Showing posts with label seminar. Show all posts
Showing posts with label seminar. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

Seminar Perjalanan IVF Kami

2:00 PM
Sabtu - 5 September 2015.
Alhamdulillah berkesempatan menghadiri majlis ilmu. Thanks to Yani yang alertkan. 
Kira macam majlis ilmu jugak lah ni kan.

Kami gerak dari rumah dalam 8.45am. Sampai dalam 9.15am.
Sokay lah kan. Tempat pun dah tau apa seme.
Yani awal2 dah sampai. Dia dari Melaka. Dia pun awal2 dah survey tempat ni dulu. Tapi masa tu dia sesat barat. Now dah tera.. Hihi.
Sampai - register - masuk hall.
Hall pun tak besar. Sbb tu seat limited. Utk 30 couple je.
Ada orang register pun tk dpt nak join.
Oh. Seminar ni percuma.

Selalu jugak lah KL Fert ni buat seminar ni.
So, next time, sesiapa yang berminat buleh join jugak.

1st speaker - my lovely doctor lah. Dr Natasha.
Dia bagi talk pasal IVF secara ringkas.


Lepas tu Dr Agilan. Dr Agilan ni pun best jugak. Rupa dia macam melayu. Serani mungkin. Pastu cam okay lah. Nampak selesa. Pendek kata doktor kat sini mmg best semuanya :)
Dr Agilan bagi tips peluang untuk meningkatkan kehamilan.
Sama la macam biasa kita google dan baca. Dia pun cakap macam tu. Cuma nya dia summarize kan.
Lemme share with uols.

Tip 1 : Makanan yang Seimbang.
Ni memang perlu pun kan. Jadi, ini antara supplemen yang kita boleh ambil (see, ada Co Enzyme Q10 dalam list - jadi, CoQ10 salah satu supplemen yang penting. Try lah consume esp orang yang tak suka makan sayur mayur, tak suka susu macam saya. Huhu)



Tip 2 : Kurang kan pengambilan kafein
Sapa suka dan addict pada star buck  apa semua tu, heharap buleh la dikurangkan.
Eh. Green tea pun kafein tinggi.
Untuk mengurangkan kafein dalam green tea [how to minimize green tea caffeine]


Tip 3 dan Tip 4 : Lupa nak snap.
Maybe jauhi minuman keras dan jangan merokok kot.
Tak ingat. Tapi ada gambar ni.


Tip 5 : Berat badan yang optimum.
Jadi, kena selalu exercise.

Tip 6 : Hilang. Tak ingat apa dia. Haha.

Tip 7 : Kunjungi R&R. Tapi bukan RnR Tapah tu, kata Dr Agilan. See pandai berlawak juga. Hihik. R&R ni pergi lah bercuti. Rest n Rilex. Eh. Dah acapkali dah R&R nya kami ni.


Tip 8 : Akupuntur.
Ada peserta tanya how about "bekam"?

 Tip 9 : Pengetahuan mengenai IVF dan doktor anda.
Yang ni macam pilihan mana doktor dan tempat rawatan kita nak.
Macam saya, takat ni dah 3 tempat saya pergi - semi-govt (LPPKN), swasta doktor terkenal (Dr Hamid) and now KL Fert (swasta, dan tempat yang ada join venture dengan Monash). Antara ketiga nya saya selesa di KL Fert.

Tip 10 : Tinggikan harapan dan berdoa.
Tak kira apa agama pun, doa adalah penting.
Jadi, jangan putus harap. Teruskan berdoa.


Lepas tu rehat. Ada makan sket. Eh. Ingat makanan ringan ja. Rupanya nasik. Oh. I da tak larat dah. Dah breakfast bihun pun pagi tu.

Then ada sedikit talk berkaitan perubatan tradisional cina. Guna akupuntur.
Then ada talk dari kaunselor nurse - Nurse Siti - dia ni lah bagi brief pasal IUI n IVF kat kami tu hari. Pun best. Macam dia ni expert nak terang2 kan semua tu. 
Then last session dari embryologist. Kira dia ni la orang yang akan bekerja dengan "baby" kita dari awal. Best kan. Rasa cam eh, best la pulak kerja camni. Hihi.

Masa tu dia ada tunjuk video cemana depa ni cuba temu kan sperma dengan telur.
Comel ja sperm ni berlari (eh, berenang kot) mencari telur.

Sapa yg buat ICSI, sperm ni akan ditangkap dan dicucuk pada telur.
Kalau IVF ja, mmg sperm akan buat keja sendiri - berenang mencari telur.
Banyak sesangat sperm. Ye lah bermilion kan. Tapi kenapa satu pun tak sangkut. Kan? (selalu tertanya-tanya, tapi, Allah sahaja yang Maha Mengetahui)
Dah habis tu kami buat lab tour. Tapi idak la masuk dalam2. Takat2 luar ja. Lab tempat prosedur IVF di jalankan.

Okay lah. Best. Recommended pada sesiapa yang nak buat/ atau rancang nak IVF. So that kita dapat gambaran lah kan.

Thursday, September 3, 2015

Seminar IVF Journey

11:29 AM


Tak sabar pula nak attend seminar ni.
InsyaAllah 5 September (Sabtu ni).
Tempat mmg limited. Dari blog Dr Tasha, dia kata terhad untuk 30 pasangan sahaja.
Me register masa ada appointment dengan Dr Tasha awal bulan 8 tu hari.
Lepas tu, last Tuesday, ada orang dari KL Fert call untuk confirm kan.

Memang sekarang ni rasa seronok pulak nak pergi KL Fert nih.
Huhu.
Ni baru seminggu lebih tak pergi. 
Pelik betul sbb dulu takde pun rasa suka nak ulang2 pergi klinik/treatment.

Okay lah. Pada sapa yang dah register dan dah dapat confirmation, kita jumpa di sana yerp.
Ada sorang tu siap w.app me-
Kawan - "kita jumpa kat sana ye kekda"
Me - "eh, kita kan tak pernah jumpa. Cemana kenal akak"
Kawan - "Alah..saya tahu lah. Saya follow IG kekda. Harus kenal"
Me - Hikss.. LOL.

Anyway, thanks to Yani sbb ajak join seminar ni. Kalau tak sure rasa malas ja walau masa iklan seminar ni keluar, memangnya dah jadi patient Dr Tasha pun.

p/s : Rasa2 macam dah cramp. Dah nak period ke pun. 1st day period kena call klinik ni utk appointment seterusnya.
Debar. Debar. Huhu.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers