19 April 2013 (Jumaat)
*****
1st appoinment di Klinik Dr Hamid Arshat. Pertama kali sampai. Sebenar tak susah pun mencari klinik ni. If kita dari KL, naik je Lebuhraya Mahameru, pastu sebelum KL Sentral (selepas Jabatan Hutan), amik lorong kiri yg menghala Damansara, Bangsar tu. Lps tu nati naik lagi ke kiri yg ada tulis Jalan Semantan, Jalan Dungun. Follow saja laluan tu. Dkt sekolah ada masuk simpang kiri kalo tak silap. Terus je smpai lah ke Plaza Damansara - berhampiran dengan Masjid Saidina Omar. Parking payah sket la kalo area klinik tu, tp pusing2 la bulatan tu. Kalo ada rezeki, dpt lah. Tepi jalan tu pun mmg boleh parking (berbayar). Atau pun parking kat basemen pun boleh.
Appoinment kami jam 2.15ptg. Asben solat Jumaat kat masjid tu while me - tunggu dlm keta tgk FB, Instagram. Mujo dpt parking bawah pokok. Tak lah membahang.
Settle asben solat, kami terus ke klinik. Oleh kerana saya pernah buat HSG, sy bawa jugak lah film HSG tu. Smpai sana orang pun dah ada, tp tak ramai lagi.
1st time dtg - letak IC asben n wife dlm kotak disediakan. Kalo dah dtg byk kali, letak kad appoinment lah. Prosedur yg sama kat memana pun kan. Duduk sekejap kat ruangan menunggu yg ada sofa empok tu. Tak lama, nama pun dipanggil. Dia amik butiran sket, tanya itu ini, timbang berat seme, then tggu lagi. Berlainan dgn LPPKN, 1st time datang kena amik darah. Kat sini takde.
Dalam 10minit lepas tu, nama dipanggil utk jumpa doktor. Wah. Berdebar sungguh rasa. Doktor pun tanya2 ikut data kita tu then dia suh g scan. Laju giler proses kan. Masuk dlm bilik scan tu. Ada staff perempuan yg scan kan. Don't worry. Tapi kalo nak mudah, pakai la jubah/dress/blause labuh. Selesa sket lah. At least, kita tanggalkan seluar kecik ja. Kalo pakai seluar panjang/jeans seme kena tanggal. Kena plak baju pendek/t-shirt - ha...lagi malu kan. Tak boleh nak cover bawah plak. Hikhik. Saya pada hari tu, mmg pakai dress labuh from Zalora (ceh..sempat lagi nak iklan. Haha).
So, dia trus scan - TVS to be exact. TVS is Transvaginal scan.
Skali budak tu pun cam terperanjat.
"Eh. Ni ada cyst"
Saya pun cam eh..eh.. cam tak tau nak respond apa.
Dia panggil doktor. Doktor tgk pastu panggil asben skali. Tgk monitor. (which rasanya asben tak paham pun tgk apa yg ada kt monitor tu. Haha)
Adoi.
Cyst plak dah. Lps tu macam ada fibroid juga. Tp saiz kecik.
Ah sudah. Begitu pula ceritanya kan.
Then dah settle scan tu, staff tu tanya gak la. Suka makan megi ke, KFC ke, air coke ke.
Jawapannya, takde la suka, tp tak de lah tak makan. Tapi takde la kerap mana. Cam megi tu, kata sebulan skali pun payah. Tp stok tu ada je kat umah. In case, teringin ada. KFC, McD tu ada la... tp takde la balun tetiap minggu. Air gas - kureng. Selalu kalo beli fastfood amik air twister / ribena.
Mungkin dia nak kaitkan dgn segala mendasing dalam perut ni dgn pemakanan. Huhu. Entah lah. Kadang kita tak makan pun seme tu, jadi juga. Kadang, ada yg makan hehari menda2 tu, pun beranak juga. So, cemana. Redha. Ini 'bahagian' kita. Jangan tanya kenapa dia camtu, kenapa aku camni? Takkan dapat jawapan. Buat sakit kepala je.
Lps tu jumpa doktor balik. Doktor lukis2 bagitau itu ini.
"Kita advise operate jelah"
Gulp!
Takut giler hoke nak kena operate2 plak.
Tapi cara doktor tu cam takde apa pun. Ala sket je ni, 2cm, buang sini, ikat sini, bla bla bla... MC sebulan! Pergh.
Kos - dalam 6-7k kalo buat kat klinik dia. Around 10k kalo kat Pantai Medical - menggunakan insurans. Since saya mmg takde insurans, kalo nak buat, buat kat klinik dia lah. Jadi, kami minta masa sket utk buat decision (kebetulan aku trus balik kg lps tu, sng lah nak tnya dgn famili).
Doktor pun oke lah. Dia kata dia tak buleh nak buat prosedur lain since kami dah lama kawen. Patut boleh mengandung katanya. Saya sempat bertanya gak simptom2 cyst tu sbb cycle period oke amat. Dia kata simptom dia cam senggugut tu. Pastu tak buleh pregnant tu lah. Tp sy suspect sbb ini lah period saya sket. Mungkin darah tak keluar sepenuhnya dan membentuk satu 'rumah' dia sendiri. Itu teori saya lah.
Settle - amik ubat. Saya dpt fish oil n obimin. Asben dpt Vit E ngan Kapikachu. Total utk 1st visit ni - RM337. Tu termasuk ubat, consultation n TVS. Tak la mahal sgt. Oke dah tu sbb tgk bil utk scan hanya RM45
Jadi, 3 hari jugak lah berpikir. Bertanya pendapat 2,3 orang. Ada yg kata dptkan 2nd opinion. Ada yg kata proceed.
Itu lah. Sebagaimana dikata. Ini lah laluan yg Allah permudahkan. Kalo bulan 7 baru saya pegi, entah apa pula jadinya dalam perut nih. Saya pun tak suspect langsung ada cyst. Tapi itu lah. Kalo kita senggugut, walau pun mild, pergilah jumpa doktor. Memana pun takpe. Minta buat TVS kalo buleh. Lagi cepat kita tau lagi mudah. Ini bkn kes biasa. Mesti ada sesuatu. Yer, betul. Ada yg senggugut teruk pun, buleh je pregnant. Tu lah spti saya kata - memasing punya bahagian kan.
Next entry : date untuk operation (laparoscopy)
Demi permata ini. Segalanya akan dilakukan. Mudah-mudahan impian ku dimakbulkan.
google. |
1 comment:
Kawan eka ada juga cyst,tp doc ckp takde apa yg perlu dirisaukan kenapa ye agaknya.maybe saiz kecik kot.tp setahu eka 2cm mcm kecik je kan.takpe la kekda bt je yg terbaik.bt je apa yg doc sarankan.gud luck taw
Post a Comment