Friday, March 15, 2013

# rawatan LPPKN

Rawatan LPPKN : Proceed Semula

Assalamualaikum.
Salam hari Jumaat 15.3.2013.

Hari ni macam ada satu 'kuasa' yg menyuruh aku proceed semula treatment.
Hurm.
Betul tu. Dah lebih setahun aku berdiam diri, tak buat sebarang usaha dari segi perubatan moden. Konon cam nak guna cara alternatif.
Cuba tgk apa yg aku cuba sepanjang setahun tu.
Hurm. Malas nak list out. Buat tu buat. Tp org kata tu 'hangat2 tahi ayam'.
Sendiri pulak rasa sakit ati kan.

Memula tu 2,3 ari lepas sembang ngan MAR (lama da dia tak tulis blog) kat w.app.
Dia suh aku call je klinik Dr Hamid. Amik appmt je dulu katanya.
Aku masih tangguh2. Tp pagi ni aku call.
Tu aku kata cam ada 'kuasa' yg buat aku tetiba nak call kan.
Dapat appmt 4 Julai 2013.

Yer, 4 Julai yer. Giler makan tahun dah tu. Kira cam suku tahun la kan. Mmg aku tau. Ramai kat situ. Mar kata dulu dia sebulan je dah dpt appmt. 2 tahun lps. Time tu aku pun proceed ke LPPKN. Dia berjaya. Aku kandas. Haha. Bukan kandas sebab apa pun. Sebab aku yg mengada-ngada taknak proceed. Yer, aku yang bersalah dalam hal ini. Haha.

Bila aku baca balik hal rawatan kat LPPKN, aku rasa cam alahai... apa kena la aku ni.
Kalo la aku teruskan rawatan tu ari, mungkin dah ada 'hasil' kot.
Hurm. Takyah cakap ber kalo kalo lah haii... nyampah rasa.
Past is past oke.

Jadi, tanpa aku plan gak, aku call LPPKN jugak. Ini mmg tak penah terlintas pun sbb aku rasa aku malas nak proceed situ. Cumanya saja aku nak tgk, rekod aku ada lagi tak.

Dalam pada aku bz bz buat keja aku call jugak. 
Call klinik reproduksi tu mmg oke. Nurse2 yg jawab call mmg baik. Aku suka. Tp kalo general line LPPKN tu mmg cam hampagas sket la org yg jawabnya.

Aku tanya rekod aku ada lagi ke dah lupus? Haha.
Dia minta no IC n doktor yg supervise. Dia check2, ada lagi.
Hihi.
Aku tanya boleh aku proceed balik. Dia kata takde masalah since belum smpai 2 thn. If dah lebih 2 tahun baru tak buleh sambung. Kena start from A balik la kot kan.

Mmg dah hampir sgt 2 tahun. Last aku jumpa 23 Mei.
Aku pun dah lupa semua. No tipon, nama doktor. Kad appmt seme pun ada kat rumah. Mmg aku refer kat blog aku sendiri je. Haha. Entry sini - rawatan LPPKN
Jadi, dia kata bole datang je, utk amik darah.

Lps tu 1st day period baru call balik utk buat appmt nak jumpa doktor. Hihi.
Dah. Settle. 

Apo la kono ekau ni Ida...  elok2 dah dulu nak buat treatment. Ko pegi berenti pulak. Entah ek. Aku rasa cam malas. Tp skang aku rasa perlu. Atas sbb aku dah buat satu decision yg besar kan. Yg aku buat kerana aku nak tumpukan balik treatment aku ni. Jadi, aku dah tak boleh buang masa. Umur juga tak menanti kita. Tahun ni umur aku 34 tahun, usia perkahwinan pun dah menjangkau 5 tahun. So, mengapa perlu ada rasa nanti..nanti..

Harapnya semua pun berjalan lancar semula lah.

p/s : Tahu tak kenapa aku taknak proceed kat LPPKN tu? Sbb aku takut kena cucuk2 perut tu. Haha. Mmg nonsense alasan, sbb bukan seme pun kena buat camtu. Mesti la dia diagnosis dulu poblem aku. Heh! Mmg mengada. Kalo taknak tu seribu satu alasan lah keluar kan.
Gambar profile kat Instagram.
Moga ada 'bidadari' yang Allah kurniakan pada kami.

p/s/s : disable komen lah. Tak biasa pula rasa kalo ada komen kat blog ni. Maaf ya.. apa2 kita citer kat emel. Oke :)

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers