Tuesday, April 23, 2013

Bersangka Baik Dengan Allah.

8:00 AM 0 Comments
Sentiasa bersangka baik lah dengan Allah dengan setiap ujian yang kita hadapi. Hadapilah dengan tenang. Hadapi lah dengan redha. Jangan terlalu mengeluh dengan nasib diri yang kita rasakan tidak bernasib baik sebagaimana orang lain.

Pandang sekeliling diri kita. 
Selama hidup kita di dunia ini.
Sekali pun Allah tidak menzalimi kita.
Belum ada rezeki itu, diberi limpahan rezeki lain utk kita.

Oke. Itu mukadimah.

Selepas ni, mungkin nada blog/entry ni agak berlainan dengan sebelum ni. Tapi seboleh2 saya tak mahu 'suram' kan blog ni. Pikir positif.
Sebelum ni saya ada tulis saya ada appoinment untuk treatment.
Dan saya ada tulis juga saya pernah buat appmt dengan klinik Dr Hamid. Ya. Utk mendapat date appmt bukan lah mudah. Terpaksa menunggu terlalu lama. Tapi, terkadang, Allah permudahkan. Allah itu Maha Mendengar. KuasaNya lebih hebat dari apa yang ada di dunia ini. Itu pun kita semua tahu.

Sebenarnya, date appmt saya adalah 4 Julai 2013 (saya call dalam bulan 3). Betapa lamanya kena menunggu. Saya redha. Dan dlm pada itu saya call juga LPPKN utk buat semula treatment.
Tapi, kuasa Allah mengatasi segalanya. Kun Fa Ya Kun. 11 April - dpt call dari klinik dr Hamid. Dia tanya nak tak kalo dia percepatkan date appmt ke 19hb April. Saya cam tanjat gegel kejap. Rasa tak percaya pun ada. Takkan taknak kan. Katanya ada yg cancel then dia masukkan saya, sbb saya ada request.

Oke, sebelum saya berbicara lebih panjang, harap jgn ada rasa tak puas hati. Sebenarnya lepas sy call utk buat appmt tu saya tak pernah pun nak call lagi tanya ada tak yg kosong. Lps call saya bebuat lupa je dan tggu bulan 7. Biar lah. Lagipun saya nak proceed semula di LPPKN. Cuma masa call tu saya cuma kata "lamanya... date lain penuh yer". Itu saja. Takde memaksa. Jadi, kita tggu.

Tapi, mungkin ada 'sesuatu' Allah nak sampaikan. Melalui doktor itu. Apa yg terjadi, hanya Allah yang tahu. Sentiasa lah dekat pada Dia. Saya akui, terkadang saya sendiri cuai, culas. Terkadang, ada solat fardhu yg saya tidak qada semula hanya kerana berpeleseran di shopping complex, atau hanya kerana menonton wayang. Tapi Allah tak pernah kedekut dengan kita. Dipermudahkan lagi urusan kita.

Dan pada weekend sblm date appmt tu kami suami isteri dah riki jalan. Senang. Sbb appmt tu hari Jumaat petang, tau lah hazabnya cemana. Dan pada 15hb sekali lagi klinik confirmkan kehadiran. Alhamdullillah.

19 April - Jumaat - appmt kami petang.
Agak awal kami sampai. Husband pegi solat. Saya tunggu dalam kereta. Mujo dpt parking redup. Sekali lagi Allah permudahkan. Walo tidak lah dpn klinik tp tidak lah terlalu jauh. Alhamdulillah. Selesai solat, kami naik klinik. Tk berapa ramai lagi orang lagi. Letakkan IC since kami 1st time ke sini. Lps diambil rekod diri, tunggu sekejap then jumpa doktor. 
Ya. Mmg ada 'sesuatu'. Sbb itu lah Tuhan memberi laluan ini. Kalo tidak selamanya saya tak tahu. Dan kalo lambat mungkin akan memudaratkan ('sesuatu' ini akan saya ceritakan pada next entry).

Bila keluar dari klinik saya terfikir. Mmg Allah nak permudahkan laluan. Kalau bulan 7 mmg dah hampir sgt dengan bulan Ramadhan, then hari raya. Lps tu saya perlu uruskan appmt mak di Hosp Serdang. Mak mmg ada masalah jantung and kena follow up di Serdang. Lepas raya mak perlu  buat CT Scan then bulan 9 jumpa doktor pula. Kalo 1st appmt saya bulan 7 mungkin ada masalah sbb ada prosedur yg saya kena jalankan.

Untuk itu, saya rasa amat bersyukur kerana dipermudahkan.
Saya rasa sebak sangat sbb walau Allah uji saya dengan ujian ini, saya tak pernah merasa 'susah'. Pasti ada jalan yang dipermudahkan.
Allah uji kita sesuai dengan kemampuan kita. Jangan sesekali rasa 'down',

Next entry saya akan cerita detail 1st appmt, cost dan 'sesuatu' itu.
Apa yang penting - kerjasama....
Kita mesti lah mensyukuri nikmat yang Allah berikan pada kita instead of kita meratap hiba dengan dugaan ini.
Insyaallah.
Google

Monday, April 22, 2013

Pengalaman Baru, Cerita Baru

8:25 AM 0 Comments
Assalamualaikum kengkawan seme.
Maaf URL blog bertukar lagi.
Sbb kali ni byk cerita baru yg akan dikongsi.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Dan.
Allah tidak sama sekali menzalimi hambaNya.
Jangan pernah berburuk sangka dengan Allah bila kita diuji.
Kerana setiap ujian tu akan diiringi dengan jalan penyelesaiannya.
Pasti ada.
Cuma kita lah yg perlu bersabar dalam menanti penyelesaian itu.

Lps ni, ada cerita baru yg saya ingin kongsikan.
Cerita baru, pengalaman baru dan moga ada rezeki baru.
Huhu.

Apa pun, sentiasa ingat dan percaya, setiap berlaku ada hikmahnya.

Thursday, April 18, 2013

Esok Harinya

1:16 PM
Esok harinya.
Moga-moga aku bertabah dan terbuka hati nak teruskan rawatan hingga ke sudah.
Hingga berjaya.
No more hangat2 tahi ayam.
No more sekerat jalan.
No more ada alasan nak berjalan ke mana-mana.

So, skang ni tahan diri dari booking ke mana-mana.
Tumpukan pada rawatan ini.

Tanda-tanda Allah makbulkan doa, adalah bila kita mula berusaha.
Semoga dipermudahkan.
Amin...

google
p/s : akan diceritakan kemudian rawatan apa, di mana dan semua prosedurnya nati ya.

Friday, April 12, 2013

Pengumuman : Emel Baru

12:49 PM 0 Comments
Assalamualaikum.
Sapa follow kebun stoberi, mungkin akan tgk entry yg sama camni.

Dengan ini saya ingin meminta maaf sekiranya ada emel yg saya tak balas.
Bukan saya sombong atau buat tak layan.
Sbb kalo emel, Insyaallah mmg saya tak pernah tak balas. Lambat atau cepat, pasti saya balas. Mmg ada kawan2 yg emel saya utk dapatkan info berkaitan TTC ni dan setghnya mmg dah jadi kawan di FB, Instagram, whats app (we chat je blum. hihi)

Pada yg saya tak balas tu, sebenarnya emel yg dihantar tu tersalah hantar.


Pagi tadi, dpt emel dari kawan kita ni.
Kesian dia. Memacam emel dia dapat katanya. Tanya pasal LPPKN lah, pasal tupperware lah. Huhu. Yer, itu seme emel saya lah tu.
Mungkin ada yg tertaip salah masa nak tulis STOBERI hingga menjadi STROBERI.

Sebenarnya cikstoberi - STO. Bukan cikstroberi -STRO. Itu yg terpegi ke kawan kita lagi sorang tu.

Jadi, untuk mengelakkan permasalahan.
Lagi2 pulak kisah kita ni agak private kan. 
Maka,
segala emel, terus ke emel yg ini saja
idaramli2011@gmail.com

Boleh ya.
idaramli2011@gmail.com

Jangan tertinggal 2011 tu plak. Kang ter pegi ke lain lagi. Huhu.
Jadi, saya open juga comment kat entry ni, utk tgk ada tak sesapa lagi yg pernah emel saya, tp saya 'tak layan'. Huhu. Maaf, maaf, maaf.

Ada setengah emel yg cikstroberi tu fwd semula.

Tapi ada setengah dia dah delete katanya.
Kalo ada yg masih nak dptkan apa2 maklumat, buleh la emel saya semula.
Cuma kalo nak gchat tu payah sket la. Sbb saya byk guna emel cikstoberi tu. Boleh je nak contact thro emel tu, cuma, pastikan eja stoberi tu bebetul lah. STOBERI ya :)

Pada yg mmg dah selalu emel saya ke emel cikstoberi, buleh teruskan. Betul lah tu emel tu.
Tapi, pada yg baru nak emel ke apa, emel trus ke 
idaramli2011@gmail.com ya.
Saya juga akan tukar serta merta alamat emel kat column sebelah nih.
Mekasih ya.

Tuesday, April 9, 2013

Penantian 11 Tahun

5:46 PM
Lagi satu cerita yg boleh dijadikan sumber semangat utk kita.
Yang masih lagi ber TTC.
Sentiasa ingat, kita bukan keseorangan dalam menjalani ujian ini.
Ramai. Mmg ramai.
Malahan terlalu lama menanti.
Jadikan lah kesabaran mereka itu sebagai inspirasi utk kita :)

Gambar scan bayi 19 minggu. Umor ibu 32 tahun selama 11 tahun cuba hamil tapi gagal. Alhamdulillah hamil lepas rawatan kita. Scan nampak anak lelaki. Doakan dia selamat hamil dan lahirkan anak soleh.
Kredit : FB Dr Hamid

Bila aku share di wall aku, ada juga yg kata 'untung dia kawen awal, 11 tahun kawen pun masih muda umurnya'. Ya. Aku pun kawen lewat. Genap umur 29 tahun. Pun kalo dikira tggu 11 tahun mmg kata orang tu takde harapan dah.
Tapi.
Takkan kita nak bergoyang kaki menunggu miracle kan.
Teruskan berusaha.
Teruskan mendapat treatment dari memana doktor kalo umur dah mencecah 30tahun.
Memana doktor pun takkan menolak utk membantu kita kalau umur kita dah cecah 30 tahun.
Berusahalah. 
Dari entry yg lepas pun yg dari blog Dr Adilah tu pun, si ibu hamil dalam usia agak lewat juga setelah 21 tahun menanti.

Memang bukan mudah.
Tapi. 
Ini lah pengalaman yg amat berharga untuk kita.
Dan.
Takkan ada pada orang lain.

Diam tak diam aku pun serasa tak percaya yg aku sudah hampir 5 tahun menanti cahaya mata.
Hurmmm...mmg ada tertanya2. 
Memang ada rasa - kalo ada anak pasti nak ke tadika dah.
Tapi. Dah begini ditentukan.

Sentiasa ingat - Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya :)

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers