Thursday, June 6, 2013

# Dr Hamid # laparoscpy

Laparoskopi : Persediaan

Assalamualaikum...
Bagaimana nak mulakan. Agak lama tak berblog. Baik di sini mahu pun di kebun sana.
Mahu berhibernate seketika. Bila dah bed rest, asik tgk blog orang, kadang2 rasa macam...urmm... tak mengapalah. Rehat seketika. Tp utk blog ni, kena update juga. Buat kenangan, dan juga mungkin rujukan utk kawan2 lain yg nak melalui prosedur yg sama.

So, dari date yg dpt utk buat operation, sy ada sebulan utk membuat pelbagai persediaan. Tempoh yg tak terlalu lama dan juga tak terlalu pendek kan. Just nice. Sempat saya ke Darussyifa (akan diceritakan kemudian), balik kg utk mengundi. Cuma tak sempat nak ke Bagan Lalang je makan ketam. Hihi.
Utk buat laps di klinik Dr Hamid, seminggu sebelum date operation kita kena bank-in kan RM300 dahulu sebagai deposit. If slps itu kita nak batalkan operation, deposit tu kira burnt. So, bila dah bayar tu kira cam "jadi"lah kan. Debarnya.

Seminggu sebelum saya siapkan semua2 kerja. Kena plak mmg time bz sgt kat ofis. Dgn urusan orang nak naik pangkat, kes tatatertib. Phew. Tp sy siap buat list work to be done (ala-ala serahan tugas),bagi pada boss, bagi pada anak buah. Tkpe, boss saya mmg byk membantu, itu saya tahu. Dan juga anak2 buah saya. Saya yakin dengan mereka.

Dgn doc Hamid juga dia ada bagi macam manual - do's n don't - before n after laps. Mmg bagus la. Semua ada diterangkan kat situ. Dalam tu juga ada ditulis kena beli Enema (utk buang air dan elakkan sembelit selepas operation). Dan bermula jam 12tgh mlm before operate kita kena berpuasa. Dengan Doc Hamid mmg dia tak benarkan minum pati haruan/gamat. Tapi kalau makan ikan haruan fresh buat sup, itu tak mengapa.

Saya beli enema yang ini. Rasanya ada pelbagai jenis. RM17 kalo tak silap. Mudah je guna dia. Minta bantuan suami lah. Hihi

Saya buat cara yg left-side position tu. Fuh... keberkesanan dia tak smpai 5 minit. Walau tak masuk abis pun cecair tu, tapi cepat btul kesan dia. Rasa sakit perut macam kita tersalah makan kalau pegi kenduri tu. Hihi. Memulas dan mmg rasa abis lah dikeluarkan segala. Buat ni selepas maghrib (mmg dlm manual dia suruh buat dalam jam 7-8pm). Tapi lps tu buleh makan lagi. Tp takpe..makan je kang, dia keluarkan lagi. In fact, smpai pagi pun ada rasa2 nak membuang.

Saya juga ada beli wet-wipes. Sbb nak carik bed-bath wipes tu macam takde je. Brand dettol. Dan saya rasa ini penting yer. Jgn lupa sediakan wet wipes ni sbb kita tak larat nak mandi, boleh guna wet-wipes nih. Pastu buleh juga bersihkan area2 luka tu.

Sebelum tu juga saya ada pergi kedai yang jual makanan Arab. Beli kurma, madu, pati delima Gulsan. Kurma pun penting juga. Makanan terakhir sebelum saya nak operate tu adalah kurma. Sbb kurma boleh bagi kita tenaga yg lama dan elak terlalu lapar. Pun, saya bawa juga 5 biji kurma sebagai bekalan masa nak operate tu. Mmg elok pun bawa kurma. Sbb sejurus lps sedar dari operation, mereka cuma bagi air suam. Perut kosong. Jadi, kita boleh makan sebijik kurma dulu.


Itulah antara persediaan saya sebelum operation. Sehari sebelum date operation, staff Doc Hamid akan call. Bagitau semuanya. Bagus juga kan. Saya mmg ambil cuti sehari sebelum operation. Saja, rehatkan diri kat rumah. 

Dan yang paling utama, 3 hari sebelum operation, mmg saya buat solat hajat, mohon agar semua dipermudahkan. Allah yang tahu apa terbaik utk kita. Jadi, mohonlah pada Dia kan.

Secara ringkas, begitu lah persediaan yang dibuat. Kalau ada apa2 nak tanya, boleh emel je idaramli2011@gmail.com

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers