Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 28, 2011

Kita Yang Terlebih Sensitive ke atau???

Aku kan salu ter perasan, samada kat FB, mahupun bila bersembang secara direct. Contoh cam ni la. Kat FB paling mudah.
A kata : Aku tgh tgk citer Si Bongok Tanjung Puteri
B kawan kepada A kata : Citer apa tu?
A kata : Citer kat TV11 ni ha.
B kata : Entah la. Aku tak tgk tv sgt skang ni. Bz melayan anak.

So, di sini lah aku nak kata yg kita TTC ni terlebih sensitive ke apa.

Kadang bkn kat FB aku pun, tp FB kawan. Yg aku tau kawan tu pun sama la cam aku ni ha. TTC gak. Tp aku lak terasa cam eh, B, apa yg ko cuba sampaikan?
Ko nak bagi tau kat A yg A takde keja lain asik menonton tv sbb tak bz sbb takde anak.

Atau.
Ko nak bagitau yg ko bes, ada anak, tak perlu lah tgk tv.

Kadang tgh bersembang ngan kawan2 pun ada.
Ce kalo kita tgh sembang kata tgk wayang la apa.
Zummmm..... tetiba ada yg kata 'ah, aku skang ni takde la nak tgk wayang ke apa, susah ada anak ni nak tgk wayang segala'
Kasihann.... tetiba ada word 'susah ada anak ni'
Anak susah ke, atau nak tgk wayang susah?

Aku tgk ada je kawan2 aku yg bawak anak dia, kecik2 lagi tgk wayang, takde apa hal pun.
Tp kalo kata ke dia camtu harus la dia kata 'tu anak dia takpe, baik, behave'
Udah nak sampaikan apa lak ni? Anak ko nakal? Tak behave.

Tsk.Tsk.Tsk.

Jadi, kita yg TTC ni terlebih sensitive kah?
Oke. Oke. Kita ambik dari sudut positif la senang.
Mereka seme takde niat pun. Tetiba yg TTC ni je la terasa ati bagai. Yelah... kita je lah yg sensitive kan, org lain sensitive nyer letak kat pajak gantung.

Entah la. Kalo diikutkan mmg leh jadi berlarutan. Cam kes aku di remove sedikit masa dulu kan. Pasal menda cam ni la. Tp tu bengap wasangap. Dia yg mulakan dia, dia lak remove aku. Choi sgt perangai camtu. Aku pun tak kebulur haih nak kawan ngan org bengap wasangap camtu. Kut aku ke yg tetiba tulis apa2 oke la. Ni kat status aku, dia meroyan2, tetiba zupp... remove aku. Hahaha. Lawak hoi. Benci sgt la kat aku kiranya. Sampai nak remove2 bagai. Hek ele.

Tp tu lah. Mungkin juga org tu berada dalam situasi 'aku kah yg terlebih sensitive'. Kan?? Mungkin ya juga. Aku juga kata TTC ni terkadang lebih sensitif. Tp eh. Sensitif apakejadah plak kalo sendiri reply kat status aku, sendiri gak 'membuang' aku. Pelik.

Apa apa lah kan. Tp bleh tak org2 yg ada anak ni, faham sket ja. Tak byk. Sket ja. Jgn la buat alasan cam tak tgk tv sbb sebuk layan anak, tak dpt tgk wyg sbb anak tak behave, tak dpt itu, tak dpt ini. Lps tu buat muka cam nak mintak simpati 'ko bes la..takde anak bleh la jalan sini sana'.  Buat comparison kami yg takde anak dgn awak yg ada anak. Sebenarnya bukan nak mintak simpati pun kan. Sebenarnya nak kata 'tu la ko, takde anak, takde nikmat nak jaga anak'.

Orang lain pun ada anak juga. Takde la smpai nak ckp tak sempat tgk tv seme.
Orang lain pun ada anak juga. Tapi oke je bleh gi jalan-jalan, gi bercuti.
Orang lain pun ada anak juga. Selamba je aku tgk usung tetgh malam gi tgk bunga api.

Eh..eh... sensitif balik aku ni. Padahal org tu tak niat. Astagfirullah.

Dah la. Memacam aku ni kang.
Jadi kembali kepada persoalan asal.
Kita yg terlebih sensitive kah?
Atau persekitaran yang tak sensitive?

Bye.

8 comments:

eKa said...

eka akui, kadang2kita ni senstitp lebih, derang tak terniat pun nak lukakan kita...tp kita sbg manusia biasa, cpt terasa bila isu anak dibangkitkan...sbb kita rasa kita kekurangan kerna tidak dikurniakan anak. dan ank juga kadang2 tu spesis nak nunjuk2 cam, tu la ko takde ank lg...huuhuh...sedih kan..eka salu rasa apa yg kekda rasa ats ni...derang jadikan alasan takde ank utk kita ke sana ke mari.pd masa yg sama derang tak sedar, derang seolah2 menyatakan anak tu pembawa masalah,sbb taleh nak kulu kilir.

C.I.N.T.A said...

kadang-kadang kita yang over sensitip.. tapi kadang-kadang orang yang tak sensetp ngan kita.. ntah la kekda oi.. tension kalau pikir

Nana Aris said...

mmg suke betol bengap wasangap tu..hehe nana rase *lentok2 mcm ella main rambut sket* bukan kite yg over sensitive, dorg yg tak sensitive langsung..

a friend of mine pernah ckp kat nana mase nursery anak die nak kne tutup "ko takde anak susah..aku ni ade anak pon susah, tp at least ko tyh pikir menda-menda ni.." amboih nana pon terus la bgtau die "ckp la camtu..tuhan tarik balik anak tu br ko tau" haha otomatik kuar ayat camtu..tak bersyukur ke ape ckp camtu..

Mrs Drac said...

em kadang2 mmg mcm tu pun...mungkin dia tak perasan kot..ataupun mungkin dia mmg sengaja..hati orang kte tatau kan..selalu je sentap mcm tu..kalau lama lost contact ngan kawan pun nanti dia kata kita tak ingat kat dia..bila ckp dia tu nak contact pun ssh, fb pun tak bukak ada pulak cakap..tak sempat nak bukak fb suma, bz jaga anak, etc..(suma psl anak la).....hohooho sentap tau..kdg2 terfikir jugak, kalaula sy ni ada anak, kawan tu takde anak adakah saya akan bjaga2 dlm percakapan atau tak?mungkin segelintir orang yang ada anak ni tak faham perasaan orang2 yang belum dikurniakan zuriat..bersabar ajelah

URR said...

we are in the same boat! the feeling such a speechless. seriously..

AniE said...

Kann...
aritu da terfikir nak wat entry bab ni, skali kekda da buat....

susah nak cakap...
tapi kite sendiri faham ape yg kite rasekan...

kekadang tu,
rase gak, padehal org tu x niat pun kan...kite yg salah anggap kan..

Aidanisme said...

aida rs bukan kita yang sensitif.. dorang ni yang tak sensitif dgn keadaan...

aida tak suak la dgr org ckp "ssh ade anak ni.. bla bla blaa"

rs cam nak ckp "klu ssh bg kat aku..."

bismiyusra said...

sy juga pernah berada ditempat anda!!
membaca kisah di blog ini sgt memotivasikan diri..

follow me back ya!!
http://bismiyusra.blogspot.com/