Tuesday, August 18, 2020

Bulan Ogos 2020

2:28 PM

 Aimok.. 1 year kome weh tak update.
Huhuhuhu.

Memacam terjadi utk tempoh 1 tahun ini.
Tetiba negara huru hara dek Covid-19.
Bulan Mac, 1 Malaysia kena PKP .
Lepas tu bulan Jun, ayah saudara Rizq - abg ibu Rizq meninggal dunia.
5 hari selepas birthday Rizq ke 4.
Segalanya berlaku bagai mimpi.

Al-Fatihah.

1 Jun 2020.
Rizq turn 4.
Masa tu masih buleh WFH.
Emak order cake yg sedap lagi cantik.

Alhamdulillah.


Kemudian. Plan utk buat photoshoot pun tertangguh akibat PKP.
Tapi, buat jugak lah. Bulan 7 baru buat. 
Outdoor di Kemaman.

1 Julai - masuk sekolah semula setelah tak pergi sekolah sekian lama.
Nenek asuh mohon utk tak jaga Rizq sbb takut apa2 jadi.
Makanya, import opah utk jaga selepas balik sekolah.

Perkembangan dia di sekolah pun makin bagus.
Cuma teacher kata dia tak berapa suka nak kaler.
Teacher kata dia mcm menghafal nombor (huruf2 okay), sbb numbering ni dia akan baca ikut turutan. Hurm. Emak confuse. Sbb kat rumah takde pulak dia mcm menghafal. Selalu buat match utk numbering, dia buleh ja kenal tak ikut turutan. Kira berapa objek and then dia match. Dia buleh je buat. 

Takpe lah. Asal perkembangan okay saja. Still ada routine appointment dgn paed di PCMC. Setahun 2x. Just utk check perkembangan dia ja. And doc pun kata okay. 

Takpe lah.
Tiada yg lebih utama selain ibu doakan Rizq membesar dengan sihat dan menjadi anak bijak dan soleh :_

Monday, August 19, 2019

Bulan Ogos 2019

12:59 PM
Assalam n hi semua.
Lama nya tak menulis di sini.
Last bulan 2.
Sekarang dah bulan 8. Nak masuk bulan 9 dah.
Huhu.
Memacam menda tu berlaku dari bulan 2 ke bulan 8 ni.
Kita puasa, kita raya.

Nooo... jgn fikir kata Rizq nak ada adik lah tu.
Takde. Masih dia keseorangan. Plan tu macam ada. Tapi bila memikir 2 tahun nak istiqamah pam, dia terus cam adoi. Hahaha.
Sebagai pejuang susu ibu, harus lah saya akan patuh utk menyusukan anak dengan susu sendiri.
Macam Rizq Iskandar. Smpai skrg pun sebenarnya masih belum wean off sepenuhnya. Tpi dgn sendiri dia faham, dia taknak selalu.

Bercakap soal pejuang susu ibu.
Saya sekarang adalah Breastfeeding Peer Counselor.
Apa ke menda peer counselor ni mek oii...?
Rakan pembimbing penyusuan susu ibu.
Memang dah niat, bila umo 40, nak join any NGO's utk memberi khidmat pada masyarakat.
Alhamdulillah, tahun ni dapat jadi Peer Counselor (PC).
Nak jadi peer counselor ni kena ada 20jam kursus.
Baru lah buleh jadi peer counselor.

Kursus bulan April lepas. Sebelum puasa tu.
Apa yg saya boleh katakan - saya sgt seronok, teruja dengan bidang yg saya ceburi ni.
Amat berbeza dgn apa yg saya uruskan di office mahupun apa saya belajar di U dahulu.
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah kerana permudahkan.

So, bila dah grad menjadi PC, kita da buleh buat home visit. Bantu ibu2 yg nak menjayakan susu ibu. Saya ada lah bantu 2,3 ibu melalui w.app dan ada sorang buat home visit :)
Tapi, walau pun begitu, jangan lah ingat saya obses dan addicted dengan perihal susu ibu ni.
For us - fed is best.

Tak kira lah awak bagi anak awak formula ke, susu ibu ke, kita sebagai ibu mesti nak kan yg terbaik utk anak kita, kan?
Dan dalam pada tu, kita cuba lah bagi yg terbaik antara yg terbaik.

Saya join nak jadi peer counselor ni supaya saya dapat membantu lebih ramai ibu memilih utk memberikan anak dengan susu badan sendiri. Bagi orang Islam, ini sangat dituntut sebagaimana dalam ayat Al-Quran (8 surah membicarakan tentang penyusuan susu ibu).
Kalau pun pada anak pertama tak dapat berikan susu  ibu, kita buleh beri pada anak kedua atau seterusnya. Jangan rasa gagal.
Keturunan takde susu itu ada lah mitos.
Kami para peer counselor buleh membantu. InsyaAllah.
Dan faktor umur, faktor berat bukan menjadi alasan utk tidak ada susu. Juga mitos.
Me myself mula menyusukan pada usia 36 tahun dengan berat 45kg.
Berada di office from 8 to 5pm. Mengepam di office 3x sehari tanpa gagal selama sethn setgh.
Membekalkan EBM setiap hari tanpa tambahan susu formula kepada pengasuh sebanyak 15 oz sehari.

Kalau saya boleh, anda boleh. InsyaAllah.
Memang kita berlainan, tapi apa yg diberikan Allah utk kita adalah sama.
Macam masa. Semua dapat 24 jam, tapi pelbagai cara orang gunakan masa tu.
Jadi, jangan sesekali gunakan alasan "orang tak sama".
Memang orang tak sama. Tapi, Allah berikan kita kemudahan yang sama. 
Cuma terletak pada fikiran dan minda kita untuk mengawal nya.
Jangan banyak alasan.
Hidup terlalu banyak alasan, kecundang akhirnya.

Apa yg saya tulis ni sebenarnya bukan utk penyusuan saja.
Boleh di apply utk semua keadaan.
Keadaan bila kita rasa kita tewas kerana sudah lama berusaha utk ada anak tapi masih tiada.
Keadaan bila kita ditukarkan ke tempat lain yg kita tak pernah minta. 
Keadaan bila kita dirundung duka.

Ah.
Itu lah nya.
Bila dah menulis melalut entah hapa hapa.
Rizq pun dah masuk 3 tahun bulan Jun lepas.
Dan kali ni kami photoshoot di Cameron Highlands :)


Monday, February 18, 2019

#mybfjourney

4:00 PM

Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan Rizq Iskandar dengan susu badan hingga umurnya 2 tahun. (malah lebih sbb sampai sekarang - umurnya dah 2 tahun 8 bulan masih belum wean off. Huhu)

Such a sweet moment.
As a TTC'ian, selepas melahirkan kita akan rasa lebih kental dan bersemangat untuk menyusukan anak dengan susu badan sendiri.
Percaya lah.
Takkan ada rasa mahu mengeluh.
Takkan ada rasa penat.
Takkan ada rasa lelah.

Memang betul.  Ibu yang tak tergolong dalam TTC'ian pun akan ada rasa camtu.
Tapi, kerana kita benar2 memerlukan kehadiran si kecil, semuanya akan rasa mudah.
Saya tak pernah merasakan tidak cukup tidur sebagai satu gangguan.
Ada yg kata "pening lah kalau dah masuk kerja nati, sbb asyik bangun sejam or 2 jam sekali"
Tak. Alhamdulillah. Tak pening.

Entry ini bukan lah utk membangga diri. Tidak sama sekali. Ini adalah perkongsian agar rakan2 TTC lain juga bersemangat untuk memberi anak2 kita susu badan. InsyaAllah.

4 bulan pertama - Rizq menyusu secara ekslusif. Totally direct feed. Sebab dalam maternity leave dan disambung dengan Cuti Menjaga Anak (CMA) selama sebulan.
Sebenarnya saya dah bf kan Rizq pada hari dia dilahirkan. Tapi saya tak pasti samada Rizq dapat menyusu dengan kenyang atau tak. Dapat colostrum atau tak.
Seawal hari ke3, saya bengkak susu. Nak pam tak keluar pula.
Mula lah resah. Apa yang saya buat, saya tuam dgn tuala kecil yg dibasahkan dgn air suam. Lega. Dan selepas itu no more "bengkak susu". Seterusnya Rizq terus direct feed (saya harap Rizq dapat lah colustrom).
Betul lah kata orang - bf is not just selak - nah minum. Ianya mesti datang dengan ilmu juga.
Rizq warded akibat jaundice pada hari keenam. Cabaran bila nurse tak bagi guna botol utk feeding. Tapi, kami buat tak tahu je. Kalau tak bagi botol cemna. Susu saya banyak, tapi Rizq seakan tak cukup bila dibagi. Pulak tu dia tak mahu disusukan belah kiri (kemudian baru saya tahu, susu saya sebelah kiri agak laju flow nya).

Dengan keadaan susu yang banyak, mmg saya df saja Rizq.
Demand Rizq every 2 hour. Jangan lambat dibagi, memang mengamok. Hihi.
Masa Rizq jaundice, kami duduk di wad dengan seorang chinese mummy. Dia pump. Dan hasil pump nya amat lumayan. Dalam 3 oz sekali pam. Terkejut sbb saya pump tak sampai 2 oz pun (memang masa ni kurang ilmu, rupanya awal2 mmg takkan dapat banyak). Mummy chinese ni mungkin rezeki dia dapat banyak.
Rizq warded 2 mlm and hasil paling byk saya dapat masa kat wad tu adalah 2oz. Tapi, Rizq macam tak cukup. Itu lah yang kami top up dengan formula.
Rizq prolonged jaundice sampai hari habis pantang (44 hari).
Jadi, dalam sebulan tu memang ada campur formula. Walau pun macam tu, sejak hari kelahirannya, tiada satu hari pun dia tidak meminum susu ibunya. 

Selepas 30 hari, no more top up dengan formula. Memang totally direct feed. Hingga lah nak masuk kerja semula. Rizq pula reject bottle feed. Beberapa kali melatih dia minum susu yg di pam dalam botol. Tapi dia taknak. Org2 terdekat mula mengasak. Mereka kata akan susahkan pengasuh, mereka kata biarkan saja dia berlapar kalau dia taknak minum botol.
Takpe. Saya tahu saya tiada pengalaman. Tapi, saya ibu nya. Biar saya tentukan. Saya taknak anak saya terganggu emosi nya.
Ya, saya percaya, Allah akan bantu. Saya bangun utk tahajud and solat hajat agar urusan penyusuan saya ini dipermudahkan.

Alhamdulillah, dengan rezeki mendapat pengasuh yang bersabar dengan kerenah Rizq, makanya kami survive! Huhu. Pada umur Rizq 5 bulan, saya bekalkan 6 botol EBM berisi 3 oz setiap satu botol. Saya pam di office 3x sehari.


First day masuk kerja utk sesi pertama.
Hasil hari pertama masuk kerja. Tak banyak, tapi mencukupi.
Cara saya bekalkan ke rumah pengasuh. 

Untuk ibu yang bekerja, jangan culas mengepam. Itu je tips nya. Kena pam setiap 3 atau 4 jam supaya susu kita tak banyak foremilk (susu seakan cair).
Jadual saya - pagi sebelum kerja akan pam secara tandem (sebelah nursing, sebelah pam).
Then, di office, jam 10 pagi, jam 1.30 thari dan 4.30 petang.
Dirumah Rizq memang totally direct feed.
Tapi, hari cuti make sure ada pam at least satu sesi. Supaya ada stok nanti hari Isnin. Ni yang biasa saya dapat pada pagi hari Sabtu n Ahad. Saya memang pam sekali je sehari kalau cuti.


Seterusnya bila Rizq dah mula makan makanan pejal, saya turunkan jumlah botol kepada 5. Makanan pejal pertama Rizq - avocado+puri kurma+EBM. Dan dia memang senang makan :)

Rizq dibekalkan dengan puree, dan masuk 7 bulan dengan bubur nasik. Rizq dah ada gigi masa umurnya 6 bulan, so, senang lah. Saya tak pernah pun buat nasik blend apa semua tu. Just buat bubur nasik atau nasik lembik. Paed Rizq pun galakkan buat nasik lembik supaya Rizq boleh berlatih mengunyah.

Sebaik setahun, saya mula perkenalkan fresh milk kepada Rizq since Rizq reject formula milk (dan dia masih tak nak minum botol kalau di rumah. Hanya di rumah nenek asuhnya). Namun, masih bekalkan dia susu badan. Top up lah kata orang tu. Kalau ada hari yg stok tak cukup, saya bekalkan fresh milk. Begitu lah hingga umurnya 2 tahun.

Saya terus mengepam sehingga umurnya 2 tahun. Jalan saya makin mudah, Rizq nak masuk 2 tahun masa bulan puasa. Jadi, mudah saya stop kan mengepam sbb  masa puasa, tak byk makan - jadi, susu pun agak surut. Sbb kalau nak stop pump ni tak boleh mengejut terus.

Allah permudahkan perjalanan penyusuan saya. Benar janji Allah. Selepas kesukaran, akan datangnya kemudahan.
Sepanjang 2 tahun itu tidak pernah dihantar kursus/outstation yang memerlukan bermalam.
Penyelia pula semuanya memahami.
Saya dapat waktu utk mengepam.
Susu mencukupi utk dibuat bekalan.

Syukur sangat sangat. Terima kasih Allah.
Rizq tak nipple confuse. Selepas diberi botol, Rizq masih boleh minum direct feed.
Tiada nipple crack. Tiada juga nipple inverted. Alhamdulillah.

Walaupun begitu, adakala kita resah juga takut susu drop.
Susu paling meriah adalah masa Rizq nak masuk 3 bulan. Masa tu saya di kampung. Tidur pun basah habis tilam. Tapi, saya tak buat stok sbb rasa susah nak bawa balik ke KL. Memang sepanjang saya maternity leave selama 4 bulan, saya memang totally df Rizq.
Saya hanya pam sekali sehari. Dapat lah dalam 3oz sekali pam. Itu lah yg dibuat stok frozen.

Moment direct feed baby adalah momen yang tak boleh dilepaskan oleh semua mummy. InsyaAllah, ada rezekinya. Jangan langsung pikir susu tak cukup. 
Emosi juga kena jaga. Bantuan dan sokongan dari suami amat amat diperlukan.
Alhamdulillah, suami byk membantu. Dia tidak lah menjadi tukang basuh pump and bottle (sbb ada orang kata, tu kerja husband. For me - no! sbb ai tak percaya orang lain basuhkan peralatan penyusuan saya. Hihi). Dia banyak membantu buat kerja2 rumah. Kadang2 dia buatkan nasi goreng. Jadi lah kan. Tukarkan pampers tgh malam pun suami buat.

Momen lain, saya dapat juga berkongsi rezeki Allah dengan anak yang memerlukan.
Tp tidak lah menjadi anak susuan.
Ada rakan dari grup breastfeeding yang memerlukan susu badan ketika itu kerana dia warded akibat denggi. Anaknya reject formula. Maka dia minta ibu2 yg ada susu lebih utk bekalan sekali minum (sekali kenyang, tak menjadi anak susuan). Rezeki, tak pernah derma darah, dapat juga derma susu dalam 5oz macam tu :)

Jangan risau susu tak cukup. Saya pun tiap kali pam dapat dalam 5oz. Biasanya. Tapi, kalau luar biasa, boleh la cecah 7oz. Itu rekod paling byk lah (ada orang dapat 120z, 9oz). Dan lebih luar biasa kalau nak period tu - 3 oz ja pun pernah dapat.
Jadi, jangan nak risau perlu susu melimpah ruah. Allah bagi cukup utk baby kita. Jangan risau.
Dan jangan fikir sbb umur ke apa susu takde.
Saya pun umur 36 masa mula menyusukan tu. Dengan berat badan 45kg cuma.
So, no need to worries.
Enjoy the moment.

Tuesday, February 12, 2019

Kemudahan Perubatan Infertiliti Untuk Penjawat Awam

12:00 PM
Mungkin ada di antara penjawat awam dah sedia maklum akan kemudahan perubatan ini.
Secara khususnya kemudahan rawatan perubatan untuk infertility.





But,
Jangan kecik ati tau - dalam pekeliling ni dia tulis "rawatan kemandulan"
Patut tulis lah rawatan kesuburan, kan?. Ni mesti yang draf pekeliling ni bukan TTC :P
Hehe. 
Alah, small matter je tu kan. 
Takpe, kita sebut je infertility.

Kemudahan ini adalah salah satu benefit kepada penjawat awam. Dan syarat nya adalah seperti berikut :








Kalau kita buat rawatan di Hospital Kerajaan, then memang lah penjawat awam akan ditanggung.
Kalau di LPPKN pula, kita bayar dahulu then claim.
Dan, utk rawatan di private - memang tak boleh la nak claim.

Cuma, saya tak pasti bab IVF.

Kalau ikut dalam pekeliling ni, kemudahan hanya utk primary infertility. Dan dia ada tulis tak boleh utk IVF etc etc.
So, memang terpakai utk IUI.
Tapi, kalau kita penjawat awam, dan buat IVF di hospital kerajaan, cemana pula.
Adakah masih tertakluk kepada kemudahan ini.
Yang ini kena dapatkan penjelasan lanjut dari hospital kerajaan tu ya.

Ini kemudahan untuk penjawat awam yang membuat rawatan di hospital kerajaan dan LPPKN.
Bagaimana pula utk penjawat awam yang buat di private?
Dan untuk yang bukan penjawat awam yang kena bayar sendiri di hospital kerajaan as well as di private?
Apa kata, lepas ni kita sama-sama bagi cadangan dalam laman web "bajet" agar sesiapa yang membuat rawatan infertility / kesuburan (tak kisah lah IUI ke, IVF ke ICSI ke) dan menggunakan duit sendiri boleh mendapat pelepasan cukai. Maybe terhad kepada RM5000, contohnya. Kan?
Last 2 year, saya pun pernah masukkan cadangan ini.
Tapi, kalau kita ramai2 masukkan cadangan ini, mungkin ia akan didengari.
Who know.
At least, walau kita bayar sendiri, dapatlah kita refund semula dalam cukai kita.

Dah masuk tahun 2019 ni, dah buat PCB?
Utk pembelian peralatan penyusuan pun ada pengecualian tau :D

Thursday, January 24, 2019

Rakan Rakan TTC

2:15 PM
Rindu mereka.
Bila tgk semula gambar2 lama bertahun tahun yg lalu, terhibur rasa.

Ramai sebenarnya rakan2 TTC.
Samada yang pernah berjumpa.
Atau cuma bersembang di alam maya saja.

Ada yang masih mengekalkan ikatan ukhwah persahabatan.
Ada yang terus lenyap.
Ada yang dulu sebelum berjaya conceive, rapatnya seperti adik dan kakak. Segala di kongsi bersama, tapi bila dah conceive semakin menjauh.
Ada yang kita dah lama tak berhubung, kita whats app, langsung tak dibalas.
Di tegur di IG pun buat tak tahu saja.
Tak tahu silap di mana. Marahkan kita ada anak, kah?
Tak pe lah. Tak mahu lagi berkawan mungkin.
Terima kasih atas persahabatan yang pernah di bina.
Pernah terkecil hati kerana w.app ber "blue tick" tanda telah dibaca tapi tidak dibalas.
Hingga terasa taknak contact lagi.
Nah... sekarang memang Allah makbulkan.
Nombor mereka semua memang takde dalam simpanan lepas fon lama rosak tak boleh on dan fon baru pun dah masuk jamban.
Memang tak akan dapat hubungi kalian semua.

Ya.
Saya sendiri pun ada khilaf.
Saya terima saja lah kalau ada yang nak menjauh.
Kadang diri ini yang cepat terasa hati.
Maklum saja lah - orang tua memang cepat terasa hati.
Haha.
Apa pun, mohon maaf ikhlas dari hati saya sekiranya pernah menyakitkan hati kalian; sahabat TTC saya. 

Yang mana belum conceive,
saya doakan supaya anda beroleh rezeki zuriat satu hari nanti.
Jangan putus asa berusaha dan berdoa.
Utk rakan seperjuangan yang mana saya pernah merasai ujian ini, doa saya sentiasa bersama kalian walau di mana kalian berada.
Takpe.
Kita semakin jauh.
Tapi,
kenangan tak pernah memadamkan kisah persahabatan yang pernah terjalin :)


Wednesday, January 16, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

3:31 PM 0 Comments
Selamat tahun baru uols.
Halah..halah..berapa je entry last year.
Nak buat milestone dak Rizq pun tak terbuat.
Maka,
Mari lah kita flashback gambar2 Rizq Iskandar di tahun 2018 lepas.

JANUARI - lepak rumah je
FEB - Gambang
Februari - pegi Farm In The City
Hujung Feb - warded Prince Court sbb HFMD

Mac - patut ada gambar pegi tgk wayang DIDI.
Entah gi mana plak gambar tu
April - Balik kg. Opah buat kenduri


Mei - pegi Thomas Town n Legoland

Mei - balik kg. Ibu mengundi
Jun - saya 2 tahun ♥️
Jun - Aquaria KLCC. Tgk fish

Julai - pergi Melaka
Ogos - baju baru

Ogos - hari raya haji

Ogos - raya haji, ambik rambutan kt kg

September - Langkawi. Ibu n ayah sukan.
Oktober : Zoo Taiping
Oktober - pameran kucing



November - Terengganu
Disember - Johor lagi.

Begitu lah serba sedikit sepanjang tahun 2018.
Berjalan dari timur ke selatan ke utara dan kembali ke selatan.
Kalau tak jalan2 kami balik kampung.
Cuma tu lah.
Berat tak naik banyak dak kecik ni.
Tapi, Alhamdulillah.. selain HFMD, dia takde demam, takde sakit2 lain.
Ibu pun kumpul banyak cuti tahun lepas.

Thursday, August 9, 2018

Rizq Iskandar Jumpa Adam Rizqi

8:33 AM
[entry ni dah lama dalam draf. Lupa nak publish :P ]

Alam TTC mengenalkan kami.
Alam TTC mengeratkan ukhuwah kami.
Masa bulan Syawal tu hari sempat kami berkunjung ke Melaka.
Menziarahi rakan TTC yang selamat melahirkan anak.
Sapa yg biasa dgn circle TTC dalam alam blog ni for sure kenal Yani ni kan.
Dah selamat bersalin pun dia.
Dan dah selamat masuk kerja pun lepas cuti 3 bulan.
Seronok Rizq jumpa baby.
Hehe.
Baby.. baby.. dia kata.






Tahniah Yani.
Alhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan menyusukan Adam sepenuhnya dengan susu ibu, ya.
Dan moga ikatan persahabatan kita ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Untuk sahabat TTC yang lain, jangan putus asa.
InsyaAllah, ada peluang kita untuk menjadi ibu.
Positif.

Love,
Kekda 

Friday, July 13, 2018

Rizq Dah 2 Tahun Dan Selamat Hari Raya

3:05 PM
Allah...
Lupa lah nak jot down kat sini.
Takpe. Kita #throwback ya.
Boleh lah kan?
Ini lah dia anak teruna saya yang genap 2 tahun umurnya pada 1 Jun 2018 yang lepas.
Kejap je masa berlalu.

Dari buat treatment, bersalin dan tau tau dah besar dah.
Dah jadi toddler dah.

Sangat manja.
Usah ditanya bila nak menjadi abang ya.
Haha.
Masih belum wean off.
Sekarang ni fully direct breastfeeding since saya tak bekalkan ebm ke rumah pengasuh dah.
Dah tak pam di office.

Dia minum fresh milk / full cream milk di rumah pengasuh.
Balik rumah terus pulun direct ja.
Takdak tanda pun nak wean off.


Manja sangat ni esp ngan ayah dia.
Sana sini "aiyahhh... aiyahhhh"

Banyak yang dah boleh cakap. Semua dia tahu. Gelap, sejuk, pedas semua tahu.

Makan okay, tapi berat kurang naik pulak.
Tak pernah turun, tapi berat tu slow.

Menjadi masalah bila pergi klinik biasa and doctor akan persoalkan walao paed tetap dia takde risau. Dia memang tak check up di KKIA. Dia terus check dgn paed di hosp. private. Tapi tu lah. Bila kita pergi klinik doktor biasa (GP) ni, depa lah akan merisau lebih.


Dan pada hari terakhir Syawal 1439H ni saya ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya untuk yang masih sudi membaca blog mak Rizq ni. Mohon maaf zahir batin andai ada penulisan yang mengguris hati memana pihak.


Adui. Asyik la terabai blog nan satu ini.
Soalnya, relevan lagi kah blog?
Semua dah beralih arah ke twitter lah, IG lah, FB lah, kan?
But, for me.. biar lah. Blog lah kita boleh tulis memacam. Dan blog lah paling senang nak carik info yang sebenar.
Tapi tu lah.. da tak ramai dah menulis :(

Monday, May 28, 2018

TTC Confession

2:40 PM
Assalam semua.
Lebih sebulan tak menulis di sini.
Hari ni terasa nak jot something.

Oh. By d way, selamat berpuasa uols.
Cemna?
Okay?
Amik kesempatan ni utk berdoa ya kawan2. Antara mustajabnya doa adalah ketika waktu hendak berbuka puasa. Jom. Amalkan. Jangan lupa.

Okay. Uols layan tak page IIUM kat FB?
Kt situ byk juga confession TTC'ian.
Suka gak baca n drop komen there. (^^,)
Hah! ini salah satu komen di sana.
Eh. Tak sangka, ada 196 likes rupanya. Hehe.



Suka utk bagi semangat pada rakan senasib ni.
Rasa mcm nak tulis confession jugak, tapi tu lah. Ramai pulak kawan tahu nati.
So, tulis kat sini je lah.

Semlm baca kisah rakan ttcian yang dah buat iui tapi tak berjaya.
Jumlah sperm pun mcm tak memberangsangkan.
Tapi, bukan lah nak highlight tu. Cumanya, nak suruh confessor terus usaha. Jangan putus asa. Takpe, gagal sekali, dua kali bukan bererti kita gagal selamanya.

Sapa taknak anak, kan?
Tambah2 nak raya ni. Sayu je hati tgk orang lain mengelek anak pergi beraya.
Lagi sayu bila kita di asak soalan "bila..bila..?"
Senyum je. Usah dibalas. Just senyum. Biarkan soalan tu tiada jawapan. Sebab kita pun tiada jawapan. Betul tak? 

Letakkan sepenuhnya kebergantungan pada Allah.
Allah akan beri pada waktu yang tepat.

Me myself.
Mengandung pada tahun ke7 usia perkahwinan.
Mengandung dengan bantuan teknologi perubatan moden.
Namun, yang memberi adalah Allah SWT.
Doktor dan pelbagai ilmu perubatan ni just sebagai medium.
Melahirkan Rizq Iskandar pada usia saya menginjak angka 37tahun.
Satu angka yg agak matang.
Dan pada rakan sebaya, anak mereka semua sudah bersekolah. Sedangkan, anak sulung saya masih nak bertatih.
Tapi, perlahan lahan, saya sedar, ini lah waktu terbaik utk saya dan suami.

Percaya lah dengan janji Allah.
Letakkan kebergantungan sepenuhnya pada Dia.
Teruskan berusaha. Dan berdoa.
Allah Maha Mendengar.
Anak itu datang dengan tanggungjawab.

Saya amat menghargai bila ada yang sudi berkongsi kisah dalam perjalanan TTC ni.
Ada yang terus jadi kawan baik. Ada yg sekadar berhubung melalui emel.
Terima kasih banyak banyak sbb sudi share dengan saya.
Yang membuatkan saya tersedar, yg ujian ini datangnya pelbagai.
Ujian saya selama 7 tahun ni, sebenarnya kecil berbanding rakan yang lain.
Ada yg sedih bila IUI tak menjadi.
Ada yang sedih bila IVF kali pertama tak menjadi.
Serius, dugaan mereka ini lebih hebat.
Ingat sahabat, Allah uji kita dengan dugaan sebab dia tahu kita boleh hadapi.
Ingat sahabat, Allah pilih kita ujian ini sbb Dia nak kita sentiasa berdoa pada Dia.
Terkadang kita lupa.

Sedekah.
Biasanya orang akan bagi nasihat "sedekah..sedekah"
Bukan lah saya tidak bersetuju. Bukan. 
Tapi, seolah kami yang ttcian ni tak pernah bersedekah pula.
Takkan nak diceritakan semua apa yang kita buat.
Kalau belum Allah nak bagi, belum lah.
Siapa tak suka bersedekah? Kan? Setiap orang pasti suka berkongsi rezeki nya.
Selain zakat pendapatan yang wajib pada setiap tahun tu, pastinya kita ada bersedekah.
Takkan takde langsung.
Paling tidak pun, mesti kita ada belanja rakan2 seoffice kita.
Bila je ada confession orang dpt lambat dpt anak, pasti ada komen "sedekah".
Macam orang takde anak ni kedekut sangat plak. Eh. Ter emo pula.
Maaf :)

Pada saya, simple je.
Letakkan kebergantungan kepada Allah. Sepenuhnya.
Dan tanya diri kita, kenapa kita nak anak?
Pada yang berkemampuan, boleh la pergi umrah dengan pasangan.
Lupakan dulu tempat lain. Korea ke Hongkong ke Beijing ke Bali ke.
Kenapa tempat lain tu boleh pergi, tapi rumah Allah kita taknak jejak dahulu.
Rasa tak bersedia? Rasa belum dapat seru?
Nonsense.
Pergi dulu. Baru tahu rasa nya macamana.
Saya bukan nak prejudis. Tapi, cuba lah. 
Di sana kita akan rasa diri kita rapat dengan Allah.
Di sana lah kita akan boleh berubah.
Di sana lah tempat mustajabnya doa kita.
Kali pertama saya ke sana menunaikan haji. Bersama parents. Masa tu saya pun belum baligh. Tp, bila pergi kali kedua, dengan suami, dan masa tu memang sy pergi utk bawa hajat, memang lain rasanya. Terutama bila berdoa dalam Raudhah tu. Kenangan itu pasti akan saya ingat hingga akhir hayat saya. 

Tapi, jangan pula, bila masih tak mengandung, masih takde anak, kembali kita buruk sangka dengan Allah (saya juga pernah terkhilaf. Selepas 2,3 bulan pulang dari umrah, saya rasa sebal dan kecewa bila macam takde apa pun terjadi. Tapi, rupanya Allah dah susun cantik. Saya pulang dari umrah, bulan April 2015. Bulan Mei, rakan ajak join forum berkaitan fertility. Bulan 8 saya start semula treatment yang telah 3 tahun tertangguh - padahal masa tu hati berbolak balik antara nak pergi travel dengan buat treatment. Saya dah plan nak ke Jepun / Amsterdam. Tapi, saya cuba juga berjumpa doktor. Dan, rupanya, itu lah cara Allah makbulkan doa saya. Di situ lah permulaannya. Voucher yang saya dapat masa forum tu lah jalan untuk saya berjumpa Dr Natasha dan terus mulakan rawatan. Bulan Oktober 2015, treatment saya berjaya dan disahkan mengandung. Ya Allah... ampunkanlah segala kekhilafan dan dosa ku).

Sebab tu, 1st thing 1st kena letakkan sepenuhnya kebergantungan dengan Allah.
Tidak mudah.
Tapi, tidak juga susah.

Tapi, 
terpulang lah pada masing-masing.
Masing-masing ada pendapat tersendiri.
Cumanya, teruskan berusaha.
Usaha itu juga tanda salah satu doa kita dimakbulkan.

Pada rakan yang telah berusaha, tapi masih gagal, menangis lah jika itu membantu untuk menenangkan perasaan. Tapi, jangan bersedih terlalu lama. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.
Pada rakan yang telah berjaya, saya doakan moga dipermudahkan perjalanan membawa zuriat selama 9 bulan ini. Dan melahirkan anak dengan mudah. Seterusnya dapat menyusukan anak sendiri sehingga 2 tahun.
Ya. Saya telah berjaya melakukan.
Alhamdulillah.
Nanti saya ceritakan perihal breastfeeding journey saya pula.

Kalau orang tanya apa kah yang terindah dalam hidup saya.
Jawapan saya - diuji dengan tiada zuriat selama 7 tahun adalah yang terbaik dalam hidup saya :)


Saya sentiasa doakan rakan saya akan berpeluang merasai pengalaman mengandung dan menikmati peluang menjadi ibu :)
InsyaAllah, doa akan dimakbulkan suatu hari nanti.

Thursday, April 19, 2018

Seminar Percuma Mengenai Rawatan IUI vs IVF

3:31 PM 0 Comments
Emel dari Dr Natasha utk sesiapa yang berminat :D


***********************


As salam Tuan/ Puan, 

Untuk perhatian tuan/ puan, pihak PUSRAWI Hospital Jln Tun Razak akan mengadakan SEMINAR percuma mengenai rawatan IUI vs IVF pada 28/4/18. 

TOPIK FORUM: Adakah rawatan IUI atau IVF bersesuaian untuk saya?

TEMPAT:  Dewan Serbaguna, Aras 9, Jln Tun Razak, Hospital PUSRAWI

TARIKH: 29 April 2018

WAKTU: 2 – 3PM


Untuk Peserta yang menghadiri seminar ini dan adalah merupakan PESAKIT BARU di PUSRAWI, konsultasi pertama akan diberikan percuma dengan Dr Natasha Nor. Di samping itu, voucher bernilai RM250 akan diberikan untuk pasangan yang akan melakukan rawatan IUI di PUSRAWI.

Tempat duduk adalah terhad, sekiranya anda berminat untuk menghadiri seminar tersebut, sila lakukan kuiz tersebut di bawah dan email jawapannya kepada drnatashanor@gmail.com




Sila juga berikan butiran tersebut di bawah:

Nama dan Nama Pasangan

No handphone

Email untuk dihubungi


Diharapkan dapat berjumpa di sana kelak. 


Untuk maklumat terperinci:




Salam, 

Dr Natasha Nor 

Friday, April 13, 2018

April, Syaaban Dan Tahniah Yani

10:45 AM
Dah tgh bulan baru berkesempatan say Hi April.


Nampaknya penulisan di blog ni makin merudum ya.
Dan 18hb April, masuklah kita pada bulan Syaaban.
Yang menandakan kita hanya sebulan untuk ke bulan Ramadhan.
Puasa dah habis ganti yong?
Hehehehe.

Oh ya, di kesempatan ini mak Rizq nak ucapkan tahniah pada adik TTC mak Rizq iaitu Yani Batik Pink (mesti ada kalangan TTC'ian yang mengenali Yani, kan) atas kelahiran anak pertama beliau pada hari Jumaat penuh barokah - 6 April 2018 bersamaan 18 Rejab 1439. Baby boy.
Hadiah dari Allah yang dititipkan setelah 7 tahun usia perkahwinan.



Sabar itu indah, kan?
Diuji dengan pelbagai dugaan dan kegagalan (dia pernah gagal IUI).
Kemudian Allah kurniakan rezeki secara tak terduga.
Ya, dia conceive secara naturally.
Itu lah dinamakan Allah sehebat - hebat perancang.


Buat sahabat yang masih menanti.
Teruskan berdoa.
Tambahan pada bulan2 yang dinantikan ini.
Bulan yang penuh barokah. Bulan yang doanya sangat mustajab.
Minta la sesungguh-sungguhnya.
Allah bukan tidak memakbulkan doa kita.
Tapi, Allah memberi pada waktu yang terbaik utk kita.
Percaya lah :)


Friday, March 16, 2018

1.3.2018 - Rizq Iskandar 21 Bulan

2:00 PM
3 bulan lagi menginjak ke 24 bulan.
Bersamaan 2 tahun.
Dan ini juga menandakan..


Ya. Rizq Iskandar still full direct feeding. 
Masih takde minum susu lain if dia bersama mak.
Tapi, masa kt pengasuh, dari last month, mak dah top up sebotol fresh milk (3oz).
Kira nya camni.
Mak bekalkan 2botol ebm (3oz x 2botol), dan sebotol fresh milk.
Gitu.
Mak stilll mengepam di office.
Alhamdulillah dengan rezeki Allah.
Dan masih tak fikir pun cemna nak wean off nanti.
Biar lah.
Yang pasti mak tak mahu guna kaedah "letak menda".
Biar lah dia wean off atas kerelaan sendiri.

Oh ya.
1 Mac tu, Rizq celebrate 21months old dia di Hospital.
Dia admitted masa tu. Kena hfmd.
Tp duduk 3 hari 2 malam je lah.
(udah macam bercuti - ahaks).
Cerita penuh kat blog stoberi mak.


Takpe.
Kalau mak mak masih tak berpeluang breastfeeding utk anak pertama.
Masih tak terlewat utk bf anak kedua, ketiga dan seterusnya.
Tapi, cuba lah. Cari ilmu penyusuan banyak2. Sbb tanpa ilmu memang kita akan kecundang.
Cari lah LC/PC sekiranya ada masalah. Boleh masuk support group untuk terus bersemangat.
Kerana... breastfeeding ni adalah nikmat dan rezeki Allah yang tak boleh kita pertikai kan lagi manfaat nya.


Lupa nak tepek certificate of achievement masa Rizq setahun tu hari :D


MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers