu lah kita kena bertudung 24 jam, berbaju lengan panjang (tu nak pakai stokin tu saya memang tak tahu nak buat cemna) termasuk masa tidur. Dan sememangnya saya agak rasa kurang selesa untuk tidur bergelimpangan bersama mereka yang tentunya bukan mahram saya.
Di kampung sendiri, saya ada bilik sendiri. Abang ipar saya pun tak balik kampung. Jadi, saya lebih selesa.
Moga kita terus istiqamah dalam menjaga aurat kita.

TTC takut menghadapi raya?
Hehe.
Saya rasa takde dah kot yang bermuram durja nak beraya ni.
Chill aje okay.
Kan bebaru ni viral yg cakap jangan tanya soalan bila nak beranak, bila nak kawen tu.
Terima kasih pada yang prihatin dengan perkara itu.
Tapi, sebenarnya, menda tu tak cukup untuk menyedarkan orang ramai. Percaya lah.
Sbb kita akan berhadapan juga dengan mereka yang bertanya.

As childless couple, setiap raya pasti ada soalan tu dari saudara mara.
Memang la rasa terganggu mood raya. Terganggu mood pakai baju baru sedondon dengan famili. Mmg lah ada rasa nak sumbat sebiji ketupat yg tak buka kulit atau nak lagi best sebatang lemang masih berbuluh tu sumbat dalam mulut orang yang bertanya.
Tapi, keep cool sudah. Mmg akan ada rasa getar dalam suara kita. Getar antara rasa sedih dan nak marah.

Kalau tak boleh bertahan, bangun dari tempat tu. Kalau di rumah orang kita pergi lah toilet ke. Kalau rumah sendiri, buat buat lah nak pergi ambil hidangan lain di dapur. Nanti otomatik orang tu akan perasan sendiri yang kita tak selesa dengan soalan dia.

Biar kita yang control the situation. Janganlah dari awal lagi, siap dah pikir ni.. sapa tanya aku bom kan muka. Sapa tanya aku bako kereta dia. Memang lah takkan buat menda tu semua. Giler ke hapa nak bako keta orang. Tapi bila kita keluarkan ayat camtu, menda tu dah jadi unsur negatif dalam diri kita.

Memang, kalau baru kawen itu soalan favourite orang. Tapi, belajar lah control sedari awal ni. Kita fikir yang positif. Kita cakap dalam hati kita, if ada orang bertanya aku nak senyum je. Jawab elok elok - InsyaAllah..coming soon makcik. 
Kalau dia masih tak puas hati. Masih nak kata eh, apa nak tunggu lagi bla bla bla.

Bangun dari situ. Seperti yang saya bagitahu kat atas tu. Kalau tengah suap lontong pun, tinggalkan. Cakap, maaf saya nak ke tandas kejap. 
Kalau dah 5 minit kita takde, pastu balik semula dia duk tanya lagi, baru buleh sumbat dalam mulut dia sebijik ketupat. Kau dah kenapa kan. Tak puas2 hati. Tua tak tua. Hahahahaha.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana orang lain. Jangan biarkan entah sapa sapa rosakkan mood raya kita. Kan raya ni hari kemenangan kita. Kita mesti menang tau. Don't let other put us down.

Ini tahun ke 7 kami as childless couple. Eh. Belum anniversary ke 7 tapi, dah raya bersama 7 kali. Betul la kan. Disember 2008 kawen, raya tahun 2009 yang first, 2010, 2011,2012,2013,2014,2015. Betul betul betul. 7 kali dah. Hihi.

Okay je lah uols. Rilek2 okey. 
Rezeki lain lain banyak sangat Allah dah bagi. Kita #syukurselalu bab yang itu.
Allah cuma lambatkan rezeki zuriat tu. Itu pun sbb Allah tahu apa terbaik untuk kita. 




Selamat Hari Raya untuk semua :)

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers