Tuesday, April 23, 2013

# rawatan perubatan

Bersangka Baik Dengan Allah.

Sentiasa bersangka baik lah dengan Allah dengan setiap ujian yang kita hadapi. Hadapilah dengan tenang. Hadapi lah dengan redha. Jangan terlalu mengeluh dengan nasib diri yang kita rasakan tidak bernasib baik sebagaimana orang lain.

Pandang sekeliling diri kita. 
Selama hidup kita di dunia ini.
Sekali pun Allah tidak menzalimi kita.
Belum ada rezeki itu, diberi limpahan rezeki lain utk kita.

Oke. Itu mukadimah.

Selepas ni, mungkin nada blog/entry ni agak berlainan dengan sebelum ni. Tapi seboleh2 saya tak mahu 'suram' kan blog ni. Pikir positif.
Sebelum ni saya ada tulis saya ada appoinment untuk treatment.
Dan saya ada tulis juga saya pernah buat appmt dengan klinik Dr Hamid. Ya. Utk mendapat date appmt bukan lah mudah. Terpaksa menunggu terlalu lama. Tapi, terkadang, Allah permudahkan. Allah itu Maha Mendengar. KuasaNya lebih hebat dari apa yang ada di dunia ini. Itu pun kita semua tahu.

Sebenarnya, date appmt saya adalah 4 Julai 2013 (saya call dalam bulan 3). Betapa lamanya kena menunggu. Saya redha. Dan dlm pada itu saya call juga LPPKN utk buat semula treatment.
Tapi, kuasa Allah mengatasi segalanya. Kun Fa Ya Kun. 11 April - dpt call dari klinik dr Hamid. Dia tanya nak tak kalo dia percepatkan date appmt ke 19hb April. Saya cam tanjat gegel kejap. Rasa tak percaya pun ada. Takkan taknak kan. Katanya ada yg cancel then dia masukkan saya, sbb saya ada request.

Oke, sebelum saya berbicara lebih panjang, harap jgn ada rasa tak puas hati. Sebenarnya lepas sy call utk buat appmt tu saya tak pernah pun nak call lagi tanya ada tak yg kosong. Lps call saya bebuat lupa je dan tggu bulan 7. Biar lah. Lagipun saya nak proceed semula di LPPKN. Cuma masa call tu saya cuma kata "lamanya... date lain penuh yer". Itu saja. Takde memaksa. Jadi, kita tggu.

Tapi, mungkin ada 'sesuatu' Allah nak sampaikan. Melalui doktor itu. Apa yg terjadi, hanya Allah yang tahu. Sentiasa lah dekat pada Dia. Saya akui, terkadang saya sendiri cuai, culas. Terkadang, ada solat fardhu yg saya tidak qada semula hanya kerana berpeleseran di shopping complex, atau hanya kerana menonton wayang. Tapi Allah tak pernah kedekut dengan kita. Dipermudahkan lagi urusan kita.

Dan pada weekend sblm date appmt tu kami suami isteri dah riki jalan. Senang. Sbb appmt tu hari Jumaat petang, tau lah hazabnya cemana. Dan pada 15hb sekali lagi klinik confirmkan kehadiran. Alhamdullillah.

19 April - Jumaat - appmt kami petang.
Agak awal kami sampai. Husband pegi solat. Saya tunggu dalam kereta. Mujo dpt parking redup. Sekali lagi Allah permudahkan. Walo tidak lah dpn klinik tp tidak lah terlalu jauh. Alhamdulillah. Selesai solat, kami naik klinik. Tk berapa ramai lagi orang lagi. Letakkan IC since kami 1st time ke sini. Lps diambil rekod diri, tunggu sekejap then jumpa doktor. 
Ya. Mmg ada 'sesuatu'. Sbb itu lah Tuhan memberi laluan ini. Kalo tidak selamanya saya tak tahu. Dan kalo lambat mungkin akan memudaratkan ('sesuatu' ini akan saya ceritakan pada next entry).

Bila keluar dari klinik saya terfikir. Mmg Allah nak permudahkan laluan. Kalau bulan 7 mmg dah hampir sgt dengan bulan Ramadhan, then hari raya. Lps tu saya perlu uruskan appmt mak di Hosp Serdang. Mak mmg ada masalah jantung and kena follow up di Serdang. Lepas raya mak perlu  buat CT Scan then bulan 9 jumpa doktor pula. Kalo 1st appmt saya bulan 7 mungkin ada masalah sbb ada prosedur yg saya kena jalankan.

Untuk itu, saya rasa amat bersyukur kerana dipermudahkan.
Saya rasa sebak sangat sbb walau Allah uji saya dengan ujian ini, saya tak pernah merasa 'susah'. Pasti ada jalan yang dipermudahkan.
Allah uji kita sesuai dengan kemampuan kita. Jangan sesekali rasa 'down',

Next entry saya akan cerita detail 1st appmt, cost dan 'sesuatu' itu.
Apa yang penting - kerjasama....
Kita mesti lah mensyukuri nikmat yang Allah berikan pada kita instead of kita meratap hiba dengan dugaan ini.
Insyaallah.
Google

No comments:

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers