Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, March 8, 2013

Aku kah Yang Sensitif?

Terasa macam pernah menulis tentang ini.
Tk mengapalah. Ini cerita terkini pula.

Terkadang terfikir. Seharusnya org di luar sana mengatakan aku ni over - sensitif.
Org kata tak sempat baca novel sbb ada anak. Tp aku kata balik, dah malas tu, anak je alasannya. Nak kata kita takde anak sempat nak bernovel  bagai lah - org mesti tafsirkan sensitif.
Org kata tak dpt gi bercuti sbb ada anak. Dan kita ni sering je bercuti. Konon sebab takde anak kan - skali lagi, org kata apa ha dia ni sensitif sgt
Org kata tak suka outstation sbb ada anak. Sedangkan pada masa yg sama aku pun outstation juga. Tetiba macam gembira, yg dia pula tak suka. Maklum la kita ni takde anak nak diingatkan - harus pun org kata sensitif jugak.
Org kata dia seronok pregnant. Dan kita pula terasa bila la nak merasa nikmat pregnant - sensitif lagi,
Org kata nak plan anak nombor dua, tiga, empat lima dan seterus - sensitif lagi.
Dan sebenarnya bermacam lagi.

Orang tak merasai mmg payah nak memahami.
Tu je aku nak gitau.
Simpati mmg buleh.
Tp berapa ramai yang boleh smpai ke level 'empati'

Info :
DEFINISI SIMPATI -Perasaan individu yang tertarik kepada perasaan orang lain, seolah-olah merasakan perasaan orang lain.
DEFINISI EMPATI- Rasa simpati yang amat mendalam yang mampu memberikan pengaruh kepada jiwadan fizikal kepada seseorang.
(kredit : Here)

Kata kan lah kami (aku) over - sensitif. Kata lah apa saja. Org tak merasai payah nak memahami.
Dilihat semua tu sepatutnya tak menimbulkan apa perasaan pun pada orang lain.
Tp kenapa aku sensitif. Kenapa TTCian selalu sensitif?
Terpulang lah pada yg menilaikannya atau menggelarkan apa saja utk TTCian.
Over sensitif, cepat terasa, tak memasal nak mengandaikan itu ini.

Tapi hanya Tuhan yg tahu betapa setiap bulan kami juga berharap ada keajaiban berlaku.
Tuhan yg tahu betapa kecewanya bila setiap bulan tanpa lewat, period datang menjengah.
Tuhan je yg tahu bagaimana rasanya bila melihat rakan sebaya sudah menambah bilangan anak.

Jangan sesekali kata kami tak berusaha. Atau meminta kami berusaha lebih keras.
Sejauh mana kamu tahu usaha kami.
Jangan melihat kami asik bergoyang kaki spti org yg mudah 'lekat'. Pantang jumpa jadi terus.

Ya. Katalah apa saja. Cerca lah apa saja.
Hakikatnya.
Yang melalui saja yang memahami.
google