Dari hari ke hari nak update kat sini. Tp cam susah betul nak update.
So, hari tu last entry pasal persediaan.
Kita sambung pula semasa laparoskopi.
Semasa ni takde apa la sangat.
Sy sampai ke klinik dalam jam 8pagi. Ingat kot klinik belum buka. Jadi, kami tak naik atas dulu. Teman myDH breakfast while me mana buleh makan kan. Puasa katanya.
Dalam hati ni dup dap dup dap. Sambil tu update status kt FB. Mana yg tahu tu, semua mendoakan semua berjalan lancar. Terima kasih.
So, tepat 8.30 baru naik. Rupanya ada yg dah naik pun. Dah ada yg masuk OT pun.
Maka, dapatlah saya jadi 2nd patient. Sejurus kemudian datang patient ke3.
Dari Kuantan. Suaminya dgn ramah, bertegur sapa dgn kami.
Seteleh staff bertugas panggil and terangkan sket2, dia bawa kami ke wad.
Masa tu husband buleh duduk skali.
So, amik la beg semua bawa dan simpan dalam drawer yg ada kat wad tu.
Ada empat katil je pun. Bermakna mmg ada 4 patients la sehari.
Saya patient kedua. Hurmm... perasaan masa tu Allah saja yang tahu. Lepak2 je atas katil. Seram sejuk dah ni. Pastu dalam 9.30 salin baju operation tu.
Tak lama dengar derang hantar 1st patient. Panggil nama dia, tapi dia tak sedar. Perasaan masa ni lagi la berdebar giler.
Pastu dalam 9.45 nama dipanggil. Jalan sendiri je masuk OT. Takde wheel chair bagai. Naik la kau atas katil tu.
Takutnya. Tgk lampu2 byk tu kan.
Doc bius tanya pernah operate ke tidak. Mana la pernah.
Pastu dia cari urat kat tangan utk masukkan bius. Dekat tangan kanan.
Alhamdulillah, tak sakit apa pun.
Pastu derang bagi corong oksigen. Bernafas sambil berselawat, mengucap semua. Dia tak bagi pejam mata. Tapi tak lama, dalam beberapa saat - kosong. Mmg tak sedar. Nak kata macam tidur pun tidak juga sbb kalo tidur kita ada mimpi bagai. Ni kosong.
MyDH kata dalam kul 11pg derang da angkat saya naik katil. MyDH tgk sekejap. Tp saya still tak sedar. Jadi, dia balik rumah dulu.
Saya sedar masa azan Zohor. Mmg klinik ni dkt sgt dengan masjid. Dengar2 camtu ja la. Masih mamai. Dengar orang sebelah dok kata sakit...sakit. Dia patient keempat dan baru kuar dari OT. Eh. Dia sedar ke. Bius tak abis ke. Siannya. Pastu tertido balik.
Jam 4 lebih baru terjaga. Rasa cam dah oke. Gigih amik telefon. Update status. Tak lama, myDH datang. Oh. Syukur. Tapi masa tu tak boleh minum lagi. Dlm kul 5 tu baru derang bagi air masak. Dahaganya. Maklum la puasa dari kul 12 t.mlm. Minum. Pastu makan kurma sebijik dua. Baru rasa tenaga sket. Dalam ptg sket derang ada bagi milo panas and roti. Makan sekeping je. Tu pun tak abis. Doktor Hamid ada melawat dalam kul 6 lebih tu. Dia bagitau la serba sedikit pembedahan tu.
MyDH teman smpai kul 7 ja. Pastu kena balik. Tinggallah kami bereempat. Malam tu nurse cuci perut sket. Entah la cuci cemna. Tp ada la napak kuar darah kut botol yg letak kat tempat di tebuk tu. Pastu nurse masukkan ubat tahan saket ikut bontot. Malam tu, Alhamdulillah, lena tidur.
Esuknya, pepagi nurse dah kejut. Suruh tukar baju. Basuh2 muka. Mmg ada rasa pening2. Mungkin kesan bius, atau kesan terbaring je kan. Nurse tukarkan plaster. Dia ada sembur ubat apa tah. Sejuk, pastu rasa cam sakit sket. Adeiii... pastu katanya plaster buleh buka dalam ari Ahad (4 hari lagi). Pastu tunggu myDH. Rupanya pagi lagi dia dah smpai. Dia ngan dua orang lagi asben patient yang lain (patient 1st n 3rd) duk sembang2 kat kedai mamak tu. Pastu dia settlekan bayaran. Kul 10 pagi baru derang boleh masuk. Lps makan tghari baru buleh keluar wad.
Derang bagi bubur nasik. Siap ada ayam segala. Mmg jenuh la ni kalo org tua tahu. Ayam. Hihi. Makan sket je. Pastu sesiap nak balik. Igt nak balik pakai kain batik je. Skali tgk kawan yg 1st patient tu siap pakai jubah dah. Eh. MyDH kata, pakai la baju elok sket. Mmg ada bawa dress pun. So, pakai dress. Seksanya rasa hai duk dlm keta dari Damansara ke Sentul tu.
Jadi, begitulah pengalaman laparoskopi di klinik Dr Hamid. Mmg Doc Hamid ada buat laparoskopi kat klinik dia. Kemudahan bagi yg tak menggunakan insurans. Harga depends apa yg kita buat. Cam aku kena maksima - RM6,500. Ada yg sebelah tu RM5,700 ja. Tengok la apa yg dibuang dan dicuci. Cam aku ni remove cyst, fibroid lagi. Betulkan rahim juga. Dia akan buat setiap hari Rabu. Dan 4 pesakit je lah dia buat rasanya setiap hari Rabu.
Lepas ni cerita pasal berpantang dan pemakanan selepas laparoskopi pula ya.
Gambar dari FB Doc Hamid. Begitulah keadaannya ketika pembedahan dilakukan. Aduiyai... seram kan...
1 comment:
alhamdulillah kekda selamat.
enjoy the mc tau.
jaga diri kekda
Post a Comment