Lama tak update di sini. Apa cerita, nama cerita. Hohoho.
Pasal operation laps pun tak abis rupanya. Acena?
Hari ni berapa hb?
17 September 2013.
Appointment di klinik Dr Hamid. Selepas 3 bulan masih tidak berjaya pregnant. Huhu.
Ekceli dah 3 cycle period pun. Bulan Jun, Julai, Ogos. Ni kira dah masuk cycle ke empat.
Call hari Khamis lepas, terus dapat date hari ni. Mudah je kalo kita mmg dah ada rekod. Yg lambat sket tu utk dapatkan appoinment utk lawatan yg pertama. Don't worry ya. If dapat date tu, book je sbb mungkin, kalo ada rezeki kita, di awalkan appointment kita :)
Berpergian lah kami ke sana. Minta half day pada boss.
Kali ni cam pelik sbb sampai je orang tak ramai.
If not.. beratur ha, dpn pintu walau pintu masih berkunci.
So, jadi lah orang ketiga yang berjumpa doktor.
Ni adalah visit kedua slps operation.
Yg pertama 4 Jun (tk igt adakah dah buat entry or not).
Doc suruh buat TVS. Takut giler kot. Takut kot mendasing tu bertandang lagi.
Namun... Alhamdulillah... takde apa2 keganjilan. Syukur Ya Allah.
[yg buat TVS ni Dr Aimy yer.. Doc Hamid just tgk kat monitor je]
Lps tu Doc tanya, nak buat IUI ke cemana.
Tapi sy minta nak try natural dulu.
After 3 month doc kata datang balik. Then proceed IUI.
Sy plan bulan Januari je lah.
Lagipun awal bulan Januari dah ada program bercuti [heh! dulu pun camtu lah. Prog ke HK, pastu postponed, pastu terussss tak muncul2.. harap2 tidak lah kali ni. Haha].
Jadi, demikian lah appmt kali ini.
Dibekalkan dengan pelbagai vitamin.
Doc tak bagi pun any ubat subur. Sbb kata Doc, dia hanya akan bagi kalau saya nak proceed IUI. Katanya lagi, takut 'mendasing' tu tumbuh balik. Errkk... boleh ke..? Takutnya. So, hingga ke saat ini mmg saya tak pernah consume any clomid ke hapa tu ye.. sejak dari LPPKN smpai la ke Prof Dr. Hamid Arshat.
Apa pun, syukur pada Allah, mendasing tu dah takde lagi.
Bersungguh menjaga makan.. tak sentuh langsung fast food. Asyik dengan juicing, makan sayur, makan buah. Alhamdulillah.. Ya Allah.
Doaku, moga ada rezeki dalam 3 bulan ni Ya Allah... moga ada miracle buat kami.
Insyaallah.......
*****
Kos treatment setakat ini di klinik Dr. Hamid [kos ini bergantung kepada permasalahan dan treatment nya. Mungkin ada perbezaan]
1st visit- RM337 - 19.4.2013
Laparoscopy - RM6,500 (buat di klinik Dr. Hamid) - 22.5.2013
Post operation appointment - RM79 - 4.6.2013
After 3 month appointment - RM219 - 17.9.2013
Kos ini adalah termasuk kos vitamin, kos TVS (kalau buat TVS), consultation fee.