Thursday, January 24, 2019

Rakan Rakan TTC

2:15 PM
Rindu mereka.
Bila tgk semula gambar2 lama bertahun tahun yg lalu, terhibur rasa.

Ramai sebenarnya rakan2 TTC.
Samada yang pernah berjumpa.
Atau cuma bersembang di alam maya saja.

Ada yang masih mengekalkan ikatan ukhwah persahabatan.
Ada yang terus lenyap.
Ada yang dulu sebelum berjaya conceive, rapatnya seperti adik dan kakak. Segala di kongsi bersama, tapi bila dah conceive semakin menjauh.
Ada yang kita dah lama tak berhubung, kita whats app, langsung tak dibalas.
Di tegur di IG pun buat tak tahu saja.
Tak tahu silap di mana. Marahkan kita ada anak, kah?
Tak pe lah. Tak mahu lagi berkawan mungkin.
Terima kasih atas persahabatan yang pernah di bina.
Pernah terkecil hati kerana w.app ber "blue tick" tanda telah dibaca tapi tidak dibalas.
Hingga terasa taknak contact lagi.
Nah... sekarang memang Allah makbulkan.
Nombor mereka semua memang takde dalam simpanan lepas fon lama rosak tak boleh on dan fon baru pun dah masuk jamban.
Memang tak akan dapat hubungi kalian semua.

Ya.
Saya sendiri pun ada khilaf.
Saya terima saja lah kalau ada yang nak menjauh.
Kadang diri ini yang cepat terasa hati.
Maklum saja lah - orang tua memang cepat terasa hati.
Haha.
Apa pun, mohon maaf ikhlas dari hati saya sekiranya pernah menyakitkan hati kalian; sahabat TTC saya. 

Yang mana belum conceive,
saya doakan supaya anda beroleh rezeki zuriat satu hari nanti.
Jangan putus asa berusaha dan berdoa.
Utk rakan seperjuangan yang mana saya pernah merasai ujian ini, doa saya sentiasa bersama kalian walau di mana kalian berada.
Takpe.
Kita semakin jauh.
Tapi,
kenangan tak pernah memadamkan kisah persahabatan yang pernah terjalin :)


Wednesday, January 16, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

3:31 PM 0 Comments
Selamat tahun baru uols.
Halah..halah..berapa je entry last year.
Nak buat milestone dak Rizq pun tak terbuat.
Maka,
Mari lah kita flashback gambar2 Rizq Iskandar di tahun 2018 lepas.

JANUARI - lepak rumah je
FEB - Gambang
Februari - pegi Farm In The City
Hujung Feb - warded Prince Court sbb HFMD

Mac - patut ada gambar pegi tgk wayang DIDI.
Entah gi mana plak gambar tu
April - Balik kg. Opah buat kenduri


Mei - pegi Thomas Town n Legoland

Mei - balik kg. Ibu mengundi
Jun - saya 2 tahun ♥️
Jun - Aquaria KLCC. Tgk fish

Julai - pergi Melaka
Ogos - baju baru

Ogos - hari raya haji

Ogos - raya haji, ambik rambutan kt kg

September - Langkawi. Ibu n ayah sukan.
Oktober : Zoo Taiping
Oktober - pameran kucing



November - Terengganu
Disember - Johor lagi.

Begitu lah serba sedikit sepanjang tahun 2018.
Berjalan dari timur ke selatan ke utara dan kembali ke selatan.
Kalau tak jalan2 kami balik kampung.
Cuma tu lah.
Berat tak naik banyak dak kecik ni.
Tapi, Alhamdulillah.. selain HFMD, dia takde demam, takde sakit2 lain.
Ibu pun kumpul banyak cuti tahun lepas.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers