Ari tu aku sesaja emel kat orphancare since aku tgk web dia cam ter biar ja.
Jadi, aku try emel. Aku rasa macam mmg takde la derang nak balas..
Mmg aku tak harap pun balasan. Biasa takde nyer derang nak emel balik kan.
Sekali... eh.. dia balas.
Ini lah yg aku emel kan.
Napaknya, aku belum boleh nak apply.
Nak dptkan pengesahan doktor tu payah.
Since aku sendiri pun nak buat treatment kat LPPKN.
LPPKN pun mmg visi dia nak bantu kita untuk dpt anak.
So, sapa dah menepati requirement orphancare, dan dah bersedia nak amik anak angkat, buleh la try.
Aku pun sebenarnya bukan nak ambik lagi anak angkat. Saja nak try web tu berfungsi lagi ke tak. Huhu. Lagipun aku tanya tu 'berminat untuk mengetahui cara dan prosedur' ja. Huhu.
Bagi aku menda ni bukan cam nak beli Ipad, Note, Iphone seme tu kan.
Ini menda jangka masa panjang.
Bukan sekadar amik anak angkat tu nak jadikan medium utk orang kurangkan bertanya. Masa kecik mmg seronok la nak jaga. Tggu besar sket. Bermacam dugaan yg kita kena harung.
Ini perihal tanggungjawab.
Bukan saja tanggungjawab dgn si anak yg diangkat.
Tapi tanggungjawab dengan Pencipta nya.
Kena bebtul bersedia.
Dan kami... mmg belum bersedia utk memikul tanggungjawab utk menjaga amanah orang lain.
Mungkin, satu hari nati, sekiranya pintu hati terbuka, Insyaallah... ketika itu mungkin kami sudah bersedia.
Tapi, kami sudah bersedia untuk menjaga amanah kami sendiri.
Moga ada rezeki kami.
Ya Allah... ya Maha Mendengar.
Amin.