Wednesday, January 6, 2016

# emosi

Jangan Meninggi Diri

Peringatan untuk diri sendiri dan peringatan utk semua kita yg sedang TTC, yang masih TTC dan pernah bergelar TTC'ians.

Terkadang ada juga terasa hati dengan orang yg bukan TTC.
Mereka dalam tak sedar mengguris hati kita.
Orang kata, kita yg TTC ni adalah dalam golongan sensitif. Maybe secara majoritinya benar. Ya. Kita ni kan macam ada kekurangan.

Saya berhadapan dengan byk juga contoh2 orang bukan TTC yang pada saya seolah lupa anugerah anak ni milik Allah. Bebila Allah boleh tarik.
Tidak, saya tidak katakan ini adalah balasan untuk mereka.

Tapi, perkara2 ni mmg terjadi sekeliling hidup kita. Dan ianya terjadi bila saya pernah "terasa hati" dengan ayat2 mereka.

Pertamanya.
Ada rakan seofis yang pregnant. Saya tak tahu, walhal masa tu semua orang dah tahu. Sengaja mereka sembunyikan dari saya agaknya.
Dan satu hari dia bersembang. Katanya lebih kurang "tak tahu lah puasa ni dapat puasa penuh ke tak"
Saya ada membalas sesuatu. Tapi, tak ingat apa.
Dan dia membalas "saya pregnant kak..."
Dan saya akui saya terasa hati. Saya rasakan, semasa dia berkata itu, dia seolah memandang rendah pada saya yang tak pernah pregnant ketika itu. Tapi, saya tak pernah mendoakan yg tak baik untuk nya. Saya hanya mendiamkan diri. Dan bebuat happy.
Tak lama..... dia keguguran.

Kedua.
Staff lelaki. Mengendong parcel yg agak besar utk dibawa balik.
Saya bertanya "apa tu..besar nya"
"Barang baby kakkk..."
Saya terdiam. Dalam suara nya seolah dia nak menyampaikan, tgk aku baru kawen 3 tahun dah masuk 2 orang anak.
Saya mmg ada terasa hati ketika itu.
Dan isterinya selamat melahirkan. Namun, sesuatu telah berlaku pada isterinya. Selepas bersalin terus sakit tak boleh berjalan. 

Ketiga.
Rakan lama. Baru bertemu kembali di FB. Rancak lah bersembang.
Kami sebaya tapi, dia kawen agak lewat dari saya.
Tapi, dia bunting pelamin.
Dia tak tahu saya TTC dan tak tahu berapa lama saya berkahwin. Lantas terus bertanya "berapa orang anak"
Saya kata "baru je kawen. Takde anak lagi"
Dia macam terkejut. "berapa tahun?"
"Enam" (ketika itu), jawab saya ringkas.
Masa tu dia dah 3 tahun kawen dan ada anak berumur 2 tahun (lebih kurang).
Kemudian dia mula macam meninggi diri (walhal sebelum tu dia macam rendah diri sbb lambat kawen, saya kerja di KL dsbnya. Bila dia tahu kekurangan kita yg takde anak, terus lain nadanya)
Saya terasa hati dan saya rasa seolah dia macam nak kata dia menang sbb ada anak.
Saya langsung tak iri. Tapi, sepatutnya dia tak boleh nak jadikan isu anak utk memanjangkan perbualan. Akhirnya saya langsung tak bertegur lagi dgn dia di laman sosial.
Bebaru ini lps saya on semula FB (lama dah deactivated FB), saya tgk ada share di newsfeed. Anak keduanya meninggal dunia. Belum setahun umurnya. Baru beberapa bulan.
Saya teringat perbualan kami dahulu. Dan saya tidak pernah sangka perkara ni berlaku dalam hidupnya. Anak dia juga pergi dalam keadaan tidak disangka. Bukan sakit, bukan eksiden. Mmg secara tetiba.

Bagi kita yg pernah merasai ujian TTC, dan bila kita dah dikurniakan rezeki oleh Allah, jangan sekelumit pun ada rasa bangga dalam diri kita.
Semua itu milik Allah.

Takut. Memang takut.
Terkadang, bila kita tak diuji ni, kita terlupa. Kita tak sangka, kita pernah mengguris hati orang yg childless secara tak sengaja.

Kita sangka, anak tu milik kita selamanya. Kita sangka dengan adanya anak kita dah menang dengan semua orang.
Dan akhirnya mereka pula diuji dengan pelbagai ujian yg lebih berat.

Kawan2 TTC semua, kita pernah diuji atau kita sedang diuji.
Jadikan ujian ni satu cara kita untuk muhasabah diri kita.

No comments:

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers