Ke aku sorang ja rasa camtu??
Sesak menahan napas sbb risau orang tanya "takde lagi ker??"
Pagi raya.
Berkesempatan menunaikan solat sunat Aidilfitri. Mmg terasa tak mahu pegi. Tp pergi juga lah. Rugi jika dibiarkan terlepas peluang setahun sekali ni.
Tp rasa nak jalan menunduk ja. Masuk saf duduk dendiam. Ada sorang dua makcik terperasan juga. Didekat oleh seorang makcik. Anaknya juga sebaya dgn ku. Katanya anak nya itu beraya di rumah mertua.
"takde lagi yer Da?"
Aku cuba memberikan senyuman terbaik dan berkata "belum rezeki lagi makcik"
Dan makcik tu pun takde la berkata itu ini. Sbb makcik ni agak akrab juga dgn mak. Lalu dia bercerita pula ada anak orang lain yang belum ada anak juga. Oke, selamat satu hal.
Mohon agar tiada orang lain bertanya lagi. Tp ada lagi yg bertanya. Oh, cpt la imam mengumumkan solat dah nak mula.
Jawapan ku mudah, jawapan ibu ku pun mudah - tiada rezeki lagi.
Tahun ni selamat kerana raya pertama ku dah gerak ke Pahang. Belum sempat tetamu datang, kami dah gerak. Smpai di Pahang dah lewat petang. Tk perlu beraya ke rumah saudara sebelah ibu mertua. Selamat.
Raya kedua beraya ke rumah saudara sebelah bapa mertua. Hanya 2 buah rumah. Pun mujur. Tiada soklan2 panas. Syukur.
Sukar. Mmg sukar. Orang beraya nak seronok seronok. Kita duk berdoa agar takde la soalan2 panas, soalan2 yg bisa meruntuhkan kesabaran.
Tahun hadapan entah bagaimana pula nak hadapi. Ditambah pula adik suami yg nak kawen bulan depan ni. Tkpe lah.. rezeki itu Allah dah aturkan. :)
Selamat hari raya utk rakan TTCian semua. Maaf zahir batin :)