Saturday, February 18, 2012

# emosi

Luluh Hati

Tak tahu samada perasaan ini tetiba menjadi rapuh kerana 'sahabat baik' itu berkunjung, ataupun tetiba rasa sebak.
Dulu, sebelum kawin. Pegi kenduri dengan harapan dan doa agar tiada yg bertanya 'kau bila lagi nak kawen?'.
Dan bila dah kawin, rasa sedikit lega tapi berdoa juga agar tiada yg bertanya 'kau bila lagi nak beranak?'.
Dan skang, tiada lagi soalan diajukan, tp hati sedikit terusik melihat rakan-rakan yg kawin lebih lewat mengelek anak2 kecil. Ada juga yg dah berbadan dua - anak yg kedua ataupun ketiga. 
Hati mana tak luluh, hati mana tak sebak bila mengingatkan yg kita pun sepatutnya begitu.
Bersama-sama menyuapkan nasi ke mulut anak, yg turut melayan kehendak anak, yg bergilir makan kerana memegang si kecil yg kian lasak.

Ya Allah, terkadang, aku juga tak kuat untuk menerima dugaan ni.


Yang sama menyambut ulangtahun perkahwinan sudah nak masuk dua anaknya.

Yang lebih lewat kahwin pun, anak 2,3.
Tak lama lagi, kedengaran pula berita yang baru kahwin da dapat 'double line'

Ya Allah, bila lah peluang itu akan datang?

Sampai bila aku perlu menghadapi ujian ni????
Bukan berputus asa, tp cuma mengharapkan satu keajaiban akan berlaku.


*Mungkin moody disebabkan 'makcik' itu. CD1 bermula lagi.
Usaha bln lepas. Jus perawan yg hanya diminum seminggu je kot. So, kiranya mmg takde usaha apa pun la tu. 

6 comments:

Nana Aris said...

insyaAllah kekda..rezeki tu akan sampai..nana doakan yang terbaik for kekda n sume rakan-rakan ttc ye =)

ILY said...

Sabarlah kekda syg. InsyaAllah Dia dah rencanakan yg terbaik utk kita. Ily faham kalu kekda rasa sedih. But please, never give up tau! Mana tau nnt rezeki dpt twins trus ;)

~ JD said...

sama la kekda...
kwn2 sy semua ada da 2.
sebak kan..

(T__T)

p/s: sy rs entry sy byk yg ala2 sedih2 sebab sy da nk period la..aduiii la..

CikPuan Fara said...

sabar eh kekda! Dia tau kekda mmg kuat sebb tu Dia menguji kekda. namo sedih2. *hugsss*

ya Allah ya Tuhanku, Engkau makbulkanlah doa dan berilah zuriat kepada kakakku ini. Amin ya rabbal alamin

::EIDA:: said...

Sama sama kita tingkatkan usaha next cycle!! Chaiyokkk kekda.... Amin... =)

PutriesNoora said...

sama2 kita doa ye kekda..amin ya Allah..

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers