Thursday, August 4, 2011

Down vs Up

9:40 AM 30 Comments

Masih lagi dalam mood down down down sebenarnya.
Lalu ari ni MC (or EL la kut) - dgn meng SMS org opis "sy MC - period pain"

Semalam je terima 2 berita perihal org mengandung.

Yang pertama :
Kawan rapat alam maya - yeps. Kenal melalui board forum je. Start kenal thn 2004 camtu dulu. Dan rapat smpai skang.
Hamil anak ke-3. Kira mmg sebenarnya dia nak tangguh la dulu utk anak ke3, tp da rezeki katanya kan
Apa yg aku pikirkan "mudahnya rezeki dia kan. Dua anak2 yg atas tu, kecik lagi. . Hurmm.."

Yang kedua :
Sepupu. Hamil anak pertama.
Baru tau smlm kat FB sbb tgk org seme duk wish ke dia.
Maka aku pun wish juga.
Betapa gembiranya mereka suami isteri. Dan ramai btul yg wish seolah-olah seme menanti berita gembira ni. Aku pun tumpang gembira.
Kerana - bln Ogos ni genap 4 tahun usia perkahwinan mereka dan ini lah adiah utk mereka.
Apa yg aku pikirkan "sememangnya rezeki itu ada, lambat dgn cepat je"

Tp sebenarnya, dari kedua-dua ni, bohong lah kalo aku kata aku tak rasa apa2. Bila aku wish pada akak XXX (yg berita pertama tu) - Tahniah kak, bohong la kalo aku tak rasa bila la turn aku ni. Deep down in my heart mmg akan ada terasa. Seriyes, kalo aku wish pada org yg pregnant - tahniah, aku sendiri takut pada perasaan aku, dan takut derang ni salah erti tahniah aku. Mungkin derang pikir aku ni terasa ke bila ucap tahniah. Mengong. Seriyes. Aku tak sker amat amat amat perasaan ni.

Tp bila didatangkan pula berita dari sepupu ku itu, maka ia meneutralkan balik perasaan tu. Seolah-olah memujuk aku - ada rezekinya, lambat dgn cepat je. See, tgk sepupu ko tu, lama gak dia tunggu, 4 tahun ya..akhirnya ada pun rezeki. Rezeki Ramadhan plak tu.

Allah Maha Adil. Didatangkan kita satu persoalan, dan akan ada jawapan pada setiap persoalan tu. Pokok pangkalnya kita kena sabar-sabar-sabar.

Aku tak la down sgt. Life must go on and goes well for my TTC too.....! nak down, nak sedih pun apa dapat. Bkn leh tahan2 if dia nak kuar. So, dia datang, datang... dia nak kuar, kuar. Tu mmg telah ditentukan oleh Allah. Jadinya, sabar je lah. Ada rezeki, ada... Allah takkan menzalimi hambaNya. Itu saja. 

So, ada anak, takda anak.... kita enjoyyy ja....!!!






All images are from google with keyword - sad happy girl anime

Wednesday, August 3, 2011

Aku Redha

12:18 PM 8 Comments
Genap 28 hari pasti ia berkunjung tanpa gagal.
Semakin aku berkobar utk TTC, semakin tepat kehadirannya.

Tkpe lah. Kehadirannya menandakan aku bleh mulakan usaha baru.
Mulakan cycle baru.

Datang lah kalo itu yg terbaik utk diri ku.
Cuma aku mohon, janganlah kau kembali pada 10 malam terakhir Ramadhan ini
kerana itu lah peluang setahun sekali untuk ku bermohon bersungguh2 kpd Mu, Ya Allah.

Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)

Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim)

Aisyah bertanya Nabi SAW :  “Wahai Rasulullah, jika aku mengetahui tibanya malam al-Qadar, apakah yang kubaca ketika itu?” Nabi menjawab : Berdoalah :أللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah aku” (HR at-Tirmizi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dll)

kredit : here

Hurmm... utk cycle nak buat usaha apa plak yer.
Last month Jus Perawan, tp bulan ni kena stop sbb puasa - Bila minum Jus Perawan tu kena minum banyak air.
Mungkin kembali dgn buah zuriat la kot.
Penattt.... tp aku redha..

Kredit : here

Tuesday, August 2, 2011

Kita Mampu

9:39 PM 14 Comments
Manusia Itu Diuji Sesuai Mengikut Kemampuan
Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

Pengasihkan Allah? Allah itu tidak sekali-kali akan menzalimi hamba-hamba-Nya dengan memberi kita ujian-ujian yang melebihi tahap kemampuan kita. Tidak sekali-kali.
Namun begitu, mengapa ada masanya, perasaan 'tidak mampu' itu muncul dalam diri kita?
Mengapa kadangkala, kita rasa seperti diri kita telah direnggut segala daya dan upaya?

Bacaan seterusnya : iluvislam

*****
Ini lah kata2 hikmat, kata2 sakti yg aku gunakan bila aku mcm down sesgt.
Bila aku mula tertanya-tanya why me? why me?
Mengapa aku yg di duga. Mengapa bukan dia, mengapa bukan mereka? Kenapa aku?

Bukan sejak aku diduga dengan lambat dikurniakan zuriat ni. 
Tp sedari dulu,
sedari aku dapat result kurang baik berbanding rakan2 semasa SPM. Tp Allah Maha Mengetahui, hikmahnya semasa di U - keputusan setiap sem agak cemerlang hingga dpt maintain pointer yg mmg menggembirakan hati.
Sedari aku masuk keja yg menggunakan post diploma saja sedangkan org lain da naik gred. Tp akhirnya Allah bagi juga rezeki aku utk naik gred dengan degree aku.
Cuma yg belum aku temui hikmah (mungkin ada, tapi tak terperasan) hingga skrg adalah bilamana ayah aku meninggal 6 thn dulu. Just that 1. Hingga kini aku masih tertanya tanya kenapa ayah aku meninggal secara mengejut. Mengapa ayah aku?? mengapa bkn ayah org lain sedangkan ayah aku sihat.

Dan jawapan paling meyakinkan adalah -
Allah menduga hambaNya kerana Dia tahu hamba dipilihNya itu boleh menghadapi dugaan itu.

So, kawan-kawan,
Jangan kita rasa diri kita malang kerana dugaan ini, kerana kita adalah insan terpilih.
Yang tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan ini.

Jangan sesekali kita rasa lemah dgn dugaan ini, kerana di luar sana ramai lagi yg lebih bernasib malang dari kita.
Yang persiapan rayanya entah bagaimana, yg tidak pernah punya harapan utk berbaju baru di hari raya sedangkan kita ada berpuluh puluh pasang menanti. Yang tidak pernah memikirkan soal kuih raya, sedangkan kita tgh duk pulun menempah kuih itu ini pada rakan2 seopis.
Yang tidak pernah bertukar ganti kasutnya, sedangkan kita belum sempat koyak sudah mengacu acu kasut baru yg sesuai dgn kaki di Vincci, di Primavera.
Yang kehilangan tiga anak sekaligus ditimpa bencana secara tiba-tiba.
Yang baru riang gembira bersama anaknya mlm itu, tp pagi itu tiba-tiba dilanggar bapa secara tak sengaja.
Yang gembira menerima berita hamil, pulak anak yg bakal dilahirkan kembar, tp akhirnya bila smpai masa, ajal terlebih dahulu menjemput baby baby tu.
Yang gembira melihat anak dilahirkan, tp malangnya dia tak sihat mcm org lain.
Yang terpaksa membesarkan adik adik kerana ibu bapa terbunuh dalam kemalangan.
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa terbaik untuk kita.
Jika kita pikir, kita malang, ramai lagi di luar sana yg bernasib lebih malang. Untuk seketika, jangan pandang org rezekinya lebih dari kita, kita lihat org yg lebih sengsara dari kita, yg tetap tabah menghadapi dugaannya.

Moga Ramadhan ini akan terus membawa kekuatan untuk kita.
Berdoa dan terus berdoa.

Enjoy The Practice!

11:32 AM 4 Comments
Oh. Ingin berkongsi kongsi dengan rakan2 (yg mana lum tahu lah).
Ini ada web bes jugak. Yg ada citer2 pasal pregnancy, babies etc etc.
http://www.dumex.com.my/

Byk artikel. Yg berkenaan dgn kita tentulah ini.

Amik sket petikannya :
Get your partner involved too!

Of course, how quickly you get pregnant isn't all down to you. Your partner has a very important role to play too! He should try to:

• Stop smoking and avoid any excessive intake of alcohol.

• Reduce too much of caffeine intake.

• Reduce his stress levels.

• Stay away from hazardous work environments: some chemicals can affect his sperm.

• Keep his testicles cool: make sure he's got some roomy, cotton underpants and ensure his trousers aren’t too tight.

• Encourage him to eat well: plenty of fruit and vegetables will provide a wide range of vitamins and minerals including Vitamin C - essential for producing healthy sperm. Foods high in Zinc are good for virility so he should be eating foods such as seafood, meat, eggs, seeds and wholegrain. Lots of calcium rich dairy foods and iron rich red meat and pulses should also be on the menu.

Dan yang penting ini jugak....!

Stay relaxed and enjoy the practice!

The best advice for any couple trying for a baby is to relax and enjoy the practice! Mother Nature often doesn't want to feel rushed or pressurised.

It's a good idea to keep having a fun and loving sexual relationship all month – so you don't begin to only associate sex with making babies and pile the pressure on each other.

Moga kita mendapat manfaat darinya.

Salam Ramadhan kedua dari Kekda :)

Monday, August 1, 2011

Soal Jawab : Ovarian Hyper Stimulation Syndrome

11:49 AM 10 Comments
Tujuh tahun tiada anak


SAYA berumur 33 tahun dengan berat 47 kilogram dan ketinggian 160 sentimeter. Saya sudah berkahwin selama tujuh tahun dan tidak dikurniakan anak. Haid saya sememangnya tidak teratur.

Saya sudahpun melakukan pemeriksaan perubatan sepenuhnya antaranya ultrabunyi pelvis, ujian darah dan HSG. Keputusannya, saya tidak mengalami masalah, begitu juga dengan sperma suami.

Pada 2008, saya melakukan rawatan permanian berhadas (IUI) dan ketika menjalani rawatan, setiap hari perut saya semakin membengkak sehingga ke peringkat terakhir apabila sperma suami dimasukkan ke dalam ovari, saya mengalami komplikasi yang teruk mengakibatkan darah beku di dalam badan dan perut saya membengkak seperti orang mengandung.

Saya juga mengalami kesukaran bernafas dan dimasukkan ke hospital selama dua minggu. Alhamdulillah, saya masih selamat kerana menurut doktor, saya mengalami PCOS peringkat akhir dan hampir meragut nyawa saya.
 
Selepas itu, saya berhenti sementara melakukan sebarang rawatan untuk memberi ketenangan kepada diri sehinggalah pada awal tahun ini, saya berjumpa doktor di hospital lain dan menceritakan apa yang berlaku sebelum ini. Tetapi dia memberitahu saya tidak boleh melakukan apa-apa rawatan kesuburan sebelum saya melakukan ovarian drilling dan kosnya amat mahal iaitu mencecah RM7,000. 

Adakah cara lain yang dapat saya lakukan untuk meneruskan hasrat menimang cahaya mata selain rawatan terbabit? Adakah jika saya melakukan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF), komplikasi berkenaan akan tetap berlaku? Apakah pandangan doktor dalam hal ini?

NORA,
Kota Damansara, Selangor

TERDAPAT salah faham mengenai penyakit yang anda alami.

Anda mengalami ovarian hyper-stimulation syndrome (OHSS) sewaktu menjalani rawatan kesuburan pada 2008 itu, bukannya PCOS. OHSS boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang mengambil ubat kesuburan, terutama wanita yang mempunyai PCOS terutama dengan berat badan yang kurang.

Mengikut pengiraan, dengan ketinggian anda, mempunyai berat badan sedemikian dikategorikan sebagai ‘berat badan kurang’. OHSS juga dijangka bertambah teruk dengan pengambilan suntikan hCG (hormon pencetus ovulasi) yang lazimnya diberikan apabila saiz kantung atau folikel telur didapati sudah matang dan bersedia untuk diovulasi.

Selain itu, OHSS juga menjadi lebih teruk apabila wanita itu kemudian hamil, lebih-lebih lagi kehamilan kembar. Bagaimanapun, secara realitinya sukar untuk menjangka siapa yang akan mendapat OHSS, yang lebih penting adalah untuk mengenali bila OHSS mula berlaku supaya tindakan selanjutnya dapat diambil
bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.

Ini termasuk membatalkan kitaran rawatan terbabit, menghentikan ubat kesuburan, tidak memberikan suntikan hCG serta memberi bantuan perubatan bagi mengelakkan kejadian darah beku serta embolisma pulmonari.

Dengan penyataan anda sudah menjalani pemeriksaan awal dan didapati normal, doktor mungkin tidak menyangka anda mempunyai PCOS dan ini hanya diketahui apabila anda berjumpa doktor kedua.

Menerusi sejarah pernah mengalami OHSS teruk dan dengan berat badan anda kini, risiko anda untuk mengalami OHSS pada masa akan datang juga lebih tinggi berbanding wanita lain. Tiada cara untuk mengelakkan OHSS kecuali dengan tidak mengambil ubat kesuburan.

Sekiranya anda mempunyai masalah ovulasi, doktor akan mengurangkan dos ubat kesuburan kepada sekurang-kurangnya separuh saja daripada dos dahulu bagi mengurang–kan risiko OHSS berulang. Anda tidak memberitahu jenis dan dos ubat kesuburan yang anda ambil dahulu.

Sebelum berbincang mengenai jenis rawatan yang sesuai untuk anda kini, anda perlu memberitahu jenis rawatan atau ubat kesuburan yang anda pernah ambil dahulu.

Pembedahan ovarian drilling dapat mengurangkan bilangan cyst ovari yang anda alami, namun risiko OHSS masih boleh berlaku dengan pengambilan ubat kesuburan jika tidak dipantau teliti.

Kelebihan IVF adalah ia dapat mengeluarkan sebahagian besar (atau kesemua) telur matang daripada dalam tubuh anda untuk disenyawakan di makmal bersama-sama sperma suami. Dalam rawatan IUI, sekiranya bilangan kantung atau folikel terlalu banyak, doktor mungkin akan menasihatkan anda bertukar kepada IVF bagi menyedut keluar telur terbabit.

Bagaimanapun, perkara asasnya tetap sama. Langkah pertama yang sangat penting adalah menentukan jenis ubat dan dos yang paling rendah atau selamat bagi anda. Jika tidak, OHSS boleh berlaku, malah rawatan terpaksa dihentikan separuh jalan dan embrio terpaksa dibekukan.

Sekiranya anda sebenarnya tidak mempunyai masalah ovulasi, IUI atau IVF boleh dilakukan tanpa menjalani pembedahan mahupun mengambil ubat kesuburan, cuma peluang kehamilan tanpa ubat kesuburan adalah lebih rendah kerana ia bergantung kepada satu telur saja.

Buat permulaan, anda digalakkan menambah pengambilan makanan berkhasiat bagi meningkatkan berat badan anda. Mungkin anda ingin mendapatkan nasihat pakar dietetik. Berat badan yang berkurangan juga boleh mengganggu ovulasi.

Kredit :
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tujuhtahuntiadaanak/Article/index_html

*** 
Baru aku tau pasal ovarian hyper-stimulation syndrome (OHSS) ni. Kena google lebih ni pasal ni nih.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers