Rindu mereka.
Bila tgk semula gambar2 lama bertahun tahun yg lalu, terhibur rasa.
Ramai sebenarnya rakan2 TTC.
Samada yang pernah berjumpa.
Atau cuma bersembang di alam maya saja.
Ada yang masih mengekalkan ikatan ukhwah persahabatan.
Ada yang terus lenyap.
Ada yang dulu sebelum berjaya conceive, rapatnya seperti adik dan kakak. Segala di kongsi bersama, tapi bila dah conceive semakin menjauh.
Ada yang kita dah lama tak berhubung, kita whats app, langsung tak dibalas.
Di tegur di IG pun buat tak tahu saja.
Tak tahu silap di mana. Marahkan kita ada anak, kah?
Tak pe lah. Tak mahu lagi berkawan mungkin.
Terima kasih atas persahabatan yang pernah di bina.
Pernah terkecil hati kerana w.app ber "blue tick" tanda telah dibaca tapi tidak dibalas.
Hingga terasa taknak contact lagi.
Nah... sekarang memang Allah makbulkan.
Nah... sekarang memang Allah makbulkan.
Nombor mereka semua memang takde dalam simpanan lepas fon lama rosak tak boleh on dan fon baru pun dah masuk jamban.
Memang tak akan dapat hubungi kalian semua.
Ya.
Saya sendiri pun ada khilaf.
Saya terima saja lah kalau ada yang nak menjauh.
Kadang diri ini yang cepat terasa hati.
Maklum saja lah - orang tua memang cepat terasa hati.
Haha.
Apa pun, mohon maaf ikhlas dari hati saya sekiranya pernah menyakitkan hati kalian; sahabat TTC saya.
Yang mana belum conceive,
saya doakan supaya anda beroleh rezeki zuriat satu hari nanti.
Jangan putus asa berusaha dan berdoa.
Utk rakan seperjuangan yang mana saya pernah merasai ujian ini, doa saya sentiasa bersama kalian walau di mana kalian berada.
Takpe.
Kita semakin jauh.
Tapi,
kenangan tak pernah memadamkan kisah persahabatan yang pernah terjalin :)