Hai kawan kawan.
Jom sembang sembang nak.
Kat 'rumah' sana macam tak best pulak nak sembang pasal TTC.
Kat rumah sini, oke sket.
Oke.
Sekarang apa treatment dibuat?
Ada gak yg tanya2 "Kekda buat treatment apa skrg?"
Haha.
Takde dah.
Nak call Dr Hamid. Tapi tak ter call. Sbb kalau call, that's mean sy dah bersedia utk IUI.IUI... hurm.. saya tak pasti saya nak buat atau tak.
Sbb rata-rata kebarangkalian tak jadi dari jadi tu lagi tinggi.
Orang kata - cuba dulu - mana tahu.
Saya dah malas guna term tu.
Sbb dari treatment kat LPPKN lagi.
Orang kata lps HSG, ada yg lekat. But, the lucky one is not me. Dan ianya berlalu bertahun tahun.
Seterusnya - orang kata lps buat laparoskopi - dalam tempoh setahun mesti berjaya pregnant. Dan ada yg berjaya selepas sebulan.
But, again - the lucky one - still not me.
Entah la *raup muka*
Nanti ada orang kata saya tak redha dengan takdir nih. Dengan ujian ni.
Tak la. Saya tak pernah rasa tak redha. Saya redha.
Dulu, saya rasa saya tak pasti saya boleh lalui 5 tahun tanpa anak. Saya tgk orang lain bertahun tahun takde anak, saya tgk kuatnya dia. Tapi bila kita sendiri lalui - oke je. Takde la teruk sgt pun. Kata kata orang? Alah, nak buat cemana. Mulut tempayan, luas cemna pun kita boleh tutup. Mulut orang? Tak mengapa. Mungkin kata-kata mereka satu doa.
Saya rasa saya dah tahap berserah.
Berserah. Dan ikut kata hati.
Mana yg tergerak di hati ini, itu yang saya buat.
Buat masa ni, belum lagi tergerak hati nak buat IUI.
Mmg la bila pikir umur tu, agak serem jugak dibuatnya.
Tak seram ko, umur 35 tahun dah ni. Orang lain anak dah sekolah berderet2, kita ni satu pun takde.
But, tu lah. Kembali balik pada ujian Allah. Dan berserah. Mesti ada sebab Allah buat camni kan.
Tu hari, saya pikir, saya nak tambah aset. Saya nak beli rumah sebijik lagi. Buat investment. Ye lah, dari beli entah hapa hapa, baik saya invest camtu.
Pastu, satu hari terdetik sesuatu yang lain pula.
Yang lebih best dari invest rumah.
Masih belum bersedia utk di reveal buat masa ni. Sbb masih terlalu awal.
Nanti lah. Saya akan share jugak.
Sbb menda tu mmg agak penting utk kita yg TTC'ian ni.
Saya perlu jot down jugak untuk jadi kenangan dan mungkin referral untuk kengkawan.
Jadi, tu lah.
Bagi sapa yg masih TTC'ian - tabah kan hati.
Sebenarnya kita kuat. Kita je tak tahu.
Kita takde anak - walau orang kata 'heart is empty' tapi kita ada Allah bersama kita. Sentiasa. Dia ingat kita. Sbb tu dia pilih kita untuk ujian ni :)
Bak kata ustaz Kazim - kemanisannya di akhirat kelak - bila kita berjaya melepasi ujian Allah ni.