Saturday, May 7, 2011

Terima Kasih Mak (s)

11:07 AM 1 Comments
Minggu ini. Hujung minggu yg ada hari istimewa.
Hari ibu!

Maka, mari lah kita ucapkan Selamat Hari Ibu pada ibu kita. Ibu kita yg tersayang dan untuk ibu mertua kita juga. Terima kasih mak kerana mak telah melahirkan saya, menjaga saya dan membesarkan saya dan Alhamdulillah, saya mengecapi apa yg saya sedang kecapi sekarang.  Saya bersyukur kerana mak adalah mak saya.
Dan utk mak mertua ku, terima kasih melahirkan insan yang sgt baik hati utk saya yg kini telah menjadi suami saya.

Nak tulis pepanjang tak boleh nati sedih. Cakap pasal mak je sure sedih, lagi pulak aku yg duk jauh ngan mak, yg sebulan sekali je jumpa. Hanya telefon yg jadi penyambung kasih. Kalo agak lama je tak call, mesti mak tnya 'lama da tak tepon, kenapa? sebok?' Huhu. Padahal baru 3,4 ari je. Jadi setiap 2 ari sekali mesti saya call mak. Jgn biarkan mak tertunggu tunggu atau mak sendiri yg call sbb penah dgr penceramah motivasi ckp, kalo tetiba mak call sbb kita da lama tak call, buleh jatuh jadi berdosa sbb mcm kita lupakan ibu. Oh...

Setelah ketiadaan ayah 6 tahun lalu (oh. betapa cpt masa berlalu tanpa sedar. Al-Fatihah utk ayah), maka hanya mak saja lah tpt mengadu skang. Walo mmg taknak bagi mak bersedih, bagi mak terasa tapi kadang tetap ada jugak. Maafkan saya mak. Saya cuba utk jadi anak yang terbaik.

Dulu mak salu ckp 'kamu tak jadi ibu lagi, sbb tu kamu tak tau perasaan ibu'. Mak, doakan lah saya mak utk jadi ibu, utk merasai perasaan mak. (oh..sambil menaip ni berderai plak air mata). 

Apa pun. Selamat Hari Ibu utk semua... Mak, Ada sayang sgt sgt mak. Mak lah mak terbaik utk Ada. Selamanya...
Mak mertua berbaju hijau, mak berbaju biru. 
Ni gmbr masa wat makan2 kat umah. 
Masa our 1st wedding anniversary. 
Jadi terpaksa la dibagi effect kat wambut tu. Huhu.

*kenapa aku buat entry Hari Ibu kat blog ni? sbb di blog ni lah segala harapan aku utk menjadi ibu tertulis.

Friday, May 6, 2011

Keyword Yang Berkunjung

1:09 PM 0 Comments
Haha. Takde stori pasal treatment or TTC yg nak di up kan.
So, kita santai2 citer pasal keyword.
Jenguk keyword blog ni kat Nuffnang.
Maka terkeluarlah ini.

Hik hik.
Oke kita tgk satu persatu yer.

1) Rajuk Jiwa Menanti Permata 
-ok la. takde apa la yg kelakar.

2) Borang untuk ujian kumpulan darah 
-ha ni mesti termasuk kat entry ujian darah yg aku buat kat LPPKN. Maaf le kalo tk dpt apa dicarik yer. Hik hik.
Nak buat ujian takyah borang kut. Pegi je kat spital.
3) nak keluar akaun kedua kwsp nk kawin 
-alahai... ni mmg rasa cam kelakar, tp pada masa yg sama cam kesian plak. Satu, sian sbb kat blog ni mmg takde la apa dihajatinya tu. Keduanya, buleh kuar duit KWSP eh utk kawin? Lps tu mesti dia kecewa sbb pasal akaun kedua kwsp ni aku citer pasal buat treatment utk dapat anak pulak. Org tu baru nak kuar duit utk kawen, aku da citer treatment tak dpt anak. Hihi.

4) prosuder h.s.g di jalankan (mmg ditaip begitu yer. aku copy n paste je ni)
-ha.. yg ni betul la kalo masuk sini. Tp aku nyer takde la detail sgt 'prosuder' nyer. Ngeheheh :D

5) Jurnal susu kambing 
-gulp...??? apa kah yg dicarik oleh pencarik?? jurnal?? susu?? atau kambing?? ada ke jurnal susu kambing. Ada ke keyword aku yg aku tulis camni? Teheheheh.
Tp aku yakin ni mesti termasuk kat entry susu kambing tu.
Sini adalah blog My TTC Journal. Jurnal utk aku tulis pahit manis utk conceive, bkn jurnal susu kambing atau jurnal jual susu kambing mahupun jurnal kambing. Teheheheh..... adehh..pelawok..pelawokk...

Wednesday, May 4, 2011

HSG : Sebelum, Semasa, Selepas

10:56 PM 18 Comments
Lama dah aku nak publish entry ni. Tp cam takde mood. Tp utk info kengkawan yg nak buat HSG, aku buh la. 
Tp harus diingatkan, pengalaman memasing adalah berbeza. Ini hanya sekadar berkongsi pengalaman yg che puan stoberi lalui dalam merasai 'nikmat' HSG. Mungkin leh jadikan panduan :)
HSG adalah singkatan dari hysterosalpingogram. Satu ujian utk mengesan apa kah sebenarnya berada dlm sistem peranakan kita hingga menyebabkan kita begitu 'istimewa'.
Utk tau pasal HSG ni, just taip je HSG kat google. Beribu ribu info akan dpt. Jadi ni info dari saya ya.
Sebelum
1) Kalo ikut prosedur di LPPKN, dia akan bagi satu surat yg mengatakan kita di refer dari LPPKN. Nurse LPPKN ada la brief sket cemna proses tu.
2) Nurse bagitau sehari sebelum buat HCG adalah tidak boleh 'bersama' dgn suami. Tapi kalo aku baca kat artikel2 kat internet pula dikatakan tak boleh 'bersama' langsung selepas period sebelum buat HSG. Mungkin dikhuatiri, ada ovum melekat dgn sperm pula. Jadi saya mengambil langkah langsung tidak bersama sebaik saja bersih sebelum buat ujian HSG.
3)Dptkan seberapa banyak maklumat tentang HSG.
4) Dari maklumat tersebut akan ada memacam feedback tentang pengalaman HSG esp kesakitan. Ramai yg kata sakit. Tapi sematkan di hati mu bahawa setiap org lain rasa kesakitannya.
5) Maka persediaan mental sebelum ujian ini amat diperlukan. Set ur mind. Kata mungkin kita kena yg tak sakit. Tak sakit. Tak sakit. Ulang2 la seberapa byk pun setiap kali kita teringat kita nak buat HSG
6) Solat hajat sebaik saja 'bersih'. Mohon segalanya dipermudahkan.
7) Oleh kerana akan diuji di bahagian 'tut' itu, maka bersihkan la mana2 yg patut. Agar tak la malu pada doktor nati.
8) Ada yg kata makan panadol 2 hours before nak HSG. Tp saya tak makan pun. Sbb saya nak tau cena rasa sakit tu. Tp saya dah spare gak panadol. If sakit lps buat HSG tu sy terus telan.

Semasa
1) Rileks. Bila da baring atas 'meja' tu, mmg kena rileks. Selawat bebanyak. Baca ayat kursi seme.
2) Bila juru xray tu suh sign borang, dgr penerangan dia. Dia akan gitau kena masuk 'dye' , itu ini. Mengkalo kita da dpt kan  maklumat kat internet maka kita akan rasa faham dgn apa dia terangkan tu.
3) Memula masa doktor nak masukkan alat tu mungkin ada rasa malu. Tp takpe. Tenang dan ikut ckp doktor saja. Doktor akan bagi tau dia nak masukkan alat apa, sakit sket, senak sket. Camtu lah.
4) Ujian tu tak lama. Godek sana godek sini, dlm 15-20 minit siap la. Cuma kena tunggu dlm 1/2 jam utk tgk aliran 'dye' tu.

Selepas
1) Ada sedikit pendarahan. Juru xray akan bagi satu menda mcm pad. Sbb darah turun sket dgn cecair dye yg keluar. Kalo bawak pad, boleh pakai pad. Kalo tak, pakai je pantiliner. Oke dah kut. Tp ingat, lain org lain  hasilnya. Cam saya mmg tak banyak pun darah. Tp pasti berdarah. Biasa la.. ada mendasing masuk situ kan. Memula masa mendasing yg 'itu' masuk pun berdarah gak kan. So, usah gusar. Itu normal. Doktor pun kata gitu. Tp if berdarah berterusan, or pas 2,3 ari ada darah lagi cepat2 gi jumpa doktor ya.
2) Kalo senak lagi, nak jalan pun tak boleh, telan je panadol. Tp saya rasa saya oke. Jadi tak makan la panadol. Makan McD lagi ada. Hihi.
3) Rasa senak mungkin ada. Mungkin leh buatkan kita trauma utk 'bersama'. Biasanya HSG ni ari ke10, kemungkinan bertelur lak ari ke 12-15. Sayang plak telur. Mana la tau, kot sungai telah dibuka luas, mungkin air di empangan buleh mengalir laju. Eh. Macam citer Hikayat Merong Mahawangsa pulak. Hihikkkk.

Maka itu saja. Jgn rasa takut utk buat HSG ni. Sbb kejap je pun. Kalo kita tak buat lagi kita tatau. Dan aku syorkan buat la HSG ni dulu sblm proceed to any treatment. Sbb boleh tau apa masalah, apa tersekat, apa terlekat dan apa tersumbat. Hihi.
Tp terpulang pada tempat treatment memasing gak kan. Cam clerk aku, dia buat kat HUKM. Takde pun katanya HSG ni.
Dan tahap kesakitan juga berbeza. Mungkin pada yg senggugut mcm aku yg tahap peluh2 sejuk, pucat2 lesi dan sakittt giler pada perut akan rasa takde apa kot HSG ni. Doktor yg buat test ni pun bila da abis dia tanya aku 'sakit ke nervous?'. Aku gelak je. 'Nervous kot, sbb saya da biasa senggugut teruk' aku jawab. 'Owh, so ni nothing to u la' kata doktor tu. Hihik.
Seriyes, rasa dia mmg senak mcm senggugut tu. Cramp sket. Tp sekejap. Senggugut tu lagi lama ko. Sari suntuk kadang. Aku kalo da senggugut tu letak losyen halia pedas panas extra tu, tuam dgn air panas, telan panadol then tido. Itu je ubat dia.

So, jgn takut yer. Buat je HSG tu. 
(aku ada tgk keyword kat Nuffnang, ada yg cari 'pendarahan lps HSG'. Jika yg mencari itu mahukan jawapan adakah berdarah atau tak, maka jawapannya mmg ada darah. Byk atau sket terpulang pada penerimaan badan memasing. Yg penting kita rilek... )

Igt yg ni, Insyallah... semua akan oke

Kredit : Here
Demi mu, anak...........

Tuesday, May 3, 2011

Menumpang Kasih

6:38 PM 10 Comments
Hihi. Tajuk cam kesian.
Ni ha.

Menumpang kasih anak org kekdahnya.
1st ever kot aku taruk gmbr sendiri dlm blog ni.
Mmg mencik tgk gmbr tu sbb double chin. Ada petua tak nak ilangkan double chin tu? Geram haku.
If ada sesapa terjumpa aku kat LPPKN tu harap tegur la yer. Teringin gak nk jumpa rakan se blog. Bkn susah nak kenal. Kut ada org ber double chin tu aku le tu. Sbb aku sker pakai tudung awning tu lagi la terserlah ke dabel an nyer tu. Hahahah.
Tp aku sker je gmbr ni. Si Mia ni memula cam susah je nak amik dia.
Dah last2 nak balik tu terai amik dia dari mak dia.
Eh eh.. nak plak dia. Tu trus amik gmbr tu.
Ni gmbr anak kawan aku ni. Lps kiterang 'melalak' kat 'Kotak Merah, Sogo' semalam.
Ada chemistry kot... miahahahah

Ni kalo aku taruk kat FB mesti org akan kata 'hai, anak sendiri bila lagi?'.
Mmg rasa nak bako je.... hieee....

Rawatan : LPPKN - 2nd visit

10:41 AM 3 Comments
3 May 2011.

Fuh. Lega. Dah selesai pun amik darah utk day21.
Smpai kat LPPKN around 8am.
Masuk je tgk da ramai org.
Oh. Ramainya. Mebi sbb da cuti pjg kan.
Mana yg patut appmt smlm (Isnin) pun da tolak ke ari ni.
Tp sy cuma amik darah. So, tak la lama.
Kul 8.45 da siap seme. Amik time slip.
Nurse tu tulis kul 9.20am.

Sebenar takyah amik time slip pun takpe.
Da msg bos pun pepagi tu.
Tp tak elok la kan. Kerja kena la ada prosedur.
Da masuk lewat, msg bos then masukkan punch kad dlm bilik bos utk di sign beserta borang masuk lewat yg dikepilkan bersama time slip.

Ari ni takyah bayar apa2 pun.
Nurse tu kata retu da bayar.
Oke lah cam gitu.

Maka, skang tunggu next cycle. Call utk appmt berjumpa Doktor Ghaffar plak.
Hurm. Mmg tak sabar. Tp dlm nxt week je kut. Cycle aku kan on d dot dan tak panjang.

Tp berharap jugak tak perlu jumpa doktor.
Mana tau kut2 ter lekat lps HSG retu
Teheheheh. Bangan la kan. Haih!

Kos utk ari ni : RM4.50 utk paking di Maju Junction. Sarapan pagi - nasik lemak, milo ais. Kos tatau. Asben baya. Teh teh teheheheheh :D

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers